Pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah
Kamaruzaman akan bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing Team bagi menghadapi
saingan kategori ASB1000 pada Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) musim 2019.
Pelumba berusia 34 tahun itu akan beraksi
menggunakan jentera BMW S1000 RR.
“Azlan merupakan antara pelumba terbaik di Malaysia
ketika ini. Saya agak terkejut memandangkan dia tidak diikat oleh mana-mana
paukan pengeluar, jadi ia merupakan satu peluang baik kepada pasukan kami untuk
memiliki pelumba berkaliber seperti Azlan di dalam pasukan,” jelas principal pasukan
ONEXOX TKKR Racing Team, Bobie Farid.
“Tidak ada pelumba lain yang memiliki pengalaman
luas sepertimana yang ada pada Azlan,” jelas Bobie merujuk kepada pencapaian
Azlan selama ini bermula dari siri Kejuaraan Cub Prix sehingga menjadi pelumba
terbaik ARRC dan seterusnya menimba pengalaman di dalam kelas Moto2 Kejuaraan
Motosikal Dunia.
No comments:
Post a Comment