Rossi sambung kontrak Yamaha hingga 2020

Yamaha Motor Co., Ltd. dan Valentino Rossi hari ini telah mencapai persetujuan yang akan menyaksikan pelumba lagenda Itali tersebut kekal dengan pasukan kilang Yamaha untuk musim 2019 dan 2020 MotoGP dengan jentera Yamaha YZR-M1.

Pelanjutan kontrak datang tepat sebelum  bermulanya musim ke-13 pelumba berusia 39 tahun itu dengan Yamaha, menjelang Grand Prix Qatar, yang akan diadakan dari 16 hingga 18 Mac.

Gabungan The Doctor dan YZR-M1 telah membawa kepada banyak pencapaian pada masa lalu dan secara bersama mereka telah memperoleh empat gelaran Kejohanan Dunia MotoGP. Beliau adalah pelumba Grand Prix yang paling berjaya dalam sejarah, dengan 56 kemenangan, 43 tempat kedua dan 35 tempat ketiga yang diperolehi dalam 206 perlumbaan bersama.

Selain itu, daripada 500 kemenangan pengeluar Jepun tersebut dalam acara Grand Prix motosikal yang dicatat sewaktu perlumbaan di Le Mans pada tahun 2017, tepat tepat 11% daripada jumlah kemenangan itu telah dimenangi oleh Rossi, menjadikannya pelumba yang terbesar menyumbang kepada kemenangan Yamaha, dengan 55 kemenangan pada tahap itu.

Pencapaian enam podium tahun lalu termasuk kemenangan GP yang cemerlang di Belanda meyakinkan Pasukan MotoGP Movistar Yamaha dengan kerjasama mereka bersama Rossi dan berharap untuk menjadi pencabar utama yang serius untuk 2018 dan musim musim berikutnya.

Cagiva muncul kembali, sebagai jenama motosikal elektrik

Jenama Itali yang masyur satu masa dulu iaitu Cagiva kini diberitakan akan kembali sebagai motosikal luar jalan dikuasakan elektrik. Prototaip pertama dijangka muncul pada musim gugur ini di EICMA. Berita itu telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pemegang hak jenama Cagiva iaitu MV Agusta, Giovanni Castiglioni, semasa pelancaran akhbar untuk Brutale 800RR 2018.

Cagiva yang berasal dari nama pengasasnya iaitu datuk Castiglioni, juga bernama Giovanni mula menjalankan perniagaan motosikal pada tahun 1978, dan melakar namanya dalam perlumbaan Grand Prix dan perlumbaan luar jalan motocross dan terutamanya memenangi Rali Dakar pada 1990 dan 1994 dengan Cagiva Elefant (gambar di atas).

Pada tahun 1985, Cagiva membeli Ducati, dan menghasilkan motosikal di bawah nama Ducati seperti yang lebih dikenali hari ini. Malah pengenalan Ducati Monster pertama di EICMA asalnya direkabentuk sebagai sebuah Cagiva, tetapi diubah namanya kepada Ducati di saat akhir hanya untuk menambah barisan model Ducati!

Pada tahun-tahun berikutnya, Cagiva terus berkembang, dan memperoleh hak untuk Moto Morini, Husqvarna, dan juga akhirnya MV Agusta pada tahun 1991. Selepas Cagiva menjual Ducati kepada Texas Pacific Group pada tahun 1996, syarikat itu disusun semula dengan MV Agusta menjadi jenama utama.

Cagiva telah tenggelam sejak itu, tetapi nama itu bersedia untuk kemunculan semula, kembali sebagai jenama elektrik dengan tumpuan pada motosikal luar jalan. Castiglioni tidak memberikan banyak maklumat mengenai lojikuasa dan teknologi, tetapi Cagiva baru dijangka menjadi motosikal yang luar biasa ringan seperti kereta elektronik Alta, atau seperti motosikal gunung berbantu elektrik seperti yang dihasilkan oleh Bultaco yang juga merupakan jenama yang dibangkitkan semula.

MV Agusta masih memiliki tanda niaga aktif di pelbagai pasaran untuk beberapa nama model Cagiva, seperti Mito, Elephant dan SST. Kemungkinan model Cagiva baru akan menggunakan sekurang-kurangnya salah satu daripada nama-nama model ini. Lebih banyak maklumat dijangka akan muncul pada bulan-bulan akan datang, menjelang pertunjukan EICMA 2018 di Milan pada bulan November.

Debaran MotoGP 2018 bermula!

Litar Antarabangsa Losail sepanjang 5.4km ini terletak di pinggir Doha dan ditambah pada kalendar MotoGP pada tahun 2004. Empat tahun kemudian ia menjadi litar pertama di MotoGP untuk menjadi tuan rumah Grand Prix waktu malam yang diadakan di bawah lampu sorot. Selain mood khas perlumbaan malam, litar Losail juga menawarkan campuran selekoh sederhana dan berkelajuan tinggi (enam kiri, sepuluh kanan) dan lurusan sepanjang satu kilometer, yang dijanjikan untuk membuat perlumbaan yang menarik, dengan banyak aksi potong memotong.

Jadual waktu GP untuk hujung minggu perlumbaan yang akan datang ini sedikit berbeza dari biasa. Sesi Latihan Bebas FP1 akan berlangsung pada hari Jumaat petang dari 14:45 - 15:30 waktu tempatan (GMT + 3) 19:45 - 20:30 waktu Malaysia (GMT +8) diikuti oleh FP2 pada 19:05 - 19:50. Pada hari Sabtu FP3 bermula pukul 14:35 - 15:20 dan FP4 diadakan pada jam 18:40 - 19:10, sebelum sesi kelayakan dari 19:20 - 20:00. Pada hari Ahad sesi pemanasan enjin akan bermula pada 14:40 - 15:00 dan perlumbaan bermula pada jam 19:00 atau 0:00 iaitu tengah malam waktu Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT
Litar: Losail International Circuit
Lokasi: Losail, Qatar
Panjang (m): 5380
Lebar (m): 12
Posisi pendahulu grid (Pole Position): Kiri
Selekoh: 16
Selekoh kanan: 10
Selekoh kiri: 6



Movistar Yamaha Racing yakin hadapi Qatar

Hujung minggu ini MotoGP Movistar Yamaha MotoGP Valentino Rossi dan Maverick Viñales membakar enjin YZR-M1 mereka sekali lagi, menandakan permulaan musim 2018 MotoGP di Grand Prix Qatar.

Kira-kira seminggu setengah yang lalu para pelumba ini berada di Litar Antarabangsa Losail untuk menjalani ujian pra musim. Rossi dan Viñales masing-masing menduduki tempat kedua dan kelima dalam keputusan gabungan tiga hari dan mendapati diri mereka berada dalam keadaan yang baik untuk cabaran musim ini.

Juara Dunia Sembilan-Kali Rossi terkenal kerana suka berlumba rapat dan dia tidak sabar untuk memulakan persembahan di Qatar. Dia memegang rekod yang mengagumkan di litar Losail dengan empat kemenangan (2005, 2006, 2010 dan 2015), empat tempat kedua (2007, 2009, 2013 dan 2014), dan satu tempat ketiga (2017), dan beliau yakin bahawa masih ada ruang untuk lebih banyak trofi. Hujung minggu ini beliau akan keluar berhabis-habisan untuk memulakan perjuangan musim 2018  di hadapan.

Selepas ujian musim sejuk yang intensif, Viñales juga tiba di Doha dengan penuh semangat untuk berusaha untuk mendapatkan kemenangan di perlumbaan pembukaan. Pelumba muda Sepanyol itu mengetahui laluannya di litar itu, bukan hanya kerana telah menyelesaikan banyak pusingan semasa ujian musim sejuk di litar Losail, tetapi juga kerana pengalaman berlumba sebelumnya dan kejayaannya di Qatar. Dia mencatatkan kemenangan Moto3 untuk resumenya pada 2012, dan mendapat tempat kedua dalam kelas yang sama se tahun kemudian, dan dia meraih kemenangan MotoGP cemerlang dalam perlumbaan sulungnya dengan Yamaha tahun lepas.

VW Beetle sambut ulangtahun ke-80

Volkswagen Beetle merupakan salah sebuah kereta yang paling ikonik dalam sejarah automotif, diiktiraf dan disayangi untuk bentuk dan warisan yang kaya. Di Malaysia golongan yang lebih senior kerap menggelarnya sebagai kereta kura kura kerana bentuknya, berbeza dengan masyarakat Eropah yang lebih menyamakan bentuknya dengan kumbang yang kerap kelihatan di sana.

Pada tahun ini, Beetle ikonik ini merayakan ulang tahun ke-80nya, dan Volkswagen sedang merayakan dengan perayaan peniaga di seluruh negara di mana setiap orang dijemput. Perayaan hari jadi seluruh negara akan berlangsung pada 17 Mac, Sabtu di semua pengedar Volkswagen yang bertauliah dari 11 pagi hingga 5 petang.

Pengunjung majlis ini akan dapat menguji pandu Beetle Sport 1.2TSI, dan menikmati aktiviti bertema dan minuman yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga. Mereka yang mengambil bahagian dalam pandu uji juga akan berpeluang memenangi cabutan bertuah sebuah LEGO Creator Expert Volkswagen Beetle di pengedar yang dikunjungi mereka.

Beetle Sport ditawarkan pada harga RM147,888 dan boleh didapati dalam pelbagai warna menarik iaitu Hijau Bottle, Putih Pure, Merah Tornado,  Biru Sutera, Gangsa gelap Bronze dan Oren Habanero.