Sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan servis kenderaan bagi 2.14 juta kenderaan yang dijangkakan pada tahun ini, Perodua telah berusaha untuk meningkatkan lagi piawaian, kemahiran dan pengetahuan kakitangan lepas jualannya di seluruh negara menerusi Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua.
Peraduan Kemahiran Teknikal Kebangsaan Perodua ini pertama kali diadakan pada tahun 1997, dan merangkumi beberapa kategori seperti penasihat servis, formen, mekanik, serta kategori baru iaitu penasihat servis badan kenderaan dan cat (Body & Paint), berentap menerusi beberapa senario yang berkaitan dengan pelanggan.
“Para peserta dinilai berdasarkan ketepatan, ketelitian dan kecekapan mereka dalam menyelesaikan masalah yang diberikan, bukan hanya dari perspektif teknikal tetapi mereka juga harus menumpukan kepada Kepuasan Pelanggan (CS),” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato' Dr Zahari Husin.
Peraduan tahun ini adalah antara yang terbesar yang pernah dijalankan, dengan lebih daripada 2,000 kakitangan lepas jualan di seluruh negara (cawangan dan pengedar sah Perodua) mengambil bahagian dalam pusingan awal pada bulan Februari lalu.
Pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan pada 19 Julai menyaksikan mekanik Nur Adilin Mohd Yusuf (cawangan KK1) dan Muhd Izuan Kamarul Baharin (Nagoya Automobile), formen Jamaluddin Ja'asa (cawangan Seremban) dan Felix Chee Tuin (Posh Auto), penasihat servis Noor Faziha Md Anas (cawangan Ipoh2) dan Siti Fatimah Abu Samah (Roda Juara), serta penasihat servis B&P Arthur James (cawangan KK1) muncul sebagai pemenang kategori masing-masing.
“Para pemenang mewakili yang terbaik buat Perodua dari segi perkhidmatan di seluruh negara, dan merupakan contoh kepada kita semua. Kepakaran teknikal, tumpuan kepada pelanggan dan kemahiran penyelesaian masalah mereka akan dikongsi ke seluruh bahagian lepas jualan kami demi para pelanggan kami yang dihargai,” kata Dato' Dr Zahari.
“Sektor lepas jualan memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk memuaskan hati pelanggan kami. Melalui persaingan sihat, pertandingan ini memastikan perkhidmatan kami kekal berdaya saing dan relevan kepada keperluan dan kehendak semasa pelanggan.
“People First dalam slogan Perodua merujuk kepada pekerja serta pelanggan kami. Kami tidak akan berhenti menambahbaik dan meningkatkan keupayaan pekerja kami supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami dan seterusnya mengekalkan kepercayaan mereka kepada Perodua,” katanya.
#55 Hafizh terus dahului carta MotoGP Rookie Of The Year
Dalam perebuan kejuaraan Rookies atau Peserta Baharu MotoGP, Hafizh Syahrin (Monster Yamaha Tech 3) masih berada di hadapan Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) dengan hanya dua mata, dan semuanya bergantung pada prestasi mereka setiap hujung minggu.
Morbidelli memasuki kelas utama sebagai juara Moto2 tahun lepas. Hafizh mahu berusaha untuk meneruskan usahanya bagi gelaran tersebut. "Saya fikir ia masih terlalu awal untuk mengatakan apa apa. Ianya gelaran yang sangat didambakan semua orang (pemula) mahu mencuba dan menang. Saya mengambilnya sebagai motivasi untuk melakukan lebih baik. "
Walaupun Hafizh berada dalam kedudukan yang baik untuk musim ini, dia menganggap masih banyak kerja yang harus dilakukan - khususnya menyesuaikan diri dengan jentera yang lebih berkuasa daripada apa yang pernah digunakannya pada Moto2 tahun lepas.
"Apa yang paling penting bagi saya sekarang adalah untuk mencuba dan menamatkan setiap perlumbaan kerana saya masih sangat baru dalam MotoGP," kata Hafizh, juga dikenali sebagai Pescao ("ikan" dalam bahasa Itali) kerana kehebatannya dalam hujan.
"Lebih banyak pusingan yang saya selesaikan, lebih banyak pengalaman yang saya dapati. Saya cuba untuk bekerja dengan konsisten yang akhirnya akan membawa saya ke dalam kumpulan 10 teratas, lima teratas dan seterusnya menaiki di podium."

Ducati kan terus mengungguli Red Bull Ring hujung minggu ini?
Hanya beberapa hari selepas GP Czech sudah ada tindakan persediaan untuk MotoGP™ Red Bull Ring - Spielberg yang menakjubkan. Ketinggian dan pecutan merupakan kata kuncinya dan jentera Ducati sentiasa menyerlah di litar ini. Musim 2016 dan 2017 sememangnya memihak kepada jentera kilang Borgo Panigale dengan begitu sempurna, dan ini merupakan petanda baik untuk Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) dan rakan sepasukan Jorge Lorenzo setibanya mereka di Austria selepas mencatat kemenangan 1-2 di Brno. 'DesmoDovi' memenangi pertarungan musim lepas, dan Lorenzo kini menjadi ancaman serius di sisinya. Bolehkah jentera yang lain mengenepikan dua jentera Ducati ini dari tangga teratas kali ini?
Kedudukan keseluruhan
1 - Marc Marquez (SPA) HONDA 181 points
2 - Valentino Rossi (ITA) YAMAHA 132
3 - Andrea Dovizioso (ITA) DUCATI 113
4 - Maverick ViƱales (SPA) YAMAHA 109
5 - Jorge Lorenzo (SPA) DUCATI 105
Kedudukan keseluruhan
1 - Marc Marquez (SPA) HONDA 181 points
2 - Valentino Rossi (ITA) YAMAHA 132
3 - Andrea Dovizioso (ITA) DUCATI 113
4 - Maverick ViƱales (SPA) YAMAHA 109
5 - Jorge Lorenzo (SPA) DUCATI 105
Labels:
Andrea Dovizioso,
ducati,
jorge lorenzo,
motogo,
red bull,
speilberg
Subscribe to:
Posts (Atom)