Md Syarifuddin Azman berpeluang untuk bergelar juara keseluruhan WIRA KBS seandainya muncul juara perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, Sabtu dan Ahad ini.
Pelumba
Idemitsu Kozi YAM Honda Racing itu kini sedang mendahului kedudukan
dengan 133 mata, terikat jumlah pungutan mata bersama Md Danial Syahmi
namun memiliki kelebihan jumlah kemenangan berbanding pencabarnya itu.
Selepas lapan pusingan, Syarifuddin kini memiliki lima kemenangan berbanding Danial yang meraih dua kemenangan.
Namun,
Danial terlepas aksi di Jempol minggu ini akibat kecederaan menyaksikan
peluang lebih terbuka kepada Syarifuddin untuk meraih kemenangan keenam
berturut-tutut pada musim ini.
Satu-satunya
pelumba yang masih mampu memberikan cabaran ialah Md Alif Ashraf
Tahiruddin yang kini berada di kedudukan ketiga dengan 112 mata
seandainya pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha itu mampu menjuarai
perlumbaan minggu ini.
"Di
atas kertas, mungkin nampak ada kelebihan kepada saya namun situasi
berbeza jika di litar. Banyak faktor lain perlu diambil kira terutama
sewaktu perlumbaan," jelas Syarifuddin.
Tambahnya, "Ketiadaan Danial juga bukannya alasan untuk saya mengambil mudah saingan minggu ini. Secara
peribadi, saya turut bersimpati dengan kecederaan Danial. Persaingan
diantara kami berdua cukup menarik dan sengit sepanjang musim ini. Saya
doakan dia cepat pulih dan kembali ke litar semula.
"Namun,
saya yakin rakan sepasukannya juga mampu memberikan saingan kepada
saya, begitu juga dengan Alif yang sentiasa konsisten berada di kelompok
depan pada musim ini.
"Apa
yang penting, saya perlu cukup bersedia, begitu juga pasukan yang
pastinya akan menyediakan jentera terbaik kepada saya. Berbanding
memikirkan gelaran keseluruhan, saya lebih suka untuk fokus kepada
perlumbaan sahaja."
No comments:
Post a Comment