Pelumba PETRONAS Sprinta Racing #71 Ayumu Sasaki dan #7 Adam Norrodin menamatkan hujung minggu dengan kepahitan, walaupun kelihatan bersedia untuk menjadikannya Grand Prix terbaik tahun ini pada awalnya.
Cemerlang melayakkan diri di barisan hadapan selepas mengalami kemalangan pada hari Sabtu ketika sesi Latihan Bebas Tiga, Sasaki yang berusia tujuh belas tahun mengalami perlumbaan 20 pusingan yang mencabar. Pelumba Jepun itu tanpa henti mengenepikan sakit di kaki dan prestasi enjin yang semakin merosot, untuk menyeberangi garisan penamat di tempat ke-16, hanya satu kedudukan corot dari kutipan mata.
Rakan sepasukannya Adam Norrodin membuat permulaan yang baik dari tempat kelapan di grid permulaan untuk segera meloloskan dirinya ke kedudukan keenam. Norrodin kelihatan begitu baik namun kesilapan kecil telah membawa kekecewaan awal kepada pelumba Malaysia tersebut setelah terbabas dan terkeluar dari perlumbaan di pusingan ketiga.
"Saya sangat bermotivasi untuk perlumbaan hari ini," jelas Adam. "Saya membuat permulaan yang baik dari tempat ke-8 dan berasa hebat. Saya berada di tempat ke-6 pada pusingan ketiga tetapi kemudian ketika di selekoh ketiga, Canet memintas saya dengan begitu hampir. Saya terpaksa membetulkan kedudukan motosikal saya sedikit untuk cuba menyelamatkan diri saya, tetapi kemudian sebaik sahaja saya cuba menyendeng, jentera saya membuang di bahagian belakang. Saya sangat kecewa kerana saya berasa begitu yakin pada hujung minggu ini dan mengharapkan hasil yang sangat baik di sini. Ia sangat menyedihkan, kerana kami mempunyai rentak dan peluang untuk mendapatkan beberapa mata yang bagus hari ini. Saya minta maaf kerana saya tidak dapat melakukannya untuk pasukan saya. Saya akan berusaha lebih kuat lagi pada perlumbaan seterusnya. "
#55 Hafizh papar aksi cemerlang di Mugello
Hafizh Syahrin Abdullah telah menunjukkan prestasi yang sangat menakjubkan di GP Itali Mugello semalam, ketika merebut tempat rookie teratas. Dengan meloloskan diri di pusingan terakhir, dia tamat ke-12 sekali lagi mengulangi kejayaan sebelum ini, dan mengutip empat mata, yang membawanya kembali ke puncak kelas Rookie of the Year semasa, dan kini sama jumlah mata dengan Franco Morbidelli.
"Ia adalah satu perlumbaan sukar dalam keadaan yang sangat panas, terima kasih banyak kepada pasukan saya, kerana pada awal perlumbaan saya berjuang sedikit untuk mencari cengkaman, kerana selepas perlumbaan Moto2 ia berbeza untuk FP3 dan FP4 Saya cuba untuk mengasak dan perlu mengakui bahawa saya terkejut yang jentera KTM begitu pantas dan oleh itu, sukar untuk memintas mereka di ruangan lurus. Saya kehilangan masa di lurusan dan cuba mengasak di selekoh dan kawasan membrek. Saya merasakan bahawa saya menggunakan seluruh tenaga saya dalam perlumbaan ini ketika cuba untuk menghampiri dan cuba memintas Morbidelli. Akhirnya, saya ingin memintas Rabat kerana saya penuh motivasi untuk menghasilkan perlumbaan yang baik di sini. Ianya tidak mudah, tetapi saya melakukannya di selekoh terakhir. Saya akan berusaha untuk terus bekerja keras dengan fizikal saya dan berharap untuk mempunyai lebih tenaga untuk perlumbaan seterusnya. "

#66 Niki Tuuli SIC Racing tamat ke-17 di Mugello
Walaupun baru kali kedua berlumba dalam kejuaraan Moto2, penunggang SIC Racing Team, Niki Tuuli, menunjukkan peningkatan cemerlang ketika berjuang untuk mata di Grand Prix Itali semalam.
Niki melintasi garisan penamat di tempat ke-17 setelah tewas dalam perjuangan untuk tempat keempat belas.
"Pagi ini saya bergelut sedikit semasa sesi pemanasan Warm Up kerana saya masih sukar untuk mencari rentak menunggang yang lebih teliti; gaya saya agak agresif di tempat yang salah. Perkara terbaik mengenainya ialah saya tahu di mana saya perlu mperbaiki supaya kita boleh membuat kemajuan.
Dalam perlumbaan tersebut lima hingga enam pusingan pertama agak sukar sebelum saya mendapat rentak saya, tetapi selepas itu saya dapat mencari langkah saya dan mula memintas. Kutipan mata sangat nyaris hari ini dan ini hanya perlumbaan kedua saya, jadi saya gembira dengan hal ini. Kami mengurangkan jurang kami ke hadapan dalam perlumbaan dengan lebih daripada lima belas saat, berbanding Le Mans, jadi ia berakhir sebagai hujung minggu yang baik. Sudah tentu kita perlu lebih hampir ke depan, tetapi ia memerlukan masa. Kita dapat melihat bahawa kita membuat kemajuan dan menuju ke arah yang betul, jadi inilah perkara yang utama. Ianya hebat untuk bertarung merebut mata hari ini dan saya mempunyai beberapa pertembungan yang baik dengan penunggang lain. Saya sangat selesa berada di sini dan bagaimana semuanya berjalan; Inilah impian saya. Saya hanya mahu bertambah baik! "

Izzat tangkis kemarau podium Malaysia
Mohd Izzat Zaidi
Salehan mengubat kekecewaan barisan pelumba negara apabila berjaya
menghadiahkan podium setelah menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dalam
kategori Underbone 150cc.
Peluma RCB Yamaha YY Pang Racing itu
menamatkan enam pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’04.945s di
belakang juara, Gupita Kresna ( Yamaha Yamalube SND Factory) dan Wahyu Aji
Trilaksana (YAMAHA Racing Indonesia) sebagai naib juara.
Jumlah 16 mata yang dipungut sebagai
pemenang tempat ketiga meletakkan Izzat di tangga kedua dalam senarai
keseluruhan dengan mengumpul 93 mata, satu mata di belakang juara Perlumbaan 1,
Mohd Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team) manakala Wahyu ketiga,
72 mata.
UB150
1 Gupita Kresna (INA) Yamaha Yamalube
SND Factory 16'04.836s
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) YAMAHA
Racing Indonesia 16'04.899s
3 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha Y Y
Pang Racing 16'04.945s
4 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi
Rev Honda Racing Team 16'05.181s
5 Syahrul Amin (INA) Yamaha Yamalube SND
Factory 16'05.316s
Kedudukan Keseluruhan
1 Mohd Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda
Racing Team 94 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY
Pang Racing 93 mata
3 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha
Racing Indonesia 72 mata
4 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha
Maju Motor Asia Team 71 mata
5 Gupita Kresna Wardhana (INA) Yamaha
Yamalube SND Factory 58 mata
Pelumba Indonesia sapu bersih AP250 di Suzuka
Kategori Asia Production (AP250) telah dikuasai oleh duo Astra Honda Racing Team, Rheza Danica Ahrens dan Mario Suryo
Aji. Rheza memenangi perlumbaan keempatnya pada musim ini dengan masa
keseluruhan 19’53.378s diikuti Mario dengan masa 20’02.030s. Andy Muhammad
Fadly (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) di kedudukan ketiga dengan masa 20’02.228s.
Kemenangan ini meletakkan Rheza selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan
123 mata.
Pelumba CKJ
Yamaha Racing, Ahmad Afif Amran menctat keputusan terbaik peribadi dan juga
buat barisan pelumba negara apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat
keempat dalam kategori ini, dengan masa keseluruhan 20’02.642s.
AP250
1 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra
Honda Racing Team 19'53.378s
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda
Racing Team 20'02.030s
3 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual
Tech KYT Kawasaki Racing 20'02.228s
4 Ahmad Afif Amran (MAS) CKJ Yamaha
Racing 20'02.642s
5 Akito Narita (JPN) Team HIRO 20'02.718s
Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda
Racing Team 123 mata
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda
Racing Team 102 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand
Racing TEAM 92 mata
4 Muklada Sarapuech (THA) AP Honda
Racing Thailand 62 mata
5 108 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual
Tech KYT Kawasaki Racing 58 mata
#25 Azlan Shah gagal kekal rentak
Selepas aksi
cemerlang pada Perlumbaan 1, aksi pelumba negara sedikit tenggelam apabila
hanya satu podium diraih pada hari ketiga Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia
FIM di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.
Dalam saingan
SuperSports 600cc, Azlan Shah Kamaruzaman yang memenangi Perlumbaan 1, semalam
gagal meneruskan rentak apabila terpaksa berpuas hati di kedudukan kelima
dengan masa keseluruhan 22’22.477s.
“Saya sudah
mencuba yang terbaik namun sedikit kesilapan kami terhadap pelarasan jentera
memusnahkan impian untuk mengulangi pencapaian podium semalam,” jelas pelumba
Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu.
“Kami menggunakan
pelarasan yang serupa dengan semalam dan ia terbukti baik ketika sesi latihan
sebelah pagi. Malangnya cuaca sewaktu perlumbaan agak sejuk, berbeza dengan
cuaca panas semalam dan menyebabkan kuasa enjin saya berkurangan, sama seperti
rakan sepasukan saya, Ahmad Yudhistira.”
Perlumbaan
dimenangi pelumba Australia, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) dengan masa
keseluruhan 22’22.002s manakala Keminth Kubo (Yamaha Racing Team Asean) meraih
podium pertamanya dalam kelas perdana dengan masa 22’22.379s. Rakan sepasukan
Azlan, Ahmad Yudhistira lebih bernasib baik apabila berjaya menamatkan
perlumbaan di tangga ketiga dengan masa keseluruhan 22’22.408s.
Gelaran juara
meletakkan West kembali ke tangga teratas dalam senarai keseluruhan dengan
mengumpul 86 mata manakala Azlan jatuh ke tangga kedua dengan 74 mata. Yuki Ito
(Yamaha Racing Asean) yang menamatkan saingan di tempat keempat berada di
tangga ketiga dengan 68 mata.
KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2
SS600
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI
Racing 22'22.002s
2 Keminth Kubo (THA) YAMAHA Racing
Team ASEAN 22'22.379s
3 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech
KYT Kawasaki Racing 22'22.408s
4 Yuki Ito (JPN) YAMAHA Racing Team
ASEAN 22'22.435s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual
Tech KYT Kawasaki Racing 22'22.477s
Kedudukan Keseluruhan
1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI
Racing 86 mata
2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual
Tech KYT Kawasaki Racing 74 mata
3 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 68 mata
4 Keminth Kubo (THA) Yamaha Racing
Asean 57 mata
5 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech
KYT Kawasaki Racing 52 mata
Subscribe to:
Posts (Atom)