Cycle & Carriage tidak lagi pegang syer Mercedes Benz Malaysia
Cycle & Carriage Bintang Berhad mengumumkan bahawa pada 30 November 2018 ia telah menerima notis daripada Daimler AG yang berhasrat melaksanakan opsyen panggilan mereka untuk mengambilalih baki 66,003,000 saham Mercedes Benz Malaysia yang kini dipegang oleh CCB. Selaras dengan pelaksanaan pilihan panggilan tersebut, CCB harus menjual Saham MBM kepada DAG (atau pihak yang boleh dicalonkan oleh DAG) bernilai RM66,003,000 dan seterusnya CCB tidak lagi berhak keatas dividen tahunan kira-kira RM11.2 juta. Berikutan perlaksanaan pelupusan syer ini, CCB tidak lagi memegang saham dalam MBM. Perlaksanaan pelupusan ini akan berkuatjuasa sepenuhnya dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perlaksanaan tersebut.
CCB mempunyai hubungan jangka panjang dengan Mercedes-Benz selama lebih dari 50 tahun dan ingin mengulangi bahawa Pelupusan syer ini tidak akan memberi kesan langsung kepada operasi dagangan, prestasi perdagangan atau sokongan pelanggan mereka. CCB adalah kumpulan peniaga Mercedes-Benz terkemuka di Malaysia, dengan 13 kemudahan jualan dan lepasjualan di seluruh negara untuk melayani pelanggan Mercedes-Benz. Ia komited untuk menjadi rakan kongsi pilihan pelanggan MBM dan Mercedes-Benz, dan akan terus bekerjasama dengan MBM untuk mengembangkan jenama Mercedes-Benz dalam segmen kereta mewah Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment