AgilityPlus menggabungkan beberapa penyelesaian penting untuk memberikan kemudahan, penjimatan dan perlindungan daripada perubahan harga pasaran. Ini termasuklah pilihan untuk melaraskan tempoh setiap pembiayaan, insurans dan pakej servis. Ia direka bagi memenuhi terhadap permintaan penyelesaian kewangan yang lebih fleksibel.
Pelopor pembiayaan automotif, Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (Mercedes-Benz Services Malaysia) memperkenalkan AgilityPlus iaitu penyelesaian serba lengkap terkini oleh syarikat yang memberi pelanggan lebih kebebasan untuk menyesuaikan pakej untuk membiayai, melindungi dan menyenggarakan kenderaan Mercedes-Benz mereka yang dihargai dengan cara terbaik.
“Kami bertekad untuk menyokong gaya hidup pelanggan kami. Untuk berbuat demikian Mercedes-Benz Services Malaysia menjangkaui sempadan pembiayaan konvensional. Strategi di sebalik portfolio kami yang berkembang kepada lebih RM2.3 bilion, ialah usaha memahami pelanggan terlebih dahulu dan menentukan keperluan mereka. AgilityPlus disediakan khas untuk individu yang inginkan nilai, manfaat tiada tandingan dan juga ketenangan fikiran,” kata Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Mike Ponnaz.
Dengan pakej AgilityPlus, pelanggan akan menikmati manfaat pelan Pembiayaan Agility yang tersendiri, iaitu pilihan fleksibel pada akhir perjanjian untuk menjelaskan atau melanjutkan kontrak, atau memulangkan kenderaan Mercedes-Benz mereka. Nilai Masa Depan Terjamin (GFV) ialah satu lagi ciri penting yang melindungi pelanggan daripada susut nilai, sambil membolehkan pelanggan menikmati ansuran bulanan lebih rendah.
Untuk menyempurnakan ciri-ciri ini, AgilityPlus memberikan pilihan kepada pelanggan untuk melengkapi pelan Pembiayaan Agility dengan tambah nilai menarik. Pelanggan bebas memilih satu, atau kombinasi ciri-ciri tambahan, yang terdiri daripada Insurans Kenderaan Komprehensif Mercedes-Benz, Insurans Tayar dan Rim, Insurans Return To Invoice (RTI) dan juga Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact atau Compact Plus). Kontrak servis dari Mercedes-Benz memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan semasa memandu, tanpa perlu bimbang tentang sebarang kerja pembaikan dan kos yang tidak diduga.
“Pelanggan menikmati tahap fleksibiliti lebih tinggi menguruskan aliran tunai dengan AgilityPlus kerana bayaran disusun menjadi ansuran. Kami merangka pakej untuk menggantikan bayaran sekaligus supaya pelanggan kini boleh menikmati penjimatan semasa pembelian. Dengan memilih Pakej Servis Mercedes-Benz, pelanggan menerima jaminan bahawa kenderaan Mercedes-Benz mereka disenggarakan oleh juruteknik terlatih dan berpengalaman, yang disokong oleh alat diagnostik terkini dan penggunaan alat ganti tulen yang terjamin. Kehadiran kami dapat dirasai di seluruh rangkaian kami yang luas dan memberikan jaminan kemudahan tambahan kepada pelanggan kami di seluruh negara,” jelas Ponnaz.
Dengan menawarkan penyelesaian tersendiri, AgilityPlus menghimpunkan beberapa penyelesaian penting setempat untuk meningkatkan kesenangan dan manfaat nilai tambah, pengalaman pelanggan bersama jenama menjadi semakin menarik. Tambahan lagi, pelanggan boleh memanfaatkan penjimatan kerana dilindungi daripada perubahan harga pasaran yang turun naik menerusi Nilai Masa Depan Terjamin dan Pakej Servis Mercedes-Benz.
Pelanggan juga bebas memilih tempoh setiap pakej pembiayaan dan insurans. Pilihan tempoh bagi Agility Financing, RTI dan Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact) adalah antara satu hingga lima tahun, manakala tempoh bagi Insurans Motor Komprehensif serta Tayar dan Rim ialah satu tahun (atas dasar pembaharuan). Pakej Servis Mercedes-Benz (Compact Plus) adalah tambahan sekali sehaja.
Sebagai contoh, pelanggan yang ingin membiayai Mercedes-Benz GLC200 dengan pilihan Drive360+ selama lima tahun (20,000km setahun), serta RTI 5 tahun, Insurans Motor Komprehensif Setahun (Compact Plus) serta Tayar dan Rim hanya perlu membayar RM 4,754 sebulan.
Baru-baru ini, MBSM telah memperkenalkan Kempen EQ Agility Care, yang berlangsung hingga 30 Jun 2018, sebagai pelengkap bagi produk EQ Power yang baru dilancarkan. Pelanggan Kempen EQ Agility Care, yang juga layak untuk menambah penyelesaian AgilityPlus, akan menerima penyelengaran dan servis kenderaan berjadual serta EQ Power pengecas wallbox dengan EQ Power C350 e atau E350 e bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun.
Menerusi AgilityPlus, MBSM turut memperkenalkan kempen Performance Agility Care yang berlangsung dari 25 April hingga 30 Jun. Kempen ini menawarkan pembiayaan Agility bagi semua model Mercedes-Benz AMG 43 dan 45 bagi tempoh pemilikan dari satu hingga lima tahun, yang dilengkapi pakej servis dan merchandise AMG ekslusif.
Untuk maklumat lanjut mengenai AgilityPlus, sila layari www.mercedes-benz.com.my/AgilityPlus, hubungi pusat perkhidmatan pelanggan pembiayaan dan insurans Mercedes-Benz Services Malaysia di 1-800-88-1133, atau kunjungi mana-mana wakil penjual sah Mercedes-Benz.