Benelli telah melancarkan kedai eksklusif Benelli BEST-Shop mereka yang pertama di Selangor dan yang keempat di negara ini.
Jenama superbike Itali Benelli BEST-Shop Kajang ini terletak di No.2, Jalan Hentian 2, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor dan dikendalikan oleh pengedar sah mereka iaitu Kedai Motorsikal Tenaga Sdn Bhd.
Bilik pameran yang baru diubahsuai ini mempunyai galeri motosikal untuk mempamerkan rangkaian motosikal Benelli, pusat servis yang serba canggih, aksesori dan alat ganti tulen.
Benelli telah mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia sejak pelancaran beberapa model yang popular iaitu seperti super cub RFS 150i, motosikal touring TRK 502 dan Leoncino yang berkonsep klasik. "Pusat pameran eksklusif dan servis di negeri Selangor ini akan memastikan semua pemilik Benelli dapat menikmati pengalaman pengguna yang terbaik," Kata Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad.
Benelli Malaysia baru-baru ini telah dipilih dan dilantik sebagai Pusat Ujian Jalan tunggal di Asia Tenggara oleh Benelli Global. Oleh itu, semua model motosikal baharu Benelli akan diuji di Malaysia sebelum dilancarkan di negara-negara
ASEAN yang lain.
Pada tahun 2017 Benelli Malaysia menerima anugerah bagi pencapaian terbaik untuk kategori jualan global, pengurusan jualan rangkaian dan pelancaran produk. "Kami yakin untuk mencapai kejayaan yang sama pada tahun ini dan juga untuk kategori perkhidmatan selepas
jualan pada tahun 2018," tambah Asri.
Bersempena dengan pembukaan baru ini, BEST-Shop Kajang menawarkan diskaun 20% untuk pembelian aksesori, merchandise dan alat ganti terpilih dari 21-22 Julai 2018. The BEST-Shop Kajang beroperasi dari 9 pagi - 7 malam dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi - 6 petang pada hari Sabtu dan ditutup pada hari Ahad. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi BEST-Shop Kajang di Tel 03-8737 2161, Fax 03-8741 0891 atau layari laman web rasmi Benelli di https://malaysia.benelli.com/ atau laman Facebook di http: // fb. com /malaysia.benelli
CMC tawar model motosikal mampu milik menarik
CMC Tekken 250 merupakan sebuah motosikal serba-guna pemasangan tempatan yang ditawarkan Chear Global Sdn. Bhd. Tekken 250 motosikal kedua di bawah jenama CMC selepas model model CMC XY400 Classic, SK200 Street dan barisan model model chopper Regal Raptor. CMC juga menjanjikan pelbagi model menarik yang akan memeriahkan lagi penawaran motosikal dalam negara di masa akan datang.
Tekken 250 dikuasakan enjin satu silinder SOHC sejukan udara dengan transmisi 6-kelajuan yang memberikan kuasa maksimum 16.5bhp pada 7,000rpm dan tork maksimum 17.0 Nm pada 6500 rpm.
Prestasi yang optimum mampu didapati dari motosikal ini dalam semua jenis keadaan menunggang. Model Tekken 250 ini juga telah menjadi pilihan penjelajah benua Amerika oleh dua wanita Malaysia, dan salah seorang dari mereka, Bijan. M. Baki kini sekali lagi berada di sana dengan sebuah lagi Tekken 250 dal penjelajahan seterusnya. Tekken 250 boleh didapati dalam warna oren dan putih untuk varian roda jejari. Warna Hijau dan Hitam pula ditawarkan untuk varian roda tetuang.
Satu lagi model motosikal yang ditawarkan ialah skuter mereka iaitu CMC Italjet 125. Pereka Italjet 125 merupakan Alessandro Tartarini yang telah mencipta rekabentuk skuter futuristik dan bergaya sporti ini. Enjin 125cc 4-lejang satu silindernya menjanjikan tork optimal, kerangka yang diperkukuhkan, brek cakera depan dan belakang, suspensi monoshock bolehlaras,lampu depan dan belakang jenis LED, ruang simpanan boleh memuatkan topi keledar. Skuter ini didatangkan dalam dua warna: Merah Cili dan Putih Sporti.

Subscribe to:
Posts (Atom)