|
Pedrosa ambil alih P1 |
Cal Crutchlow (LCR Honda Castrol) terpantas pada hari pertama, Marc Marquez (Repsol Honda Team) pada hari kedua dan Dani Pedrosa (Repsol Honda Team) melengkapkannya pada hari ketiga untuk menjadikannya tiga hari berturut-turut bagi jentera Honda berada di atas carta #ThaiTest . Pedrosa tampil keseluruhan yang paling cepat dengan 1: 29.781, dengan Marquez di P3 dengan 1: 29.969 dan Crutchlow keempat, terkeluar dari lingkumngan 1: 29s.
Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3)mencatat kedudukan keseluruhan kedua - hanya 0.086 di belakang Pedrosa dalam kelab eksklusif 1:29.
|
Hafizh Syahrin |
Marquez mengalami kemalangan kecil pada Hari Ketiga namun juara enam kali itu terus melengkapkan satu lagi jumlah pusingan yang besar. Satu inovasi yang dilihat pada hari Ahad adalah penggunaan lenganayun atau swingarm karbon, yang juga turut digunakan di Sepang dan Valencia, tetapi yang menjadi perhatian ramai terhadap pengilang Jepun itu adalah kadar peningkatan mereka yang luar biasa, yang tentunya amat menggalakkan pembukaan musim, dalam usaha Honda untuk mengekalkan gelaran kejuaraan pembina dan pembina.
|
Crutchlow paling pantas pada Hari 1 dan P4 keseluruhan |
Menyelit dicelah pelumba Honda di bahagian depan merupakan pelumba yang kelihatan pantas ke tahap paling akhir iaitu Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3). Pelumba Perancis itu memecahkan halangan 1:30 pada hari ketiga sebanyak dua kali, dengan usaha terpantasnya 1: 29.867 sebelum dia mengakhiri kerjanya. Zarco akan kekal menggunakan casis 2016 pada jentera Tech 3 musim ini, telah melengkapkan 47 pusingan dan merupakan pelumba Yamaha terpantas.
|
Nakagami muncul terpantas, dan dalam kumpulan sepuluh teratas |
Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) menamatkan hari ketiga, dengan litar yang terbukti lebih berguna semasa cuaca panas baginya. Dia menamatkan #ThaiTest dengan 58 pusingan pada Hari 3, P7 pada carta masa gabungan setelah mencuba tiga fairing dan membandingkan pembaharuan casis. Rakan sepasukan Jorge Lorenzo pula berada di P16 pada carta masa gabungan selepas ujian yang lebih sukar daripada dominasi Sepang dengan rekod pusingan, membandingkan GP18 dan GP17 pada hari terakhir di Thailand.
|
'Wheelie' dari Zarco pada Hari 3 |
Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) mengakhiri ujian Thailand pada keseluruhan kelapan, dengan pusingan terpantas pada hari Sabtu - apabila pelumba Sepanyol itu berkata mereka mengambil langkah besar ke hadapan pada sebelah petang. Tetapi pada hari Ahad, rakan sepasukannya Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) lebihpantas, untuk berada di P10 berbanding Viñales yang berada di tempat keduabelas pada di hari ketiga. Catatan terbaik Rossi adalah 1: 30.511 dan 'Doktor' menetapkannya pada pusingan 69 dari 70.
|
Morbidelli merapati saingannya Nakagami |
Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu) menjadi perhatian utama tamatnya #ThaiTest. Rookie Jepun ini mencatatkan 1: 30.456 dan mengambil kedudukan kesepuluh keseluruhan yang menakjubkan - bergerak maju sepanjang sesi dan mengekalkan dirinya sebagai pencabar kepada yang lain. Namun Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) melonjak ke hadapan untuk mengejar Nakagami, dan berada di P13 dan hanya dua sepuluh saat di belakangnya. Rakan sepasukannya Tom Lüthi mencatatkan masa 1: 31.354.
Hafizh Syahrin (Monster Yamaha Tech 3) adalah pelumba baru seterusnya, dan anak Malaysia etrsebut melengkapkan 47 pusingan dalam ujian pertama MotoGP ™. Hanya 0,183 saat di belakang Lüthi, ia merupakan satu lagi persembahan mengagumkan untuk rakyat Malaysia pertama yang beraksi di kelas perdana ini.
|
Tito Rabat tamat P9 pada hari Ahad dan dalam lingkungan lima belas terpantas |
|
Bradley Smith mencapai sasaran KTM untuk berada dalam lingkungan 1:30 |
|
Alvaro Bautista dari Pasukan Angel Nieto |