Zaqhwan terlepas podium kedua ARRC Sentul


Gelaran juara Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, Ahad lepas menjadi milik pelumba tuan rumah, Andi Farid Izdihar (Astra Honda Racing Team) dengan masa 24’18.014s diikuti Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di tempat kedua dengan masa 24’21.200s.

Setelah menamatkan saingan di tempat ketiga pada Perlumbaan 1 pada hari Sabtu, Mohd Zaqhwan Zaidi terlepas peluang meraih podium kedua apabila terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam Perlumbaan 2.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa 24’23.515s, hanya 0.220s dibezakan dengan pemenang tempat ketiga, Ratthapong Wilairot (YAMAHA Thailand Racing Team). 

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dengan masa 24’27.910s.

“Saya terpaksa akur dan berpuas hati di tempat keempat setelah bersaing sengit bersama Ratthapong. Walaupun sedikit kecewa, namun saya masih berjaya mengumpul mata untuk menjadikan persaingan memburu gelaran keseluruhan kembali terbuka menjelang perlumbaan terakhir di Thailand nanti,” jelas Zaqhwan.
Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) yang tidak beraksi di Sentul masih kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 136 mata diikuti oleh Azlan Shah dengan 102 mata. Tempat ketiga milik Andi Farid yang mengumpul 99 mata bersama-sama Yudhistira manakala Zaqhwan di kedudukan kelima dengan 94 mata. 

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2, PUSINGAN 5 ARRC

SUPERSPORTS 600CC

1 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 24:18.014s

2 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 24:21.200s

3 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 24:23.295s

4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 24:23.515s

5 Irfan Ardiansyah (INA) Astra Honda Racing Team Honda 24:27.245s



Kedudukan Keseluruhan

1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 136 mata

2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 102 mata

3 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing 99 mata

4 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 99 mata

5 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 94 mata




No comments: