Fazli Sham yakin dengan OneXOX TKKR

Ahmad Fazli Sham yakin pasukannya OneXOX TKKR Racing Team akan kembali bangkit dan memberikan saingan di kelompok hadapan pada perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Litar MAEPS, Serdang, Selangor, 7 dan 8 Julai ini.
Pelumba berpengalaman berusia 36 tahun yang beralih pasukan pada musim 2018 itu sekadar menamatkan perlumbaan akhir CP150 di kedudukan ke-10 sewaktu pusingan pembukaan di Tangkak manakala rakan sepasukan Md Khairul Ikhwan Ajis di kedudukan ke-11 dan Md Hafiza Rofa gagal menamatkan perlumbaan.

 Keputusan itu jelas berbeza berbanding musim 2017 dimana Fazli menamatkan musim di kedudukan keempat keseluruhan dengan pencapaian terbaik tiga kali muncul sebagai naib juara perlumbaan.
“Kami sudah mengenalpasti beberapa kelemahan dan kesilapan perlumbaan lepas dan telah memperbaiki kelemahan tersebut. Beberapa ujian yang dijalankan sebelum ini juga menunjukkan keputusan positif,” jelas juara kelas Expert 2007 dan 2008 itu.
Tambah Fazli, “Walaupun baru bersama pasukan TKKR, saya tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan sebaliknya berharap dapat menggunakan pengalaman saya untuk membantu pasukan menaiki podium. Musim 2017 pasukan ini berjaya meraih satu podium di tangga ketiga, jadi kami berharap dapat meraih keputusan lebih baik pada tahun ini bermula dengan perlumbaan di MAEPS.”

MSX 125 SF dikemaskini

Memperkenalkan penawaran terkini MSX 125 SF, jentera kompak, mudah untuk ditunggang dan praktikal. Model ini menempa kejayaan di seluruh dunia apabila ia mula diperkenalkan pada tahun 2013, berkat peralatan motosikal bersaiz penuh.  MSX125 merupakan produk yang benar-benar global (yang juga dikenali sebagai "Grom" di Jepun dan Amerika Syarikat). Demam MSX125 telah melanda seluruh dunia. Ia direka untuk penunggang muda, dan memaparkan enjin geseran rendah yang ekonomik, kotak gear empat kelajuan serta karektor dan gaya yang tersendiri tidak seperti jentera lain.

Mahukan keseronokan serius ketika bergerak dari satu tempat ke tempat lain? Atau hanya sekadar motosikal komuter harian anda? Honda MSX 125 SF hadir memenuhi keperluan anda. Padat, rendah ke bumi, bersaiz kecil dari segi harga dan ruang parkir, namun mampu mengukir senyuman di wajah anda setiap kali anda menghidupkan kunci utama.

Ia lebih daripada sekadar sebuah motosikal kecil yang bergaya - ia juga berketerampilan penuh gaya. MSX 125 SF dibekalkan enjin 125cc dengan faktor keseronokkan yang tidak tertanding. Saiznya yang comel menjadikannya hebat untuk penunggang baru, dan keseronokan yang menyeluruh mampu ditawarkan kepada para penunggang berpengalaman.

MSX125 yang dikeluarkan di Thailand ini, cukup kecil untuk dikawal dengan baik serta akan dirasakan bersaiz normal dengan penggunaan peralatan motosikal bersaiz standard. Ianya adalah gabungan motosikal mini dan motosikal bersaiz biasa, dengan prestasi yang dipadankan dengan pengendalian yang yakin dan gaya yang menggabungkan keseronokan bersiar di kawasan bandar.

Penuh Prestasi
Apa yang menjadikan MSX 125 SF ini sangat menyeronokkan? Semuanya bermula dengan enjin yang hebat. Reka bentuk silinder tunggal MSX 125 SF ini adalah ringan, tirus dan pantas. Suapan suntikan bahan api membantu prestasi, penghidup elektrik menjadikannya mudah untuk dihidupkan, dan banyak ciri pengurangan penyelenggaraan memberikan anda lebih banyak masa untuk menunggang. Tiada yang boleh menyamai reputasi enjin Honda, dan walaupun MSX 125 SF mungkin padat, ianya besar dari segi prestasi dan kebolehpercayaan.
Transmisi Empat Kelajuan
Kotak gear empat kelajuan MSX 125 SF memberikan anda ketahanan, kawalan dan kecekapan kotak gear motosikal konvensional, dan keseronokan peralihan gear dan penentuan masa untuk beralih.

Brek cakera hidraulik
MSX 125 SF ddilengkapi cakera tunggal 220mm di hadapan dan cakera tunggal 190mm belakang untuk kuasa berhenti yang sangat baik.

Penyerap Kejutan Belakang Tunggal
Penyerap kejutan belakang hidraulik tunggal MSX 125 SF menjanjikan anda satu perjalanan yang selesa, walaupun di atas permukaan jalan berliku atau tidak rata.

Lampu LED hadapan
Lampu LED projektor LED MSX 125 SF adalah elemen gaya utama. Bukan sahaja ia kelihatan hebat tetapi ia juga memberikan pencahayaan unggul.

Lampu ekor LED
Lupakan lampu belakang trVdisional yang besar - lampu belakang LED MSX 125 SF cukup terang dan jelas untuk keterlihatan yang lebih baik kepada kenderaan lain.
Kapasiti Bahan Bakar
Dengan tangki bahan api 5.7 liter (1.45-galon), anda boleh mengembara jauh dan juga ekonomik. Siapa kata kita tidak boleh bersenang-senang dengan bajet rendah?
Ketinggian tempat duduk yang rendah
Pada hanya 760 mm atau 30 inci, MSX 125 SF menjadikannya mudah untuk mengendali kaki di lampu berhenti atau di tempat letak kereta.

Keupayaan Membonceng
Mahu berkongsi keseronokan dengan rakan? Tiada masalah - MSX 125 SF dengan selesa dan mudah menampung pembonceng anda.

Kini, ada banyak jentera yang baik untuk dipilih, dan kebanyakan daripadanya kelihatan sama di atas kertas, atau jika anda membandingkan carta spesifikasi. Tetapi dalm pemilikan sebenar, ia nyata berbeza. Honda kelihatan lebih baik dari hari ke hari. Mengapa? Pertamanya adalah kerana kejuruteraan Honda yang terkenal - bahan yang lebih berkualiti dan reka bentuk yang lebih baik yang menjadikan motosikal anda lebih ringan, lebih berkuasa, dan lebih menyeronokkan untuk ditunggangi. Keduanya kerana reputasi kebolehpercayaan Honda, setiap model baru merupakan hasil dari reka bentuk dan bahan yang unggul. Dan akhirnya ada kualiti buatan Honda yang memang diketahui. Semua ini mengangkat Honda MSX 125 SF baharu di aras tertinggi dalam kumpulan jentera yang serupa.

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan sebuah Honda MSX 125 SF yang tersedia dalam empat warna: oren Halloween Orange, biru Splendid Blue, merah Gayety Red atau hijau Incredible Green. Alamilah keseronokan !!




Spesifikasi teknikal
Model MSX125
ENJIN
Jenis Satu Silinder 4-lejang sejukan udara
Sesaran 125cc
Gerek X Lejang 52.4mm x 57.9mm
Nisbah Mampatan 9.3: 1
Kuasa maksima 9.7 hp (7.2kW) @ 7000rpm
Tork maksima 11.0Nm @ 5,250rpm
Kapasiti Minyak Enjin 1.1 liter

SISTEM BAHAN API
Suapan Bahan Bakar Karburator
Kapasiti Tangki Bahan Api 5.7 liter

SISTEM ELEKTRIK
Penghidup Electrik
Kapasiti Bateri 3.5Ah
Keluaran ACG 12V
       
PACUAN
Klac Plat basah berbilang
Hantaran 4-kelajuan

CHASIS
Jenis Kerangka Tulang Belakang
Dimensi (P x L x T) 1,755 mm X 730 mm X 1,000 mm
Tapak roda 1200 mm
Sudut Capai 25 °
Jarak capai 81 mm
Ketinggian tempat duduk 760 mm
Kelegaan bumi 155 mm
Berat basah 104 kg

SUSPENSI
Depan - Topang Telescopik terbalik
Belakang - Monoshock
Ukuran roda depan - 12 x MT 2.75
Belakang - 12 x MT 3.50
Tayar Depan - 120 / 70-12 51L
Tayar belakang - 130 / 70-12 56L
Brek Hidraulik konvensional
Depan - cakera
Belakang - cakera
Warna
Oren Halloween Orange
Biru Splendid Blue
Merah Gayety Red
Hijau Incredible Green

Helmi sedia gegar Cub Prix MAEPS


Pendahulu kedudukan keseluruhan Underbone 150cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Mohd Helmi Azman kan hadir di pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor, 7 dan 8 Julai ini dengan berbekalkan semangat juara.

Pelumba Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing itu telah mempamerkan aksi cemerlang di peringkat Asia setelah meraih dua gelaran juara dan satu naib juara sepanjang tiga pusingan ARRC yang telah berlangsung pada tahun ini.
Aksi pembukaan Kejuaraan Cub Prix di Litar Tangkak awal April lalu menyaksikan Helmi sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 manakala rakan sepasukan, Mohd Fakhrusy Syakirin Rostam menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

“Banyak perbezaan diantara perlumbaan ARRC dan Cub Prix terutama dari segi litar yang digunakan. Begitu juga dengan pelarasan dan kawalan jentera. Tahun ini saya baru beralih pasukan dan sewaktu di Tangkak, saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan jentera. Selepas beberapa pusingan di Asia, saya semakin serasi dengan jentera Honda yang digunakan.

“Walaupun penamat yang sedikit mengecewakan sewaktu di Tangkak, saya yakin dapat mencapai keputusan lebih baik bersama rakan sepasukan yang lain. Saya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya dapat layak ke Superpole,” jelas Helmi.