Lapan individu yang berpakaian sut perlumbaan lengkap telah diraikan selepas berjaya menamatkan latihan intensif Vios Challenge Racing School di Litar Antarabangsa Sepang. Pentauliahan tersebut kini membolehkan mereka menyertai perlumbaan Vios Challenge di Toyota Gazoo Racing (TGR) Racing Festival musim kedua bermula Ogos.
Barisan lapan individu tersebut merupakan enam orang selebriti muda iaitu Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan pelawak Nabil Ahmad yang akan bersaing di dalam kategori Promotional. Dua orang lagi adalah remaja yang bakal membuat penampilan sulung mereka di dalam kategori Sporting.
"Walaupun ada sebahagian daripada kami yang pernah berkongsi pentas antara satu sama lain, ia merupakan pengalaman yang berlainan sama sekali untuk berlumba di dalam litar dan bersaing bagi mempamerkan kemampuan sendiri," ujar Nabil.
Wany, yang berusia 26 tahun, turut tidak sabar untuk membuat penampilan sulung sebagai pelumba. "Ini merupakan satu penghormatan buat saya kerana dipilih oleh UMW Toyota Motor bagi menjadi salah seorang daripada empat wanita yang akan berada di dalam litar, dan saya sangat teruja untuk memulakan pusingan pertama nanti," jelas Wany.
Perlumbaan musim ini turut akan menyaksikan penampilan semula beberapa selebriti dari musim pertama. Antaranya ialah Shawn Lee selaku juara bertahan kategori Promotional, disertai juga oleh Diana Danielle, Janna Nick dan Syukri Yahaya yang turut mengambil bahagian di dalam kursus persediaan pemanduan kali ini.
Prestasi terbaik yang ditunjukkan oleh Shawn Lee dan Syukri Yahaya pada musim lalu telah membolehkan mereka beralih untuk berlumba di dalam kategori Sporting pula pada musim kedua ini.
Beatboxer Shawn Lee menyatakan, pengalaman berlumba pada musim pertama Vios Challenge sangat menyeronokkan dan sekaligus mencabar. "Untuk kembali ke musim kedua selaku juara bertahan, harapan terhadap saya tentunya lebih tinggi. Musim pertama memberi kesempatan untuk saya belajar selok-belok perlumbaan dengan baik, begitu juga dengan barisan selebriti lain. Namun, kursus refresher ini telah memberikan saya peluang untuk mempertajam kemahiran memandu, mengawal kenderaan, kelajuan dan melatih gerak naluri dengan lebih baik ketika mengendalikan jentera lumba," tambah Shawn.
"Sama seperti hal lain, latihan akan membuatkan kita lebih sempurna. Walaupun saya mengalami permulaan musim pertama yang agak mencabar, tetapi keyakinan serta prestasi yang semakin baik dalam setiap perlumbaan telah banyak membantu saya memperbaiki kedudukan. Dengan empat orang daripada kami kembali untuk musim kedua (termasuk Shawn, Janna dan Syukri), tiada alasan untuk saya tidak meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan tiga teratas bagi musim baru yang bakal bermula nanti," kata Diana.
Perlumbaan Vios Challenge akan menjadi aktiviti utama bagi TGR Racing Festival yang dianjurkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan menampilkan 40 jentera lumba Vios yang identikal untuk bersaing di dalam tiga kategori; Promotional, Sporting dan Super Sporting (bagi pelumba berpengalaman dan profesional).
Kategori Sporting kali ini menyaksikan penyertaan sulung dua pelumba berusia 14 tahun yang merupakan rakan sepersaingan dalam sukan go-kart sebelum ini, iaitu Mohamed Hayden Mohamad Haikal dan Oscar Ng Kok Tung.
"Ketika berlumba, saya gemar untuk menguji tahap kemampuan dan melakukan
yang lebih baik. Toyota Vios Challenge menyediakan set cabaran baru
untuk saya, dan ia merupakan satu perlumbaan yang berbeza berbanding
go-kart. Banyak perkara yang perlu saya pelajari, termasuk teknik yang
berbeza. Saya teruja kerana diberikan peluang ini untuk dapat berlumba
dengan nama-nama besar serta selebriti lainnya. Semua ini memang sangat
mengujakan bagi saya," jelas Mohamed Hayden.
Sementara itu, bagi
pelumba muda Oscar pula, melangkah ke tahap baru berlumba menggunakan
kereta sedan akan membawanya mengikut jejak yang sama seperti ayahnya,
seorang bekas pelumba go-kart dan jentera lumba single-seater peringkat
kebangsaan.
"Prinsip perlumbaan kekal tidak berubah, tetapi ini adalah pengalaman yang sama sekali berlainan buat saya, memandu sebuah kereta saiz sebenar dengan transmisi manual berbanding jentera go-kart. Ini sesuatu yang saya perlu sesuaikan diri dengan secepat mungkin untuk membolehkan saya memberikan saingan kompetetif," tambahnya.
Diuruskan oleh Wing Hin Motorsports di bawah seliaan Toyota Racing Development (TRD) Jepun, Vios Challenge Racing School memerlukan semua pemandu untuk mengikuti kursus dan latihan intensif selama enam hari. Ia merangkumi sehari bagi sesi teori berkaitan pemanduan defensif, teknologi kenderaan, sikap pemandu serta brek kecemasan dan teknik menghindari kemalangan.
Pemandu-pemandu kemudiannya meluangkan masa selama lima hari berikutnya di Litar Antarabangsa Sepang di mana mereka diajar berkaitan prinsip perlumbaan, memahami peraturan litar, bagaimana untuk melakukan penukaran gear dengan cara yang betul (ya … semua jentera lumba Vios menggunakan gear manual) termasuk teknik 'heel and toe', garisan perlumbaan serta bagaimana untuk masuk dan keluar daripada selekoh dan tidak lupa juga cara membrek dengan berkesan.
Semua jentera lumba Vios disediakan di bawah penyeliaan Toyota Racing Development (TRD) Jepun, dengan peraturan perlumbaan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Semua kereta menggunakan model paling asas Vios 1.5 dan dipasangkan dengan palang keselamatan penuh (roll cage), serta diberikan ubah suai untuk perlumbaan seperti aspek aerodinamik, sistem suspensi, ekzos, brek, klac, limited slip differential (LSD) dan tayar.
"Musim pertama TGR Racing Festival dan Vios Challenge telah menjadi suatu acara yang sangat berjaya dari sudut promosi dan komersial," jelas Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K.
"Selari dengan slogan All About The Drive syarikat, festival berkenaan serta perlumbaan Vios Challenge telah berjaya mempromosi kelebihan jenama ini serta berhasil menterjemahkannya dalam bentuk peningkatan jualan, terutamanya bagi model Vios. Ia secara jelas telah mempamerkan kemampuan, ketahanan, keselamatan serta ketangkasan model Vios. Semua perkara ini mungkin terlepas pandang oleh pengguna ketika mereka mencari sebuah kereta sedan untuk keluarga. Seperti yang kami nyatakan, All About The Drive dan untuk menghargai kemampuan sebenarnya, anda perlu memandu uji sendiri Toyota Vios terlebih dahulu." tambah beliau lagi.
Disamping menonton aksi perlumbaan yang berlangsung di atas litar jalanan yang dibina khas di perkarangan stadium, TGR Racing Festival juga menyediakan pelbagai aktiviti lain untuk seisi keluarga kepada orang awam disamping turut memberi ruang kepada mereka untuk mendekati barisan kenderaan terbaru dari Toyota. Terdapat juga aktiviti lain seperti permainan pentas, promosi istimewa, cabutan bertuah dan Sesi Nyanyian Superfans sebagai memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dengan pemandu-pemandu selebriti yang ada.
"Kuala Terengganu akan menjadi lokasi yang sangat istimewa kerana bukan saja bakal menyaksikan pembukaan perlumbaan bagi musim kedua, tetapi turut menjadi persinggahan pertama penganjuran aktiviti ini di Pantai Timur. Kami tidak sabar untuk menerima kunjungan dan layanan hangat yang sangat sinonim dengan warga di sana," ujar Ravindran.
Pusingan pertama TGR Racing Festival Musim kedua ini akan bermula seawal jam 9 pagi pada hari Jumaat (3 Ogos 2018) hingga Sabtu (4 Ogos 2018) bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Masuk adalah percuma!
Dari Kuala Terengganu, TGR Racing Festival akan beralih lokasi ke MAEPS Serdang di Selangor pada 19-21 Oktober; Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang (22-24 Februari 2019); serta aksi terakhir yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 12-14 April 2019.
Izam Ikmal Izamli juara Wira CP Melaka
Saingan WIRA KBS telah meyaksikan pelumba pengganti untuk pasukan SIC Junior Team AFB Tech, Izam Ikmal Izamli berjaya meraih gelaran juara selepas pertarungan sengit bersama dua pelumba, Fadlyshah Redzuan (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) dan rakan sepasukan, Danial Syahmi.
Izam yang bermula dari petak pertama menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 10’56.281s manakala Danial kekal menerajui kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 66 mata.
WIRA KBS
1 Md Izam Ikmal Izamli (KUL) SIC Junior Team AFB TECH Racing 10:56.281s
2 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10:56.903s
3 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 10:57.046s
4 Md Hazim Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta YAMAHA 11:07.473s
5 Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Honda Racing Academy 11:07.735s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 66 mata
2 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 49 mata
3 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 36 mata
4 Md Izam Ikmal Izamli (KUL) SIC Junior Team AFB TECH Racing 25 mata
5 Abdullah Qayyum A Razak (SGR) PETRONAS Sprinta YAMAHA 23 mata

Tengku Amirul catat hattrick dalam CP115
Pelumba kelahiran Melaka, Hafizuddin Azahar menceriakan penyokong tuan rumah apabila muncul naib juara dengan masa 13’23.918s diikuti Shafiq Ezzariq (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) ketiga dengan masa 13’30.490s.
CP115
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:16.134
2 Md Hafizuddin Azahar (MLK) Persendirian 13:23.918
3 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 13:30.490
4 Md Zikri Ahmad Zamri (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:31.497
5 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Super KIP Honda Racing Academy 13:31.957
Kedudukan Keseluruhan
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 75 mata
2 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 42 mata
3 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 37 mata
4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 35 mata
5 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 35 mata
Afif menang lagi kini di Melaka
Ahmad Afif Amran untuk meraih kemenangan keduanya dalam saingan CP150 setelah menjuarai Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, dalam cuaca hujan dan litar basah di Jasin, Melaka.
Afif yang mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu telah berjaya memintas pendahulu perlumbaan, Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) pada pusingan terakhir untuk muncul juara. Beliau juga mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan 70 mata selepas tiga pusingan kejuaraan.
Kasma yang berada di petak kedua grid permulaan telah bermula dengan baik untuk mendahului Hafiz Nor Azman yang bermula dari petak hadapan dan diekori rapat oleh Afif yang terus memberikan tekanan kepada Kasma sebelum berjaya memintasnya pada pusingan terakhir untuk menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’24.720s. Kedua dua mereka ketika itu berada lebih sepuluh saat di hadapan para pelumba lain. Kasma yang terjatuh ketika Afif membuat percubaan untuk memintas bagaimanapun berjaya meneruskan perlumbaan untuk berada di kedudukan kedua dengan masa keseluruhan 16’34.308s manakala Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing berjaya meraih podium pertamanya pada musim ini dengan menduduki tangga ketiga, 16’35.470s.
“Saya tidak mahu terburu-buru untuk memintas Kasma. Saya hanya cuba untuk mengekori dan melihat kemampuan jentera saya disamping cuba memberikan tekanan kepada Kasma. Sebaik masuk ke pusingan terakhir, saya mencari ruang untuk memintas dan gembira kerana ianya berjaya. Terima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras minggu ini,” jelas Afif.
Gelaran naib juara membantu Kasma untuk terus kekal di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 61 mata manakala Hafiz di tangga ketiga dengan 29 mata.
CP150
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 16:24.720s
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 16:34.308s
3 Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 16:35.470s
4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 16:54.545s
5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 16:54.624s
Kedudukan Keseluruhan
1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 70
2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 61 mata
3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 29 mata
4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 25 mata
5 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 24 mata

Subscribe to:
Posts (Atom)