Empat pelumba teratas CP150 Kejuaraan Cub Prix
AAM Malaysia PETRONAS diberikan peluang untuk menguji jentera Yamaha R6 ketika
sesi ujian tayar rasmi Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar
Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand yang berakhir semalam.
Kasma Danial Kasmayuddin bersama-sama juara CP150
2018, Ahmad Afif Amran, Mohd Hafiz Nor Azman dan Mohd Akid Aziz masing-masing
turun ke litar dan bersaing untuk tampil dengan aksi terbaik bagi mengisi dua
slot pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia ke kategori SuperSports 600cc ARRC untuk
musim 2019.
Kelebihan beraksi musim penuh kelas 600cc musim
ini memberi kelebihan kepada Kasma apabila muncul pelumba terpantas diantara
keempat-empat pelumba dengan catatan 1’40.011s namun ketinggalan kepada pelumba
terpantas sepanjang dua hari sesi ujian, Peerapong Boonlert yang mencatat masa
terpantas 1’38.834s.
Mohd Hafiz yang sebelum ini berpengalaman menunggang
jentera Honda pula mempamerkan prestasi memberangsangkan meskipun pertama kali
menguji jentera R6 apabila mencatat masa kedua terpantas di belakang Kasma
dengan masa terbaik 1’40.614s.
“Ini merupakan aksi pertama saya menggunakan
jentera R6, jadi tumpuan utama saya bukanlah untuk mendapatkan masa terbaik
sebaliknya menggunakan peluang ini untuk mendapatkan lebih masa dan keserasian
dengan jentera,” jelas Hafiz yang melakukan 92 pusingan sepanjang dua hari sesi
ujian.
Ahmad Afif yang pernah beraksi dalam kelas 600cc
pada tahun 2015 sebelum beraksi dalam kelas Asia Production 250cc ketiga
terpantas dengan masa 1’41.453s manakala juara Underbone 150cc dan CP115 2017,
Md Akid Aziz dilihat masih belum mendapatkan keserasian bersama jentera dengan
catatan terbaik 1’42.986s.
No comments:
Post a Comment