Apabila kita menyebut tentang brek radial, kita sebenarnya membincangkan mengenai cara atau kaedah kaliper atau angkup brek cakera yang dipasang secara radial. Pemasangan brek secara radial ini kini secara beransur-ansur kian menggantikan pemasangan brek konvensional.
Sebelum ini, kaliper telah dipasang kepada lubang skru yang terdapat pada sisi topang (fork), dan skru ini diikat selari dengan gandar, iaitu dari sisi. Kaliper radial juga turut diskru atau diikat pada topang, tetapi ia nya diikat secara 90 darjah ke gandar (lihat gambar).
Apakah bezanya? Bezanya ialah kuasa hentian brek yang dikenakan atau disampaikan adalah sejajar dengan arah putaran roda. Ini mengelakkan pemesongan atau kiatan ataupn kilasan daya kerana angkup brek berada pada satah atau arah yang sama dengan daya putaran roda yang cuba dihentikan.
Sebenarnya tidak ada perbezaan dalam peningkatan kuasa brek di antara brek radial berbanding yang dipasang secara konvensional. Namun begitu, kekurangan kilasan torsional (pergerakan sisi) ini memberikan maklumbalas brek yang lebih baik pada tuil brek. Walaupun ia tidak kelihatan, pemesongan angkup atau kaliper brek yang dipasang cara lama atau konvensional akan terasa pada penunggang, seperti tuil menjadi lembut sedikit.
Manfaat lain untuk cara pemasangan ini ini adalah cakera yang lebih besar boleh dipasang. Pemasangan tradisional memerlukan pendakap atau braket pemasangan khusus, untuk membuat perubahan sedemikian. Cakera yang lebih besar mampu meningkatkan kelebihan mekanikal yang terdapat pada brek, dan juga maklum balas yang lebih baik.
Tugasan ARRC Autralia Azlan Shah dipermudah
Pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman dilihat mempunyai kelebihan apabila beberapa pelumba handalan termasuk pendahulu keseluruhan SuperSports 600cc, Anthony West tidak beraksi pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di The Bend Motorsport Park, Australia, 20 hingga 22 April ini.
Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu ketika ini berada di kedudukan kedua keseluruhan ketika ini dengan 32 mata, 13 mata di belakang West namun pelumba Australia itu tidak beraksi di halaman sendiri pada minggu ini kerana terlibat dengan Kejuaraan SuperSports Dunia.
Pelumba di kedudukan ketiga, Thitipong Warokorn pula hanya beraksi atas tiket wildcard sewaktu perlumbaan pusingan pertama di Thailand manakala juara keseluruhan 2016, Mohd Zaqhwan Zaidi juga tidak beraksi di Australia bagi memberi tumpuan perlumbaan Kejuaraan Seluruh Jepun minggu ini.
“Di atas kertas, memang saya nampak mempunyai kelebihan, tetapi minggu ini baru masuk pusingan kedua dan masih ada baki banyak perlumbaan lagi. Jadi saya tidak melihat ia sebagai satu kelebihan sebaliknya lebih menumpukan kepada prestasi sendiri.
“Cuma yang penting saya perlu menggunakan peluang ini untuk mengumpul mata maksimum sebagai bekalan penting untuk pusingan-pusingan akan datang. Meskipun mereka tiada, namun cabaran hebat pasti datang dari pelumba Thailand dan juga rakan sepasukan saya sendiri serta pelumba wildcard tuan rumah,” jelas juara bertahan SuperSports 600cc itu
Mengulas tentang cabaran di litar baharu yang pertama kali berada dalam calendar ARRC, Azlan berkata, “Saya difahamkan litar ini baru siap manakala cuaca juga mungkin agak sejuk. Kami perlu mengumpul data dan mendapatkan pelarasan terbaik secepat mungkin. Sesi pada hari pertama sangat penting buat pasukan.
“Laluan lurus yang panjang dan litar ‘high speed’ mungkin memberi sedikit kelebihan kepada jentera Kawasaki. Saya berharap semuanya akan berjalan lancar nanti.”

Zaqhwan langkau ARRC Australia
Satu pertembungan jadual antara Kejohanan Perlumbaan Jalan Asia dan All Race Road Jepun memaksa penunggang MuSASHi Boon Siew Honda, Mohd Zaqhwan Zaidi untuk meneruskan matlamat latihannya.
Arahan pasukan untuk Zaqhwan adalah jelas dari awal tahun 2018, bahawa Zaqhwan akan menghabiskan tahun ini dalam latihan untuk mengasah bakat berlumba jentera 1000cc. Objektifnya adalah menjadi Juara ASB1000 yang pertama apabila kelas ini diperkenalkan ke dalam senarai ARRC pada tahun 2019.
"Saya pasti akan merasakan keseronokan perlumbaan pertama di Australia, tetapi saya komited sepenuhnya kepada rancangan latihan pasukan saya," kata Zaqhwan yang akan melangkau grid permulaan ARRC di Australia.
"Pusingan pembukaan My All Japan bermula pada permulaan yang hebat di Motegi Twin Ring pada hujung minggu lalu. Sesi kelayakannya sangat sukar, treknya sejuk, hujan dan licin, saya kecewa untuk melayakkan diri ke P28 di grid. Saya menamatkan perlumbaan 1 pada P19 dan berjaya mengambil beberapa mata dalam perlumbaan 2 dengan tamat di tempat ke-14. "
Pasukan MuSASHi Boon Siew Honda akan mempertaruhkan rekrut terbaru mereka, Tomoyoshi Koyama dan pendatang baru Azroy Hakeem Anuar untuk mempertahankan maruah pasukan dalam perlumbaan ARRC di Australia.

Kini boleh beli pelincir Shell di 11street
Shell Malaysia telah melancarkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di 11street, bagi memudahkan rakyat seluruh Malaysia membuat pembelian pakej servis penukaran minyak Shell Helix (termasuk minyak Shell Helix pilihan anda, penapis minyak yang tulen dan caj buruh) secara dalam talian. Laman gedung rasmi tersebut boleh dilayari di www.11street.my/promotion-page/shell-official-store
Para pengguna di Semenanjung Malaysia, dan di Sabah dan Sarawak kelak, akan dapat membeli e-baucar bagi pakej servis penukaran minyak Shell Helix yang tulen secara dalam talian, dan menghubungi bengkel untuk membuat temu janji dan menebusnya melalui aplikasi mudah alih 11street di bengkel pilihan mereka dari sejumlah 45 bengkel Shell Helix yang menyertai program ini.
Bersempena pelancaran ini, Shell Helix dan 11street telah mengumumkan peraduan Belanja & Menang! Mulai 16 hingga 29 April 2018, pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage atau HX7 di 11street akan berpeluang untuk memenangi kredit beli-belah bernilai RM500.
Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, kerjasama dengan 11street akan membolehkan syarikat tersebut menyertai trend membeli-belah dalam talian yang sedang pesat berkembang dan membawakan produk Shell Helix yang tulen dan servis nilai-untuk-wang kepada pasaran yang lebih luas di seluruh negara.
Pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix di 11street juga layak untuk mendaftar bagi program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share anda akan dapat menikmati pelbagai ganjaran dengan SHARE. Ini termasuklah tawaran hebat beli-3-percuma-1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan penukaran minyak dan promosi bermusim.
Mereka yang mempunyai kereta yang berusia kurang daripada lapan tahun dan bacaan odometer 150,000km juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dengan percuma apabila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7.

Subscribe to:
Posts (Atom)