Azlan Shah Kamaruzaman gagal mempertahankan gelaran keseluruhan keseluruhan SuperSports 600cc yang dimenangi pada musim lepas sambil menyaksikan gelaran menjadi milik pelumba Thailand, Ratthapong Wilairot pada pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.
Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu perlu memenangi
Perlumbaan 2 untuk muncul juara keseluruhan bagaimanapun kecewa apabila sekadar
menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan masa keseluruhan 30’06.927s di
belakang Ratthapong yang memenangi perlumbaan dengan masa keseluruhan 30’00.360s
sekaligus mengesahkan gelaran keseluruhan yang kali terakhir dimenangi pelumba
Thailand melalui rakan sepasukan Ratthapong, Decha Kraisart pada tahun 2010.
Decha turut menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan
masa 30’00.701s diikuti rakan sepasukan Azlan, Ahmad Yudhistira ketiga dengan
masa 30’03.412s.
Penamat di tempat kelima menyaksikan Azlan menamatkan musim
2018 di kedudukan keempat keseluruhan dengan mengumpul 123 mata.
Ratthapong di kedudukan teratas dengan 141 mata diikuti
Anthony West kedua, 136 mata manakala Yudhistira di kedudukan ketiga dengan 131
mata.
“Minggu ini begitu mengecewakan saya. Saya mahu menamatkan
musim terakhir dalam kategori ini di kedudukan teratas namun gagal,” jelas
Azlan yang akan beralih ke kategori ASB1000cc pada musim 2019.
Tambah Azlan, “Saya sudah mencuba yang terbaik namun
keupayaan jentera yang tidak berada pada tahap maksimum menyaksikan saya gagal
untuk mengejar pelumba di hadapan. Walaubagaimanapun, musim ini sudah tamat dan
saya perlu bersedia untuk musim 2019.”
SUPERSPORTS 600CC
1 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 30’00.360s
2 Decha Kraisart (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 30’00.701ss
3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 30’03.412s
4 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 30’03.412s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki
Racing 30’06.927s
Kedudukan Keseluruhan
1 Ratthapong Wilairot (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 141
mata
2 Anthony West (AUS) Webike
IKAZUCHI Racing 136 mata
3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 131
mata
4 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki
Racing 123 mata
5 Andi Farid Izdihar (INA) Astra Honda Racing Team 117 mata
Kedudukan Keseluruhan Berpasukan
1 Webike IKAZUCHI Racing 162 mata
2 Manual Tech KYT Kawasaki Racing 162 mata
3 YAMAHA Thailand Racing TEAM 160 mata
4 Musashi Boon Siew Honda 144 mata
5 Yamaha Racing Asean 120 mata
No comments:
Post a Comment