Perlumbaan
SuperSports 600cc di The Motorsport Motor Bend, Pusingan 2 Kejohanan
Perlumbaan Jalan FIM Asia, telah dianggap terbatal berikutan dua
kejadian berasingan yang menghendaki kibaran bendera merah sewaktu tempoh
perlumbaan.
Perlumbaan 15 pusingan itu dikibarkan merah pada Lap 3 apabila pemimpin perlumbaan Yuki Ito terbabas. Beliau walaubagaimana pun tidak mengalami sebarang ecederaan serious. Persaingan
600cc itu disambung semula untuk baki perlumbaan 9 pusingan
tetapi sekali lagi terganggu apabila pemimpin kejohanan Azlan Shah
Kamaruzaman jatuh di selekoh yang sama di Lap 3.
Di bawah peraturan ARRC, kibaran dua kali bendera merah ini menyebabkan Race 1 dianggap terbatalk dan tiada mata kejohanan akan diberikan.
Izzat, Helmi raih podium di Australia
Izzat (kiri) bersaing dengan Wahyu (tengah) dan Helmi (kanan). |
Mohd Izzat Zaidi menghadiahkan podium buat Malaysia apabila
berjaya memenangi Perlumbaan 1 kategori Underbone 150cc pada Pusingan 2
Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar The Bend
Motorsport, Australia, hari ini.
Pelumba RCB Yamaha YY Pang Racing yang memulakan perlumbaan
dari petak kelima menamatkan tujuh pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’23.831s
sekaligus naik ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan jumlah 58
mata.
Seorang lagi pelumba negara, Md Helmi Azman (SCK Rapido
Hi-Rev Honda Racing) turut menghadiahkan podium setelah berjaya mengetepikan
saingan sengit Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) untuk menamatkan
perlumbaan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 16’23.947s manakala Wahyu di
tempat ketiga dengan hanya perbezaan 0.021s.
Helmi bagaimanapun jatuh ke tangga kedua dalam senarai
keseluruhan dengan 56 mata sambil diekori Wahyu yang mengumpul 36 mata.
“Saya gembira dengan kemenangan pertama musim ini
memandangkan agak ketinggalan pada awal perlumbaan selepas berlaku innsiden
melibatkan pelumba lain pada awal perlumbaan.
“Selepas itu saya berjaya mengejar dan pada dua selekoh
terakhir, Helmi dan Wahyu bersaing sesame sendiri dan membuka ruang untuk saya
memecut dan memintas mereka seterusnya memenangi perlumbaan. Saya menghadiahkan
kemenangan ini kepada pasukan dan semua yang menyokong dan membantu saya,”
jelas Izzat.
Dalam saingan Asia Production 250cc menyaksikan penguasan
tiga pelumba Indonesia dengan kemenangan menjadi milik Rheza Danica Ahrens (Astra
Honda Racing Team) diikuti rakan sepasukan, Mario Suryo Aji. Kedua-dua pelumba
menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 19:18.357s dan 19:18.436s.
Andy Muhammad Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di
tempat ketiga dengan masa 19:25.995s.
Penamat di tempat keempat cukup untuk membantu Anupab
Sarmoon (YAMAHA Thailand Racing TEAM) untuk kekal mendahului senarai
keseluruhan dengan mengumpul 49 mata. Rheza di kedudukan kedua dengan 48 mata
diikuti Mario ketiga, 46 mata.
KEPUTUSAN PERLUMBAAN
1
AP250
1 Rheza Danica AHRENS (INA) Astra Honda Racing Team 19:18.357s
2 Mario Suryo AJI (INA) Astra Honda Racing Team 19:18.436s
3 108 Andy Muhammad FADLY (INA) Manual Tech KYT Kawasaki
Racing 19:25.995s
4 Anupab SARMOON (THA) Yamaha Thailand Racing Team 19:26.398s
5 Muklada SARAPUECH (THA) A.P. Honda Racing Thailand 19:28.491s
Kedudukan Keseluruhan
1 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 49 mata
2 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 48 mata
3 Mario Suryo Aji (INA) Astra
Honda Racing Team 46 mata
4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 42 mata
5 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super
battery 39 mata
UB150
1 Md Izzat ZAIDI (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 16:23.831s
2 Md Helmi AZMAN (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 16:23.947s
3 Wahyu Aji TRILAKSANA (INA) Yamaha Racing Indonesia
16:23.968s
4 Md. Aiman AZMAN (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16:24.253s
5 Md Akid AZIZ (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 16:26.286s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 58 mata
2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 56
mata
3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 36 mata
4 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All 34 mata
5 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team
31 mata
Subscribe to:
Posts (Atom)