Yamaha terus jadi pilihan pasaran dunia


Jualan bersih bagi tempoh perakaunan suku pertama tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2018 Yamaha Motor Co., Ltd. adalah 405.6 bilion yen, (peningkatan sebanyak 19.5 bilion yen atau 5.1% berbanding dengan tempoh yang sama tahun fiskal sebelumnya), dan pendapatan operasi ialah 41.2 bilion yen (peningkatan sebanyak 3.9 bilion yen atau 10.5%).

Jualan bersih motosikal Yamaha bagi tahun 2017 adalah 241.2 bilion yen yang merupakan peningkatan sebanyak 8.7 bilion yen atau 3.7% berbanding tempoh yang sama dalam tahun fiskal sebelumnya, dan pendapatan operasinya ialah 14.5 bilion yen iaitu peningkatan sebanyak 0.6 bilion yen atau 4.3%.

Jumlah jualan di pasaran maju menurun disebabkan faktor-faktor seperti penurunan jumlah permintaan dan cuaca yang tidak menentu di Eropah. Jumlah jualan di pasaran baru muncul seperti Indonesia, Filipina, dan Brazil meningkat, tetapi menurun di pasaran Vietnam dan lain-lain.

Penjualan bersih menurun di pasaran maju disebabkan oleh kenaikan yen dan jualan unit rendah, manakala jualan bersih meningkat di pasaran baru berkat peningkatan jumlah jualan. Keuntungan yang tinggi dikekalkan di rantau ASEAN yang membantu meningkatkan pendapatan operasi, tetapi, disebabkan oleh penurunan pendapatan di pasaran maju dan lain-lain, pendapatan operasi keseluruhan Yamaha adalah setanding dengan tempoh yang sama dengan tahun fiskal sebelumnya.