PROTON menjemput orang ramai untuk mengundi nama SUV pertama PROTON. Undian dalam talian ini telah dilancarkan undian secara dalam talian pada Isnin, 2 April 2018 dan akan berlangsung selama satu bulan menerusi laman Facebook rasmi PROTON (www.facebook.com/ProtonCarsOfficial) dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa sebarang pembelian diperlukan.
"Kami ingin berkongsi bersama rakyat Malaysia peristiwa yang bermakna ini kerana SUV baharu tersebut juga merupakan simbol pencapaian untuk negara kita. Oleh itu, kami akan memberi ganjaran kepada orang ramai yang turut serta dalam undian ini dan seramai lima orang responden yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang untuk menerima hadiah-hadiah menarik," kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON.
Baucar hadiah bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan manakala lima pemenang utama akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberikan di sebalik nama yang mereka undi. Pakej hadiah yang bakal diterima terdiri daripada pengalaman bernilai seperti undangan ekslusif VIP pada majlis pelancaran serta diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama memandu uji dan melihat sendiri teknologi dan ciri-ciri terkini yang terdapat pada SUV tersebut di trek ujian PROTON di Shah Alam.
Selain itu juga orang ramai turut diberi pilihan untuk mencadangkan nama lain bagi SUV tersebut. Sekiranya nama tersebut dipilih, seorang pemenang bertuah akan menerima hadiah pakej pelancongan 2 orang selama 4 hari 3 malam ke Hangzhou dan Shanghai termasuk lawatan ke ibu pejabat Geely.
SUV pertama PROTON adalah model pertama yang dibangunkan bersama Geely. Ia merupakan SUV premium pertama bagi segmen C yang dihasilkan oleh jenama automotif Malaysia dan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri seperti sistem keselamatan pasif, aktif dan kognitif yang kebiasaannya hanya didapati pada kereta jenama lain yang lebih premium. Ia juga merupakan salah satu produk yang bakal menaikkan nilai jenama PROTON pada tahun-tahun yang akan datang.
Tarikh tutup undian ini adalah pada 30 April 2018 jam 11.59 malam dan pemenang akan diumumkan sebelum tarikh pelancaran SUV pertama tersebut.
-
Pusingan 1 YPSS sengit
Sesi kelayakan Pusingan 1 Yamaha PETRONAS Super Series di Litar Tangkak telah menyaksikan pelumba nombor 20 Nizamudin Aleshamudin berjaya menempatkan diri di hadapan pelumba lain. Perlumbaan pertama telah berlangsung pada hari Ahad 1 April 2018 sebagai perlumbaan terakhir bagi Pusingan 1. Nizamudin diikuti pelumba nombor 13 Md Faiz Halim dan Md Haziq Rosmaza yang menunggang motosikal bernombor 15.
Bermula baik, Nizamudin mengekalkan kedudukannya di hadapan dengan diikuti pelumba lain, namun dalam pusingan pertama itu pelumba No 16 Md Muazim Shah yang bermula dari petak kelima telah mampu memboloskan dirinya ke hadapan untuk mengambil tempat di belakang Nizam, dengan diikuti Haziq yang telah berjaya memintas Faiz.
Persaingan sengit antara Muazim dan Haziq telah menyaksikan Haziq berjaya memintas di pusingan berikutnya, apabila Muazim kehilangan tumpuan dan tersasar dan hampir melanggar beg udara di selekoh 2. Namun Muazim berjaya juga memintas Haziq kemudiannya selepas selekoh 1 untuk berada di tempat kedua. Pusingan ini juga menyaksikan pelumba No 1 Adam Khuzaini Nordin terbabas dan terjatuh, namun berjaya meneruskan perlumbaannya.
Malang bagi #20 Nizamudin dan pelumba #19 Mikhail Firhad Muzaharry, mereka akan dikenakan penalti 30 saat kerana bermula awal atau jump start sebelum lampu merah terpadam sepenuhnya ketika perlumbaan bermula.
Dalam Pusingan 3 pula, Muazim sekali lagi menggunakan kelajuan meluncur atau rolling speed untk memintas pendahulu perlumbaan Nizamudin di tempat yang sama iaiu di antara selekoh 1 dan 2, dan Nizamudin turut dipintas Haziq di lurusan selepas selekoh 2 tersebut.
Sejurus sebelum memasuki Pusingan 4, back marker iaitu pelumba No 1 Adam Khusaini yang bergerak ke kiri untuk memberi laluan telah dilanggar oleh pendahulu perlumbaan iaitu Muazim, menyebabkan beliau terjatuh dan terpaksa menamatkan perlumbaan. Dalam kekecohan tersebut Haziq telah mengambil peluang untuk memintas dan mendahului Nizamudin, Md Zafrul Nizam dan para pelumba lain.
Di pusingan 5, kedudukan kekal dengan Haziq, Nizam, Zafrul, Aliff dan Faiz kekal dalam kumpulan hadapan. Kedudukan ini kekal hingga ke penghujung pusingan 7 bilamana Nizamudin yang berada di tempat kedua hilang tumpuan di selekoh akhir dan hampir terjatuh, lalu memberi peluang kepada pelumba lain untuk memintasnya dan beliau turun ke tempat keempat.
Menjelang pusingan akhir, pelumba No 18 Md Zafrul Nizam bijak mengambil ruang di selekoh 1 untuk memintas Haziq Rosmaza,bagi mendahului perlumbaan. Pertarungan tambah sengit di antara mereka yang berhabisan berusaha untu ke hadapan namun Zafrul berjaya melintasi garisan penamat dahulu, diikuti Haziq dan Aliff untuk ke podium. Nizamudin mengekori di belakang di tempat keempat, namun setelah dikenakan penalti bermula awal, kedudukan beliau turun ke tempat ke-11 yang masih memberikannya lima mata berharga.
Persembahan yang cukup bagus telah dipersembahkan oleh pelumba pelumba muda ini dan kita nantikan aksi mereka seterusnya di Temerloh kelak dalam pusingan 2 yang dijadualkan pada 5 & 6 Mei 2018, tertakluk kepada perubahan.

Toyota Vios Challenge capai sasaran
Musim pertama perlumbaan Vios Challenge telah tiba ke kemuncaknya di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpurpada 24 dan 25hb Mac lalu. Ia telah berjaya membawakan aksi dan keseronokan yang amat jarang sekalidapat dinikmati oleh peminat sukan permotoran tempatan.
Pernah disifatkan sebagai sebuah projek perlumbaan yang berbercita-cita tinggi dianjurkan oleh
syarikat pengeluar kenderaan di Malaysia, namun usaha untuk membawakan perlumbaan di tahap akarumbi kepada khalayak yang lebih luas itu kini telah terbukti berjaya mencapai matlamatnya.
Ini dapat dilihat dari sambutan daripada pengunjung di Kuala Lumpur dan juga perlumbaan terdahulu di Batu Kawan, Pulau Pinang; MAEPS, Serdang dan Medini City, Johor Baharu.Vios Challenge menjadi acara utama hujung minggu dengan hampir 40 buah jentera Toyota Vios berspesifikasi sama bersaing di dalam tiga kategori berasingan iaitu; Sporting, Super Sporting dan
Promotional. Ia menjadi acara utama bagi Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di mana
pelbagai acara menarik seperti penampilan selebriti, permainan pentas, pertunjukkan drift,
pameran kenderaan, karnival makanan dan banyak lagi menjadi tarikan untuk seisi keluarga.
"Vios Challenge diadakan dengan tujuan untuk membawa sukan permotoran lebih dekat kepada warga Malaysia. Kami inginkan lebih ramai individu yang menghargai sukan lumba dalam
persekitaran yang selamat disamping menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang dapat
dialami seisi keluarga. Melihat daripada wajah dan sambutan pengunjung di setiap lokasi, saya
percaya kami telah berjaya membawakan acara yang unik dan menarik kepada orang ramai," ujar
Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran.
Purata kehadiran pengunjung di setiap lokasi ialah 21,000 orang bagi setiap hujung minggu ia berlangsung dan sekaligus menjadikannya sukan lumba paling popular dan melakar sejarahnya
yang tersendiri. Tidak diragukan lagi, kualiti perlumbaan yang ditampilkan juga adalah sangat
tinggi, tidak kira bagi kategori mana sekalipun.
Pemandu-pemandu selebriti dalam kategori Promotional khususnya telah menarik perhatian
peminat-peminat mereka ke acara ini, malah, prestasi pemanduan yang ditunjukkan oleh mereka
juga sangat mengagumkan. Shukri Yahaya yang lebih dikenali kerana watak-watak yang dibawa
dalam drama TV telah menunjukkan kemahiran memandu yang sangat baik; catatan masa bagi
pusingan kelayakan yang dicapai pada acara terakhir itu sebenarnya membolehkan beliau berada
dibarisan kedua bagi kategori Sporting.
Diana Danielle, ibu kepada dua anak yang pernah memaklumkan bahawa beliau sudah tidak ingat cara yang betul untuk memandu kereta manual semasa sesi latihan pemanduan perlumbaan, telah berjaya meletakkan dirinya di kedudukan 10 teratas di dalam kelompok yang
sama melalui prestasi yang ditunjukkan.
"Inilah harapan kami ketika membawakan konsep perlumbaan ini ke Malaysia. Kami ingin memberi
pendedahan terhadap sukan lumba permotoran kepada peserta baru dan menyediakan ruang
untuk mereka membangunkan kemampuan sendiri; sekaligus menjadikan mereka pemandu yang
lebih baik di atas jalan," ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama.
Beliau menjadi individu yang layak untuk mengulas demikian memandangkan dirinya sendiri turut
serta di dalam perlumbaan berkenaan pada setiap hujung minggu penganjurannya pada musim
pertama tersebut. Sensasi beatboxing, Shawn Lee meneruskan penguasaannya dan muncul juara bagi kategori Promotional; beliau hanya tewas sebanyak dua kali daripada lapan perlumbaan yang disertai.
Apapun, raja drift Malaysia, Tengku Djan membawakan aksi-aksi mengujakan dan mendebarkan
peminat-peminat serta pesaing-pesaing di dalam litar. Kawalan kenderaan serta pemanduan litar
yang ditampilkan oleh Djan menjadi pemangkin kepada kemeriahan dan merancakkan lagi
saingan antara pelumba dalam merebut kejuaraan - dan tidak terkecuali juga diasak dengan sengit
oleh pesaing terdekatnya, William Ho.
Seorang lagi pemandu yang memberikan persembahan terbaik kategori Sporting yang perlu diberi
perhatian tentunya Brandon Paul Anthony. Berusia 20 tahun, beliau tidak pernah berlumba
menggunakan Toyota Vios sebelum ini dan hanya menyertai perlumbaan ini pada acara kedua
yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Beliau telah menampilkan pemanduan yang berkualiti
untuk meraih kejuaraan ketika perlumbaan terakhir di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
tempoh hari.
Terdapat banyak lagi bakat-bakat baru yang masih boleh digilap muncul sepanjang perlumbaan
Vios Challenge musim pertama ini berlangsung. Dan, pada separuh kedua 2018 nanti, sebahagian
daripada mereka mungkin akan ikut serta sekali lagi untuk siri perlumbaan Vios Challenge musim
kedua.

Subscribe to:
Posts (Atom)