Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing itu berjaya
menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’14.467s menewaskan
pencabar utama, Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing) yang
memberikan saingan sengit sepanjang perlumbaan sebelum akur di kedudukan kedua
dengan masa 11’17.241s. Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) muncul
pemenang tempat ketiga dengan masa 11:29.365s.
Md Danial yang tidak beraksi pada pusingan lepas turun ke
tangga kedua dengan turut mengumpul 133 mata namun dibezakan dengan jumlah
kemenangan milik Md Syarifuddin. Tempat ketiga ketika ini disandang oleh Md
Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA yang gagal menamatkan
perlumbaan dengan mengumpul 112 mata.
WIRA KBS
1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:14.467s
2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 11:17.241s
3 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 11:29.365s
4 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racing 11:42.892s
5 Md Syahmi Md Anuar (NSN) 11:42.981s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 133
2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 133
3 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112
4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 73
5 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 62
No comments:
Post a Comment