Hanya
Azroy Hakeem Anuar dan Amirul Ariff Musa akan turun beraksi dalam
kategori CP150 sementara Harith Farhan Baharin tidak dapat beraksi
setelah menjalani pembedahan lutut baru baru ini. Md Aiman Azman dan
Shahrol Syazraz Shahrol Yuzy pula kekal membawa cabaran dalam kategori
CP115.
Pengurus
pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini menjelaskan ketiadaan Harith tidak
menjejaskan strategi pasukan dan akui Harith berkemungkinan turut tidak
dapat beraksi pada pusingan penutup tirai musim 2018 di Johor, Disember
depan.
"Kecederaan
Harith sudah agak lama, jadi keputusan melakukan pembedahan ketika ini
adalah tepat sebagai persediaan untuk menghadapi musim 2019 nanti dan
kita juga harapkan dia dapat pulih dengan segera," jelas Yuzy.
Tambahnya,
"Cuma strategi awal kami pada minggu ini adalah untuk meletakkan
pelumba berpengalaman, Mohd Zaqhwan Zaidi sebagai pengganti di Jempol
memandangkan saingan Kejuaraan Seluruh Jepun yang disertainya pada musim
ini telah tamat.
“Malangnya,
Zaqhwan terjatuh dan tangannya mengalami kecederaan pada perlumbaan
terakhir kategori 1000cc di Jepun baru-baru ini. Jadi dia tidak dapat
beraksi pada minggu ini. Kemungkinan dia akan berlumba di Johor nanti
andaikata Harith masih belum sembuh sepenuhnya."
No comments:
Post a Comment