Selepas berita perpisahan Tech 3 dan Yamaha pada musim 2019 kelak, khabar angin telah bertiup kencang tentang kemungkinan pasukan satelit mana yang akan menjalankan jentera pengilang dari Iwata tersebut, dan tidak kurang juga spekulasi kemungkinan bahawa pasukan VR46 yang akan menyahu cabaran tersebut.
Pasukan VR46 dikatakan menjadi penyebab pasukan Tech3 menamatkan hubungan mereka dengan Yamaha (Klik sini untuk baca semula). Turutan rentetan tersebut Tech3 akhirnya mengumumkan untu meninggalkan Yamaha mulai muism 2019 (Klik untuk baca).
"Saya tidak menjangkakan yang Poncharal (principal Tech3) untuk meninggalkan Yamaha," kata "Doctor". "Kami memikirkannya dan ia tentunya akan menjadi satu peluang yang baik, tetapi dalam dua tahun akan datang ini kami tidak akan menubuhkan pasukan MotoGP dengan Yamaha."
Rossi mengesahkan bahawa lebih banyak projek akan dilaksanakannya selepas dia berhenti berlumba, namun bukannya sebelum tahun 2020.
"Saya mungkin akan berlumba bagi tempoh dua tahun akan datang, jadi mungkin kami akan membincangkan penubuhan pasukan itu apabila saya berhenti kelak - tetapi tidak pada musim2019 atau 2020."
Selepas Marc Marquez (Pasukan Repsol Honda) menandatangani lanjutan kontrak pada hari Isnin sebelum Qatar dan Maverick ViƱales (Movistar Yamaha MotoGP) mengumumkan perancangan masa depannya di pelancaran Pasukan Yamaha, apaah Rossi yang seterusnya akan menurunkan tandatangan di atas lanjutan kontrak dengan Yamaha?
Azlan Shah teruja dengan keputusan ujian
Azlan
Shah Kamaruzaman berasa teruja dengan keputusan ujian pra musim
sebelum menjuarai 2018 FIM Asia Racing Racing Championship. Tugas mempertahankan gelaran SuperSports 600cc tahun
ini tampak memberangsangkan bagi Azlan apabila dia mencatat masa
terpantas dalam kelasnya selepas dua sesi ujian dengan masa 1'38.691s.
Penunggang Manual Tech KYT Kawasaki menghampiri rekod litar sedia ada yang dipegang oleh Decha Kraisart. Azlan mengetuai kontinjen sembilan pelumba Malaysia dalam kategori SuperSports 600cc. Penyertaan pasukan Malaysia di kelas perdana Asia ini kian meriah dengan pengenalan dua pasukan Malaysia dan ONEXOX TKKR Racing dan SIC Junior ZK Racing.
Zaqhwan Zaidi menyempurnakan ujian di tempat keempat terpantas dengan 1'39.042s manakala rakan sepasukannya berjaya menyertai kelompok kesepuluh teratas dengan 1'40.112s. Pendatang baru lain di grid, terutamanya Ramdan Rosli dan Kasma Daniel Kasmayuddin, mencatat tempat ke-12 dan ke-13 masing masing.
Dalam kategori Underbone, Mohd Amirul Ariff Musa sekali lagi menjadi rakyat Malaysia terpantas apabila dia mencatatkan tempat kedua terlaju dengan 2'01.618s. Amirul mengekori juara Gupita Kresna Wardhana yang mencatat masa terpantas dengan 2'01.476s.

Kasma sedia hadapi saingan 600 cc
Pelumba muda negara, Kasma Daniel Kasmayuddin sudah bersedia
untuk menghadapi saingan lebih mencabar apabila bakal beraksi buat pertama kali
dalam musim penuh kelas SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu bermula
di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.
Juara CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 itu
sebelum ini pernah beraksi dalam kelas Asia Production 250cc pada tahun 2016 sebelum
beralih ke saingan Moto3 Kejuaraan Remaja Dunia di Sepanyol pada musim lepas.
Pada musim ini, pelumba berusia 18 tahun itu kembali ke arena ARRC bersama pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia dan bergandingan bersama
Mohd Ramdan Mohd Rosli.
“Saingan kelas ini memang cukup mencabar. Selain jentera
yang lebih berat dan laju, kami pelumba-pelumba rookie perlu berhadapan dengan
pelumba handalan lain seperti juara bertahan, Azlan Shah kamaruzaman, Zaqhwan
Zaidi dan ramai lagi,” jelas Kasma.
Mengulas tentang aksi dua hari ujian pra-musim, Kasma
berkata, “Saya agak berpuas hati dengan catatan masa sepanjang sesi ujian.
Catatan masa saya lebih semakin baik dalam setiap sesi dan menamatkan dua hari
ujian dengan masa terbaik 1’40.047s, hanya 1.356s berbanding catatan terpantas
Azlan. Keputusan agak positif namun masih banyak ruang untuk dipertingkatkan
dan saya berharap segalanya akan bertambah baik apabila perlumbaan bermula
esok.”
Kasma pernah beraksi atas tiket wildcard
kelas SuperSports 600cc pada pusingan keempat di Indonesia dengan pencapaian
terbaik menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam Perlumbaan 2.
Subscribe to:
Posts (Atom)