Digi
Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah memperkenalkan ‘Kereta
Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive', yang merupakan satu inisiatif untuk
menggalakkan rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan keselamatan
di jalan raya dan memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalkan
tabiat pemanduan berhemah. Produk yang pertama seumpamanya
di Malaysia ini bertujuan membantu pemandu kenderaan yang telah
diinsuranskan untuk belajar dan memahami dengan lebih baik akan
tabiat pemanduan mereka menerusi pemasangan peranti keselamatan
telematik dan aplikasi mudah alih AXA FlexiDrive.
Ketua
Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata bahawa inisiatif ini
adalah sebahagian daripada usaha yang diambil untuk mengukuhkan
pembabitan Digi dalam teknologi IoT (Internet of Things) menerusi
strategi Kenderaan Terhubung yang komprehensif. "'Kereta
Terhubung bersama AXA FlexiDrive' merupakan sebahagian daripada
strategi kami dalam menawarkan pelbagai solusi buat kenderaan
persendirian dan syarikat insurans. Hal ini adalah selaras dengan
matlamat kami untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat
maklumat penting di mana dalam hal ini adalah bagi memastikan
keselamatan mereka dan orang tersayang semasa di jalan raya terjaga,”
katanya.
AXA
FlexiDrive adalah insurans motor telematik pertama di Malaysia yang
menawarkan diskaun bagi pemanduan selamat untuk menggalakkan pemandu
agar sentiasa peka dan mengutamakan keselamatan semasa di jalan raya
dengan memantau tabiat pemanduan mereka.
Praveen
turut menyatakan kesediaan Digi untuk menjalin kerjasama dan meneroka
pelbagai jenis produk berasaskan inovasi baharu yang memberi manfaat
kepada pelanggan serta semua rakyat Malaysia. "Usahasama bersama
AXA Affin General Insurance yang diperkukuhkan dengan rangkaian hebat
Digi memberi peluang kepada kami untuk memperluaskan capaian
pelanggan dengan menawarkan solusi digital yang memberi lebih nilai
kepada mereka," katanya.
Ketua
Pegawai Eksekutif AXA Affin General Insurance, Emmanuel Nivet
berkata, "Keselamatan jalan raya adalah perkara yang serius dan
kami komited dalam memastikan keselamatan semua orang dilindungi.
Produk AXA FlexiDrive dihasilkan dengan mengambil kira akan keperluan
rakyat Malaysia. Oleh itu, kami berharap dapat menjangkau lebih ramai
rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka menjadi pengguna jalan raya
yang bijak dengan pelbagai insentif yang diberikan.”
Insurans
motor AXA FlexiDrive dilancarkan pada tahun 2017 bersama dengan rakan
kongsi telematik rasmi AXA, kumpulan CSE (Communications &
Security Electronics) yang merupakan sebuah pusat penyelidikan,
pembangunan dan pembuatan tempatan yang telah menempa nama dalam
bidang telematik sejak tahun 2002. Produk ini telah meraih anugerah
Produk Insurans Baharu Terbaik-Malaysia di Anugerah Perbankan
Kewangan dan Insurans Asia 2018.
Menerusi
'Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive', pemilik kenderaan
berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 20% bagi pemanduan selamat.
Tawaran ini bergantung pada penilaian terhadap tabiat pemanduan
pemandu seperti daripada segi kelajuan, jarak perjalanan kenderaan
dan cara memandu. Selain itu, manfaat lain yang ditawarkan adalah
notis kemalangan automatik beserta bantuan, perlindungan kenderaan 24
jam dan bantuan mendapatkan kembali kenderaan sekiranya berlaku
kecurian, tanpa sebarang caj tambahan.
Pemilik
kenderaan persendirian boleh mendaftar dan mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai produk 'Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive'
di mana-mana Digi Store di seluruh negara bermula pada hari ini.
Sejurus
selepas selesai pendaftaran, pelanggan akan dihubungi bagi mengatur
pertemuan untuk pemasangan produk pada kereta. Pemasangan adalah
percuma dan pelanggan hanya akan dikenakan bayaran deposit sebanyak
RM70. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mengaktifkan CSE Smart
Track Security yang bernilai hanya RM240 setahun. Ciri pilihan ini
menawarkan sistem penggera kereta yang boleh dikawal dari telefon
pintar, catatan maklumat semasa, ulasan perjalanan dan pampasan
kemalangan sehingga RM2,000.
Untuk
maklumat lanjut mengenai 'Kereta Terhubung bersama AXA FlexiDrive',
sila berkunjung ke Digi Store berhampiran
https://new.digi.com.my/support/digi-store.
No comments:
Post a Comment