Honda Dash 125 baharu diperkenal dari RM5,999

Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda) semalam memperkenalkan model terbarunya, Dash 125 baharu. Model baru ini dikuasakan oleh enjin serba baharu 125cc yang menyampaikan prestasi yang lebih baik untuk menawarkan tunggangan yang lebih mengujakan dan dinamik.
Pada pelancaran itu, Boon Siew Honda mengumumkan bahawa Dash 125 baru akan menjadi jentera lumba baharu Honda One-Make Race di Malaysian Cub Prix. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En. Keiichi Yasuda juga mengumumkan pelantikan juara Asia Road Racing Championship (ARRC) dua kali, Zaqhwan Zaidi sebagai Duta Rasmi Dash 125 baru.
Model 125cc baharu ini merupakan pilihan kepada penunggang yang mahukan sebuah motosikal yang mempunyai pakej lengkap dan prestasi lebih baik dan reka bentuk bergaya.

Berucap pada majlis pelancaran tersebut, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran cub bersesaran cc besar didapati berkembang pesat, kompetitif dan mencabar berikutan permintaan pelanggan yang kian meningkat. Sebagai sebuah syarikat yang komited untuk menawarkan nilai baru untuk keseronokan pelanggan, Boon Siew Honda telah menambah baik tawaran model demi memenuhi keperluan para penunggang di Malaysia. Kami faham akan kehendak dan trend terkini di Malaysia. Oleh itu, kami sangat teruja untuk memperkenalkan Dash 125 baharu yang dijangka menetapkan penanda aras lebih tinggi dalam segmen cub."

Dash 125 baharu menerima beberapa naik taraf berbanding model terdahulu iaitu Wave Dash yang mula diperkenalkan pada 7 tahun lalu. Ia kini menggunakan enjin 125cc yang memberikan tunggangan lebih baik dan berprestasi, sekali gus menjadikan Dash 125 baharu sebuah motosikal terbaik untuk mereka yang mencari sebuah cub yang memiliki prestasi lebih baik pada harga berpatutan. Dash 125 baharu didatangkan dengan rekaan luaran baru yang lebih bergaya serta bentuk keseluruhan yang dinamik. Model baharu ini kini dilengkapi lampu utama LED bagi memberikan iluminasi lebih baik dan keselamatan kepada penunggang yang menunggang pada waktu siang dan malam dalam persekitaran yang pantas bergerak.
Bagi menjadikan estetikanya lebih agresif, Dash 125 baharu dilengkapi dengan pelindung kaki yang bergaya, jalur rim bergaya, rekaan cermin sisi yang menarik dan rekaan meter serba baharu.

Dash 125 baharu didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Hitam Mutiara (Pearl Magellanic Black), Merah (Vivacity Red), Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue) dan Edisi Repsol.Varian dan harga adalah seperti berikut:

Dash 125 (Brek cakera tunggal) RM5,999
Dash 125 (Brek cakera berkembar) RM6,299
Dash 125 Repsol Edition (Brek cakera berkembar) RM6,499
Harga yang dinyatakan adalah harga bilik pameran yang disyorkan dengan 0% GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran.

Dash 125 baharu didatangkan bersama jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana terdahulu) bagi memastikan pelanggan dapat menikmati penyenggaraan berkualiti tinggi dan juga ketenangan minda.
Rakyat Malaysia akan menyaksikan prestasi mengujakan Dash 125 baharu kerana ia akan menjadi jentera lumba terkini dalam acara Honda One-Make Race untuk saingan Cub Prix Malaysia. Sebelum ini dikenali sebagai 'Honda Wave Alpha Challenge' untuk model Honda Wave Alpha, nama perlumbaan kini dikenali sebagai 'Honda Dash 125 Challenge', selari dengan penukaran kepada model ini. One-Make Race terbukti menjadi satu platform ideal untuk penunggang muda berbakat mengambil langkah pertama sebelum masuk ke dalam dunia sukan bermotor, dengan bimbingan dan sokongan yang mereka perlukan sebelum mara ke peringkat antarabangsa.

Boon Siew Honda mengumumkan pelantikan juara dua kali Asia Road Racing Championship (ARRC), Zaqhwan Zaidi sebagai duta Dash 125 baharu. Penunggang terkenal Honda itu merupakan pelumba Malaysia pertama yang berjaya berlumba dalam All Japan Road Race Championship (AJRRC). Kesungguhan dan perjalanan kerjaya beliau selaku pelumba motosikal nyata memberi inspirasi kepada anak muda untuk mencapai impian masing-masing. Ini menjadikan beliau duta yang ideal buat Dash 125 baharu.





Podium berganda MotoGP pertama Yamaha di GP Jerman

Pelumba MotoGP Valentino Rossi dari pasukan Movistar Yamaha memperlihatkan tahap perlumbaan pantas di peringkat awal dan rakan sepasukannya Viñales membuat kemunculan hebat pada peringkat akhir Motorrad Grand Prix Deutschland. Walau bagaimanapun, kedua-dua pelumba berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga masing-masing - podium berganda pertama pasukan pertama musim ini.

Rossi mempunyai permulaan yang baik dari tempat keenam di grid, ketika dia melewati rakan sepasukannya dan juga Andrea Dovizioso untuk ke kedudukan keempat setelah selekoh pertama. Tidak mahu membiarkan dua pelumba depan menjarakkan diri, dia memberikan tekanan berterusan kepada Danilo Petrucci yang berada di tempat ketiga. Pada permulaan pusingan 9, 'The Doctor' membuat gerakan memintas klasik Sachsenring di selekoh pertama.
Dengan margin kurang satu saat dari Jorge Lorenzo dan Marc Marquez, juara dunia sembilan kali itu menetapkan sasarannya. Penunggang Yamaha menutup jurang dengan 17 pusingan berbaki.

Tiga lap kemudian dia menyerang Lorenzo ketika pelumba Sepanyol tersebutmembuat kesilapan pada selekoh 10. Lorenzo cuba bertindak balas, tetapi tidak berjaya, memberikan peluang kepada Rossi untuk menjarakkan diri. Dia menetapkan pusingan perlumbaan terpantas sementara sebanyak 1'21.776s dan merapati Marquez, tetapi perjuangan dengan Lorenzo telah mengorbankan masa yang sangat berharga. Dia menamatkan perlumbaan di tempat kedua, 2.196s dari yang Marquez.
Viñales mendapat permulaan yang baik di litar Sachsenring, tetapi rakan sepasukannya lebih baik dan menolaknya kembali ke tempat kelima. Dia mengambil masa sedikit untuk mengembalikan rentaknya dan membiarkan Cal Crutchlow dan Dovizioso melewatinya dalam lima pusingan pembukaan. Dia kemudiannya dipintas Álvaro Bautista, tetapi tidak lama kemudian naik ke kedudukan ketujuh ketika Crutchlow jatuh dari perlumbaan dengan 20 pusingan untuk pergi.

Tiga pusingan kemudian pelumba Sepanyol itu mula mengejar tiga pelumba yang berjuang untuk tempat keempat. Dia sedang mencari jalan memintas Dovizioso dan dengan lapan pusingan berbaki dia membuat langkahnya. Tidak lama selepas itu, dia juga berjaya memintas Bautista, dan juga Lorenzo.

Viñales kini berada di tangga keempat dan menetapkan sektor terbaik ketika dia mengejar Petrucci dan tempat di podium. Dia bertanggungjawab dan memmengorak langkah untuk tempat ketiga dengan mudah, dua pusingan sebelum perlumbaan berakhir. Dia terus mara dan mengambil bendera penamat 2.776s di belakang pemimpin perlumbaan.
Tempat kedua meletakkan Rossi kini kedua dalam kedudukan kejuaraan dengan 119 mata, 10 mata di depan rakan sepasukan Viñales, yang kekal di kedudukan ketiga. Yamaha naik ke tempat kedua dalam Kejohanan Pengeluar, dengan margin 40 mata untuk pertama, manakala pasukan Movistar Yamaha MotoGP tetap berada di kedudukan pertama dalam kedudukan pasukan dan kini mempunyai jurang 14 mata dengan pasukan kedua.

MotoGP akan berehat musim panas pendek selepas hujung minggu ini dan akan kembali beraksi dalam masa tiga minggu lagi di Monster Energy Grand Prix České Republiky, yang diadakan di Automotodrom Brno dari 3 hingga 5 Ogos kelak.

Petronas Sprinta Racing kutip mata berharga di GP Jerman

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing Ayumu Sasaki dan Adam Norrodin menamatkan separuh pertama musim ini melintasi garisan penamat di Grand Prix Jerman di tempat ke-10 Ayumu dan ke-11 masing masing.

"Hujung minggu ini lebih baik untuk kedua-dua pelumba. Mereka telah mendengar nasihat kami dan membuat kemajuan yang baik semasa sesi," kata Pengurus Pasukan, Johan Stigefelt. "Mereka telah berusaha keras untuk menguji diri mereka sendiri dan itulah perkara yang paling penting untuk berlumba dengan baik, seperti yang diperlihatkan dalam perlumbaan hari ini."

Kedua-dua Adam dan Ayumu telah membuktikan bahawa apabila mereka bekerja keras semasa sesi latihan, hadiahnya adalah kejayaan. Mereka perlu terus bekerja seperti ini selepas rehat musim panas nanti dan juga berusaha memperbaiki perkara perkara lain, terutamanya apabila bertarung dalam perlumbaan. Mereka mempunyai beberapa minggu rehat sebelum kita kembali lebih kuat lagi di Brno kelak.

# 7 ADAM NORRODIN - P11

"Perlumbaan hari ini sukar; dari awal hingga akhir kita semua berjuang dalam kumpulan besar. Ia sangat sukar untuk memisahkan diri dari kumpulan itu. Pada mulanya saya mendorong keras apabila seorang penunggang menolak saya dan saya kehilangan banyak kedudukan; Saya fikir saya kembali ke tempat ke-20. Ia mengambil masa yang banyak bagi saya untuk bertarung kembali melalui semua pelumba itu dan mendapatkan semula kedudukan saya yang hilang. Akhirnya saya tamat perlumbaan di tempat ke-11, jadi saya agak gembira. Sangat penting bagi kami untuk mengutip banyak mata. Dalam perlumbaan saya juga mengalami masalah dengan lutut saya; Saya telah mengoyakkan ACL saya dan semakin perlumbaan berlangsung, saya benar-benar mula berjuang. Kini saya perlu mendapatkan semula kekuatan saya semasa musim panas. Saya gembira untuk menamatkan separuh masa pertama musim ini dengan keputusan ini hari ini tetapi saya mahu melakukan yang lebih baik pada separuh kedua musim ini."



# 71 AYUMU SASAKI - P10

"Secara keseluruhan kami mempunyai hujung minggu yang baik di Jerman. Semasa latihan kami dapat tetapan motosikal yang baik dan saya merasa bagus semasa sesi kelayakan juga. Sepanjang perlumbaan saya mempunyai rasa yang baik dengan tayar yang digunakan dan saya dapat mengekalkan rentak saya. Kami banyak bertarung sepanjang perlumbaan tetapi sekitar enam pusingan terakhir pelumba jatuh di hadapan saya dan saya terpisah dari kumpulan depan. Saya cuba mengejar mereka sekali lagi dan pada pusingan terakhir saya hampir menutup jurang ke tempat kelapan, tetapi ia tidak sempat melakukannya sebelum bendera penamat terkibar. Saya fikir kita boleh melakukan yang lebih baik hari ini tetapi pada masa yang sama saya gembira dapat kembali ke kedudukan sepuluh teratas. Kita perlu terus bekerja seperti ini sekarang; tetap fokus semasa rehat dan kembali kuat untuk Brno. "