Kejohanan motosikal elektrik FIM dunia mulai 2019

Enel akan menjadi penaja utama Piala FIM MotoE™ yang akan datang. Siri perlumbaan litar motosikal elektrik pertama di dunia oleh FIM yang akan dikenali sebagai Piala Dunia FIM Enel MotoE™ yan akan bermula pada tahun 2019. Syarikat itu juga telah mengumumkan peranan barunya sebagai Rakan Tenaga Boleh Baharu MotoGP™  yang berkongsi wawasan bersama dengan pemegang hak komersil acara perlumbaan iaitu Dorna, yang mensasarkan komitmen jangka panjang kemapanan sukan tersebut.

Pengumuman itu dibuat pada acara yang diadakan hari ini di Officine Farneto di Rom.

Loris Capirossi bersama jentera lumba Energica
Piala Dunia MotoE™ baharu akan menjadi medan persaingan motosikal caj pintar yang dihasilkan oleh syarikat Itali, Energica, yang menyatukan prestasi dan pelepasan sifar.

Selain itu, Enel akan bekerjasama dengan Dorna untuk menyediakan MotoGP dengan penyelesaian tenaga maju, termasuk yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tenaga dalam acara-acara persaingan.
 Enel akan merekabentuk dan menyampaikan peranti pengecasan pintar untuk memastikan pengecasan  pantas bagi motosikal Energica, di mana pengecas mudah alih yang dilengkapi bateri yang direka khas, mampu mengecas sepenuhnya motosikal dalam masa kurang dari 30 minit, akan disambungkan ke enjin pintar e-platform mobiliti untuk mengoptimumkan proses pengecasan. Platform ini mengintegrasikan teknologi canggih Enel's Electro Mobility Management platform (EMM), yang membolehkan pemantauan jarak jauh stesen pengisian, dan platform JuiceNet, yang dibangunkan oleh eMotorWerks (subsidiari Enel), yang membolehkan pengedaran kemudahan penyimpanan.
Enel, melalui bahagian perkhidmatan tenaga majunya iaitu Enel X, akan menawarkan kepakaran teknikal dan pengalamannya dalam mobiliti elektrik ke kejohanan FIM Enel MotoE™ World Cup. Kumpulan akan menyediakan pengecasan pintar dan cepat, perkhidmatan tenaga lanjutan, bekalan tenaga hijau serta penyimpanan, dengan kakitangan dan kemudahan di lokasi yang berdedikasi. Sistem elektrik kompleks MotoE akan disokong oleh pengurusan tenaga pintar Enel dengan sistem fotovoltaik mudah alih atau boleh didapati daripada grid pengagihan tenaga tempatan.
Sebagai penaja utama FIM MotoE ™ World Cup, logo Enel akan dipaparkan dengan jelas pada motosikal dan sut pelumba dalam siri perlumbaan baharu itu.

Laluan di bulatan

Jika anda memandu kereta biru, yang manakah laluan pilihan anda, A atau B?

Perodua catat rekod jualan bulanan tertinggi mereka

 Jumlah jualan Perodua sebanyak 17,693 unit bagi bulan Januari 2018 merupakan peratisan  bahagian pasaran tertinggi yang sejarah penubuhan syarikat pengeluar kereta tempatan itu. ngka ini melebihi 40% dari jumlah industri keseluruhan (TIV) yang dianggarkan mengunjur sebanyak 43,930 unit menurut anggaran dalaman mereka .

Kesemua model Perodua juga telah mengekalkan pimpinan dalam segmen berkaitan di Malaysia, dengan 9,029 buah Myvi, 4,085 buah Axia, 2,776 buah Bezza dan 1,803 buah Alza terjual pada bulan lepas.

"Walaupun kami mengenepikan angka jumlah oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami percaya dengan yakin bahawa bahagian pasaran bulanan kami untuk bulan Januari 2018 adalah yang tertinggi dalam sejarah kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh pada majlis makan tengahari Tahun Baharu Cina dengan media dan rakan kongsi perniagaan mereka semalam.

"Myvi baharu telah meraih lebih daripada 48,000 tempahan sehingga kini, dan hari ini kami bangga menyampaikan unit ke-18,000 kepada Encik Wong Wai Cheng dari Negeri Sembilan.

Hampir 20,000 unit Myvi baharu telah disampaikan sehingga kini. Secara keseluruhan, lebih sejuta Myvi telah didaftarkan di Malaysia sejak tahun 2005. Prestasi ini telah menjadi rangsangan besar kepada ekosistem automotif Malaysia memandangkan bahawa permintaan yang melebihi jangkaan untuk produk terkini mereka turut meningkatkan permintaan bagi pasaran alatganti dalam negara, tambah Aminar .

Perodua berhasrat menyimpan lebih RM5 bilion komponen dan alatganti dalam tahun ini daripada vendor tempatan. Ini akan terus menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi Malaysia memandangkan kemua model Perodua mempunyai lebih daripada 90% kandungan tempatan.

"Tidak cukup rasanya terima kasih kami kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kasih sayang anda terhadap hatchback sederhana kami selama ini. Pengiktirafan anda mendorong kami untuk bekerja lebih keras untuk memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan kami, kerana seperti biasa, andalah yang terpenting buat kami," rangkum Aminar.

En Wong, 25, pastinya tersenyum kerana Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato' Dr Zahari Husin sendiri telah menyerahkan kunci kereta baharunya iaitu sebuah Myvi 1.5 Advance warna merah Lava.

"Saya bagaikan di awangan bulan untuk menerima penghantaran kereta baharu saya ini. Semenjak saya menatap Myvi baharu dan melihat berapa banyak ciri canggih yang saya dapat berbanding harganya, saya tahu ia adalah kenderaan pilihan saya," kata Wong.

Bagi mereka yang telah membuat pesanan untuk Myvi baharu dan masih belum menerima kereta mereka, Perodua meminta maaf atas penantian anda. Yakinlah bahawa mereka sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran untuk menghantar kereta kepada anda secepat mungkin. "Kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd akan terus bekerja lebih masa sehingga permintaan stabil," ulas Aminar sebagai penutup kata.


RM10 Juta baucar Go Shop untuk pelanggan BHPetrol

Lebih 500,000 baucar Go Shop bernilai RM20 setiap satu kini menanti pelanggan di stesen BHPetrol dengan kedai serbaneka BHPetromart yang mengambil bahagian. Mulai 8 hingga 18 Februari 2018, pelanggan boleh membeli bahan api dan barangan (tidak termasuk Touch n 'Go, perkhidmatan e-Pay dan tembakau) dengan nilai minima RM30 setiap transaksi untuk melayakkan diri bagi menerima baucar Go Shop bernilai RM20. Ganjaran ini ditawarkan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dengan kerjasama GO SHOP Malaysia.

Baba Tan, Pengurus Pemasaran Runcit BHPetrol dengan Jason Chong, Naib Presiden Go Shop Malaysia, pada majlis pelancaran di BHPetrol, Jalan Kewajipan.

Baucar RM20 boleh ditebus di laman web rasmi Go Shop atau aplikasi mudah alih Go Shop, dengan memasukkan kod promo timbul unik di belakang baucar. Setiap baucar adalah sah sehingga 31 Mac 2018.

10 pelanggan bertuah yang berjaya menebus baucar Go Shop juga akan memenangi baucar BHPetrol bernilai RM1000 setiap satu, manakala 43 pelanggan lain akan bertanding untuk memenangi barangan bernilai RM 10,000 dari Go Shop.

Untuk maklumat lanjut mengenai BHPetrol, layari www.bhpetrol.com.my
Maklumat lanjut mengenai Go Shop pula boleh didapati dengan cara  log masuk ke www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop rasmi melalui Apple Store Malaysia (pengguna iOS) dan Google Play Store (pengguna Android)

All Car Nation 2018 meriahkan Temu Duga Terbuka SL1M Zon Tengah

Penganjur acara automotif tempatan Malaysia iaitu Art of Speed akan mempersembahkan festival kereta mereka yang pertama iaitu “All Car Nation” bersempena program temuduga terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah 2018.

Program Temu Duga Terbuka SL1M menawarkan pelbagai jawatan ini terbuka kepada pencari kerja dengan kelayakan minimum dari PMR sehinggalah ke PhD. SL1M adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan yang masih menganggur. Program ini bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran dan latihan di lepasan siswazah, terutamanya dari keluarga yang kurang bernasib baik. Pada akhir program ini, graduan-graduan ini akan mengembangkan penguasaan diri, mempelajari amalan kerja yang baik dan mendapat pengalaman di dalam dunia korporat melalui pembelajaran berasaskan kerja yang mencaba. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan merasmikan acara itu pada hari Sabtu, 24 Febuari 2018.
Acara ini akan diadakan di parkir Kereta Dewan A, MAEPS Serdang dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang pada 24 - 25 Febuari 2018. Penyertaan dan lawatan ke acara ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Acara pameran kereta Klasik dan Retro akan dimulakan pada pukul 9.00 pagi pada hari Sabtu 24 Febuari manakala kereta moden pula akan diadakan pada pukul 11.00 pagi pada hari yang sama. Kopi dan sarapan pagi ada disediakan untuk 300 peserta yang pertama. Acara pada hari Ahad akan bermula pada 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan persembahan anugerah dan acara pentas akan mengakhiri acara pada hari itu.
Acara ini menawarkan aktiviti ekslusif untuk peminat kereta dan pengunjung lain. Antara aktiviti yang bakal dianjurkan ialah Kembara Belon Udara Panas percuma, Vertical Bungee, Cabaran Simulator dan Permainan Karnival, Klinik Drif dan Teksi Drif, Coffee & Breakfast, Pandu Uji Kereta, Pertandingan Kereta Stance, Pameran Kereta Klasik/Retro/Moden, Hotwheels dan Ujian Dyno (tiga kategori) pertama di Malaysia.
Hadiah menarik turut disediakan untuk pengunjung dan peserta yang bertuah. Acara ini diharapkan dapat mengumpul pelbagai kelab kereta di seluruh negara untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Kemuncak utama acara ini ialah cabutan bertuah yang menawarkan Perodua MYVI 2018 sebagai hadiah utama. Di samping itu, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan dan motivasi oleh Faizal Tahir, Zero Maharaja Lawak Mega, Bocey Maharaja Lawak Mega, Aiman Tino, Hael Husaini, Tajul, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita, AG, Nabil Ahmad, Sukur Ibrahim dan Imam Muda Asyraf yang dibawakan khas oleh SL1M.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/