Yamaha teruskan pengeluaran jentera ikonik

Yamaha bermula pada tahun 1887 dengan pembuatan alat muzik, dan itulah jawapannya jika anda pernah tertanya-tanya mengapa logo Yamaha terdiri dari gabungan tiga garpu penalaan muzik.

Mula dikenali sebagai Nippon Gakki Company Limited, ia kemudiannya dinamakan semula sebagai Yamaha Corporation yang diperbadankan pada tahun 1897 dan kini merupakan pengeluar instrumen muzik terbesar di dunia.

Selepas Perang Dunia Kedua, Yamaha Corporation mula membuat motosikal dengan melancarkan motosikal silinder tunggal 125cc pada tahun 1954.Motosikal Yamaha YA-1 adalah motosikal Jepun pertama yang boleh dihidupkan dalam sebarang gear (bukan hanya neutral ). Tidak lama selepas itu mereka telah menubuhkan sebuah syarikat pembuatan motor berasingan, yang dikenali sebagai Yamaha Motor Company Limited pada tahun 1955.
Yamaha YA-1 Akatombo juga dikenali sebagai Red Dragonfly
Pengasas syarikat ini ialah Torakusu Yamaha yang dilahirkan pada tahun 1851 di Nagasaki, Jepun. Setelah mengkaji kejuruteraan, beliau menjadi pembuat jam dan usahawan, dan akhirnya mengubah kemahirannya untuk membuat alat muzik, yang memerlukan banyak penalaan halus, yang mengilhamkan gabungan tiga garpu penalaan dalam logo Yamaha.

Torakusu Yamaha telah mempelajari sains dan teknologi barat sejak muda belia, dan pada mulanya, Yamaha terlibat dalam pembaikan peralatan perubatan. Kemudiannya dia mendapat pesanan kerja untuk pembaikan organ. Aktiviti ini menghasilkan kelahiran tanda dagangan Yamaha. Yakin dengan potensi perniagaannya, terpaksa menghadapi halangan besar ketika menjadi asas kerja Yamaha Organ Works. Walau bagaimanapun, semangat keusahawanannya, kepintaran dan berusaha untuk mengatasi kesulitan membantu beliau merealisasikan impiannya dengan berjaya. Tepatnya, semangat ini mendasari tanda dagangan Yamaha dan merupakan warisan hidup Yamaha korporat hari ini.

Torakusu kekal menjadi presiden Nippon Gakki sehingga akhir hayatnya pada tahun 1916 ketika berusia 64 tahun. Syarikat itu akhirnya dinamakan semula kepada Yamaha Corporation pada tahun 1987 untuk merayakan ulangtahun ke-100 dan memperingati pengasasnya.
Yamaha FS1-E
Yamaha telah mencipta beberapa motosikal yang luar biasa sepanjang sejasrahnya. Salah satu ikon tersebut ialah FS1-E (digelar 'fizzy'), sebuah moped yang dikuasakan dengan enjin dua silinder. Fizzy merupakan kejutan besar pada tahun 1970-an dan merupakan bentuk pengangkutan impian untuk mereka yang berusia 16 tahun ke at. Hari ini, model FS1-E ini sangat dicari oleh mereka yang mengenang kenangan manis belia serta pengumpul motosikal. Nilai FS1-E telah melonjak dalam sedekad yang lalu, mncecah harga sehingga RM22,000.
Pada awal 80-an Yamaha menghasilkan dua motosikal dua-jelang kapasiti pertengahan ikonik. RD250LC dan RD350LC ('Race Developed', 'Liquid Cooled') adalah perubahan langkah dalam teknologi motosikal, kedua-duanya menggabungkan enjin sejukan cecair. Keua dua jentera ini sangat popular di dunia pada awal 80-an. Dua motosikal ini kelihatan hampir sama; namun peminat akan mengetahui bahawa RD350LC mempunyai dua cakera brek hadapan manakala RD250LC hanya mempunyai satu cakera brek di depan.

Pada tahun 1984 Yamaha memperkenalkan RD500 berkapasiti lebih besar. RD500 mengambil inspirasi dari jentera YZR500 MotoGP yang ditunggangi oleh Kenny Roberts. Semua model RD masih sangat dicari hari ini.
Yamaha RD500
Pada tahun 1985 Yamaha melancarkan V-Max yang nyata merupakan arah baru untuk motosikal bergaya kruiser. V-Max pertama menggunakan enjin empat-lejang 1,200cc V4 yang kuat, berbeza dengan enjin V-twin yang sinonim dengan motosikal gaya kruiser. V-Max menerima pujian yang sangat besar dari wartawan motosikal kerana kelajuannya semata-mata, namun ia dikritik kerana pengendalian dan breknya yang kurang berkesan. V-Max  merupakan jentera sado bagi dunia motosikal.

Pada tahun 1988 Yamaha mula menawarkan penjualan FZR750R OW01. Ia dibina semata-mata untuk berlumba di Superbike Dunia WSBK untuk menjadi singan Honda RC30, danseperti yang kita tahu, untuk mendapatkan homologasi, Yamaha terpaksa menjual lebih 500 unit kepada orang ramai. Namun begitu dikabarkan hanya sekitar 190 motor ini telah dijual di UK. OW01 adalah jentera yang serius, tetapi pada harga jualan lebih dari dua kali ganda daripada FZR1000 itu adalah tidak begitu berpatutan kepada para pelumba secara amnya dan hanya menarik pasukan perlumbaan atau yang berkemampuan tinggi.
Yamaha OW02 R7
Kemudiannya pada tahun 1999, untuk alasan yang sama (untuk berlumba dalam Superbikes Dunia dan perlumbaan ketahanan Suzuka 8 jam) Yamaha menawarkan jentera 749cc YZF-R7 OW02 yang sangat jelas sebagai sebuah jentera perlumbaan siap kilang, dengan kuasa 162bhp, satu pelana, Ohlins sebagai peralatan standard dan seperti OW01, R7 ini sangat mahal pada kira-kira RM 120,000. Kedua-dua OW01 dan R7 merupakan motosikal yang sangat digemari oleh pengumpul hari ini.

Ikon Yamaha berikutnya merupakan Yamaha YZF-R1. Ia merevolusikan sektor sportsbike kapasiti besar apabila ia nula dikeluarkan pada tahun 1998. Ia adalah superbike pertama yang beralih ke kapasiti 1,000cc apabila pesaingnya iaitu Kawasaki dan Honda pada masa itu masih menggunakan enjin 900cc. Kawasaki ZX-9R menggunakan enjin 899cc dan Honda Fireblade menggunakan enjin 918cc. R1 bukan sahaja mempunyai enjin yang lebih besar dan oleh itu kuasa hp nya jauh lebih tinggi daripada saingannya, tetapi ia juga lebih kecil, lebih ringan dan lebih mudah-kendali. Yamaha R1 terus berkembang sejak itu dan menjadi salah satu pilihan utama dalam pasaran superbike 1,000 cc.

R1M adalah pameran keupayaan kejuruteraan moden Yamaha yang dikeluarkan pada tahun 2015. Enjinnya menghasilkan kuasa yang sangat mengagumkan dan menghailkan salah satu bunyi yang paling merdu dari mana-mana superbike moden; bunyi yang sangat mirip dengan jentera MotoGP YZR-M1 yang ditunggangi oleh Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo. R1M menggabungkan salah satu sistem gantungan elektronik yang paling maju, serta sistem kawalan ABS dan traksi yang dilihat pada mana-mana motosikal jalan raya hingga sekarang, Dengan sistem perekod data yang sangat maju, R1M adalah kemuncak tawaran hebat superbike dan kerana ia telah dibina dalam jumlah yang terhad ia sudah menjadi klasik moden yang pasti dalam pembuatannya.

Yamaha Factory Racing (MotoGP) mempunyai sejarah panjang dalam perlumbaan MotoGP, ​​termasuk sepuluh gelaran dalam GP500 pada YZR500 antara tahun 1973 dan 2002, yang dituggang oleh legenda motosikal seperti Giacomo Agostini, Kenny Roberts, Eddie Lawson dan Wayne Rainey. Pasukan lumba MotoGP rasmi yang berpangkalan di Itali ditubuhkan pada tahun 1999 dengan kejayaan yang agak terhad hinggalah pada tahun 2004 ketika mereka bergabung dengan #46 Valentino Rossi ('The Doctor'). Rossi memperoleh 9 kemenangan pada 2004 dengan YZR-M1 yang ikonik, juga memenangi kejuaraan pelumba MotoGP. Rossi memenangi 11 perlumbaan pada musim berikutnya dan sekali lagi merangkul kejuaraan pelumba MotoGP pada tahun 2005. Secara dramatik, Yamaha Factory Racing memenangi ketiga tiga gelaran MotoGP iaitu juara pelumba, pasukan dan juga pengeluar sebanyak tiga kali berturut-turut dari 2008 hingga 2010. Jentera lumba Yamaha telah menjadi asas motosikal jalanan seperti TZR250 (yang ditunggangi oleh Mat Oxley pada tahun 1986, iaitu motosikal pengeluaran 250cc pertama untuk melengkapkan litar Isle of Man TT dengan kelajuan melebihi 100 batu sejam (160 kmj), RD500LC dan YZF-R1.

Yamaha juga telah berjaya dalam perlumbaan British Superbikes, terutamanya pada pertengahan 90-an dengan Niall Mackenzie memenangi tiga kejohanan BSB berturut-turut pada model pertama R7 iaitu YZF750 (1996-1998). Sejak beberapa tahun kebelakangan ini R1 telah bersaing dengan Honda dan Kawasaki, menangpada tahun 2009 dengan Leon Camier, 2011 dengan Tommy Hill dan sekali lagi pada tahun 2015 dengan Josh Brookes dengan jentera Milwaukee Yamaha. WSBK belum begitu berhasil untuk Yamaha, dengan hanya satu kemenangan dalam penglibatan 20 tahun perlumbaan Superbike Dunia (Juara 2009 dengan Ben Spies mencatat 14 kemenangan dengan YZF-R1).

Rali Dakar 2018 tiba lagi

Rali Dakar 2018 kan kembali lagi pada 6 Januari apabila pasukan peserta akan mengharungi 14 peringkat dan hampir 9,000km di beberapa kawasan yang paling getir di Peru, Bolivia dan Argentina.

Edisi ke-40 perlumbaan rali ikonik ini akan menyaksikan persaingan dalam kategori kereta, motosikal, trak dan quad (jentera lasak empat roda) mencabar diri mereka dan kenderaan mereka ke tahap tertingi.

Bintang-bintang yang akan menyertai edisi kali ini termasuk juara 13-kali Stéphane Peterhansel, Raja WRC Sébastien Loeb dan pencipta sejarah Sam Sunderland dan Toby Price semuanya akan bertarung untuk kejuaraan pemanduan lasak yang paling berprestij di dunia ini.



STAGES

SS = Special Stage, C = Car, B = Bike, T = Truck, Q = Quad

06/01/18 - Stage 1 / Lima - Pisco: 272 km (SS: 31 km)

07/01/18 - Stage 2 / Pisco - Pisco: 278 km (SS: 267 km)

08/01/18 - Stage 3 / Pisco - San Juan de Marcona: (C,T), 502 km (SS: 295 km) / (B,Q), 501 km (SS: 295 km)

09/01/18 - Stage 4 / San Juan de Marcona - San Juan de Marcona: 444 km (SS: 330 km)

10/01/18 - Stage 5 / San Juan de Marcona - Arequipa: (B,Q), 770 km (SS: 264 km) / (C,T), 932 km (SS: 267 km)

11/01/18 - Stage 6 / Arequipa - La Paz: 758 km (SS: 313 km)

12/01/18 - Day off in La Paz

13/01/18 - Stage 7 / La Paz - Uyuni: 726 km (SS: 425 km) / (T), 669 km (SS: 368 km)

14/01/18 - Stage 8 / Uyuni - Tupiza: 584 km (SS: 498 km) / (T), 558 km (SS: 380 km)

15/01/18 - Stage 9 / Tupiza - Salta: 754 km (SS: 242km)

16/01/18 - Stage 10 / Salta - Belén: 795 km (SS: 372 km)

17/01/18 - Stage 11 / Belén - Chilecito: (B,Q), 484 km (SS: 280 km) / (C,T), 746 km (SS: 280 km)

18/01/18 - Stage 12 / Chilecito - San Juan: (B,Q), 722 km (SS: 375 km) / (C,T), 791 km (SS: 522 km)

19/01/18 - Stage 13 / San Juan - Córdoba: (B,Q), 904 km (SS, 423 km) / (C,T), 927 km (SS: 368 km)

20/01/18 - Stage 14 / Córdoba - Córdoba: 284 km (SS: 119 km)