Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki menambah lima mata lagi sebagai mata kejohanan apabila tamat di tempat ke-11 pada perlumbaan Moto3 Grand Prix of the Americas hujung minggu lepas.
Malangnya rakan sepasukan beliau iaiatu Adam Norrodin kecewa apabila terlibat dengan kemalangan di pusingan satu sekaligus menamatkan perlumbaannya sebelum sempat beraksi.
"Ayumu membuat permulaan yang baik dari tempat kelapan di grid," kata Pengurus Pasukan, Johan Stigefelt. Ayumu dapat naik beberapa kedudukan dan bertarung dengan baik dalam kumpulan utama tetapi kemudiannya nyaris tercampak dari jenteranya namun mampu mengawal jentera secara menakjubkan. Sayangnya peristiwa ini benar-benar mengganggu momentumnya dan dia kemudian berusaha untuk kembali ke rentaknya. Dari sini Ayumu menghadapi kesukaran setelah kehilangan peluang untuk bersaing dalam kumpulan. Masa pusingannya adalah baik, dan untuk tamat kesebelas tidaklah menghampakan dan dia mengutip lima lagi mata, jadi ia sangat positif.
Adam dia mempunyai permulaan yang baik tapi kemudiannya membuat kesilapan ketika masuk ke selekoh pertama dan terhempas. Kini Adam harus menyiapkan dirinya untuk Jerez, untuk kembali menghadapi cabaran di Eropah.