Perodua
akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat
Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara
untuk kegunaan mereka dalam latihan dan penyelidikan, menjadikan ia
antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh
syarikat tersebut.
“Kami
menyumbang tujuh buah Myvi generasi terbaharu dan 43 buah Myvi
generasi sebelumnya kepada organisasi-organisasi ini dengan harapan
ia dapat dimanfaatkan di dalam penyelidikan, latihan dan pembelajaran
mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk
(Dr) Aminar Rashid Salleh.
25
institusi pendidikan tinggi tersebut merangkumi universiti serta
institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia.
“Sebagai
syarikat People
First,
Perodua gigih memperkasakan golongan belia melalui pendidikan, kerana
merekalah bakal pemimpin Malaysia dan peneraju masa hadapan industri
automotif tempatan.
“Inisiatif-inisiatif
pendidikan kami termasuk Perodua
Eco Challenge
dan Perodua
Youth Training Programme (PYTP).
PYTP merupakan program Tanggungjawab Korporat yang paling lama telah
kami laksanakan, menghasilkan lebih 630 graduan sejak 1999,” kata
Datuk (Dr) Aminar.
Lebih
70% daripada mereka akan berkhidmat di pusat servis dan fasiliti
Badan & Cat (Body
& Paint)
Perodua di seluruh negara.
“Dengan
lebih sejuta unit dijual sejak kelahirannya pada tahun 2005, Myvi
merupakan model kenderaan terlaris di Malaysia selama 13 tahun
berturut-turut.
“Justeru
itu, Myvi sangat sesuai untuk tujuan penyelidikan dan latihan
tempatan kerana ia adalah model yang paling dekat mewakili kenderaan
di Malaysia,” kata Datuk (Dr) Aminar.
Baru-baru
ini, Perodua Myvi telah memenangi segmen Aras Mula (Entry-Level) di
Anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2018, anjuran Malaysia
Automotive Institute (MAI).
No comments:
Post a Comment