Syarikat minyak Petron kembali sebagai penaja bahanapi dan minyak enjin rasmi kepada salah satu daripada 10 acara off-road paling sukar di dunia, Acara Kemuncak Rainforest Challenge (RFC) di Malaysia. Petron telah membekalkan bahanapi kepada lebih 150 kenderaan 4x4 yang disertai oleh 300 peminat off-road dari 30 buah negara yang bersaing dalam hutan hujan tropika di Malaysia bermula 24 November lalu.
RFC
Malaysia, acara kemuncak perlumbaan off-road 4x4 merupakan acara
terakhir dari Siri RFC Global (RFCGS) yang merupakan litar perlumbaan
off-road di seluruh dunia yang
merangkumi 22 negara dengan 45 acara. Tahun ini, para peserta melalui
Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan kemudiannya berakhir di Gua
Musang. Peringkat-peringkat perlumbaan dinamakan Zon Predator,
Terminator dan Twilight yang merangkumi curam yang tinggi,
menyeberangi jambatan sempit, paya tropika, mengharungi kolam berlumpur
dan menavigasi melalui sungai besar di Bering.
Acara
bermula pada 24 November di Dataran Redha, Kota Lama Kota Bharu, konvoi
diiringi oleh kereta polis tempatan ke tapak perkhemahan di Tumpat
Pantai Sri Tujuh untuk
bermalam semalaman. Para peserta mengisi minyak di stesen minyak Petron
di Belimbing, Tanah Merah sebelum memasuki pit stop cabaran di Air
Naga, Gua Harimau dan Bering.
Oleh
kerana seksyen off-road jauh dari bandar atau kampung, kesemua
kenderaan perlumbaan dan sokongan mesti mempunyai bahanapi yang mencukupi
untuk bertahan dari 27 November
sehingga 4 Disember. Mereka memasuki perhentian terakhir di
pit stop Pos Gob - penempatan orang asli terhujung di Kelantan yang
merupakan tapak perkhemahan ke-6. Mereka kemudiannya meneruskan
perjalanan ke Kuala Betis untuk mengisi bahanapi
buat kali terakhir di stesen minyak Petron di Gua Musang.
“Petron
berbangga untuk menjadi rakan kongsi liga sukan bermotor ekstrem 4x4
ini sebagai penaja bahan petroleum rasmi untuk tahun ketiga. Rainforest
Challenge semestinya melahirkan
semangat kesukanan yang terbaik daripada semua peserta. Tahun ini, kami
memperkenalkan minyak enjin
Petron Rev-X Engine Oil bagi
melengkapkan Turbo Diesel Euro 5 dalam perlumbaan legendari ini untuk
prestasi dan pembersihan enjin yang terbaik. Penajaan ini menunjukkan
keunggulan
produk kami yang telah terbukti sebagai minyak terbaik untuk perlumbaan
mencabar termasuklah perlumbaan off-road serta untuk penggunaan harian
pemandu,” kata Choong Kum Choy, Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron
Malaysia.
“RFC
sangat teruja dengan penyertaan Petron sebagai penaja minyak dan minyak
enjin rasmi bagi menghadapi perlumbaan dalam keadaan yang sukar di
musim tengkujuh. Muka bumi
yang basah memerlukan produk tahan lasak untuk memastikan perjalanan
yang lancar. Pepatah
“Apabila berdepan dengan kesukaran hidup ataupun masa yang sukar,
seseorang itu perlu bertahan, kuatkan semangat dan mengharungi saat itu
dengan berani” sangat sesuai untuk digunakan bagi produk Petron yang
telah digunakan dalam Rainforest Challenge.
Tahun ini, kami melalui sektor off-road terpanjang dalam musim
tengkujuh, tapi kami yakin minyak enjin Petron telah berjaya menamatkan
perlumbaan ini,” kata Luis J.A. Wee, Pengasas dan Pengurus Rainforest
Challenge & Siri Global RFC.
Petron
Turbo Diesel Euro 5 dirumuskan untuk meningkatkan prestasi enjin,
memastikan ekonomi bahan api yang lebih baik, dan memanjangkan hayat
enjin. Ia mempunyai kandungan
sulfur yang lebih rendah iaitu 10 bahagian per juta dan 50 kali lebih
bersih daripada diesel Euro 2M, mengurangkan pelepasan ekzos dan menahan
haba melampau yang terdapat pada sistem suntikan minyak pada hari ini.
Minyak Enjin Petron Rev-X melindungi enjin
dengan Dynamic Cleaning Technology (DC Tech) untuk memastikan enjin bersih untuk perlindungan pakai yang lebih baik dan operasi yang lebih lancar.
Untuk maklumat tambahan mengenai RFC, sila layari laman web
www.rainforest-challenge.com atau Instagram @rainforestchallenge
@luisjawee.
No comments:
Post a Comment