Kita sering terlupa tentang kewujudan udara walaupun kita menyedutnya setiap masa dan kita bergerak melaluinya. Kita mungkin diingatkan tentang kepentingan udara bila menjalankan aktiviti yang memenatkan dan mula bernafas kencang. Begitu juga bagi enjin yang beroperasi pada kelajuan tinggi. Pada kelajuan tinggi enjin memerlukan jumlah udara yang banyak. Untuk menangani keperluan aliran udara yang tinggi, laluan atau saluran kemasukan udara haruslah baik bagi membantu aliran udara tidak terganggu.
Saluran udara pada enjin standard mungkin nampak biasa pada mata kasar, tetapi permukaannya yang kasar akan mewujudkan banyak gangguan pada aliran udara dan juga menyebabkan gangguan pusaran atau turbulence. Begitu juga saluran keluar gas ekzos, yang turut terganggu jika permukaannya kasar.
Porting atau penghalusan kepala silinder merujuk kepada proses mengubah suai saluran pengambilan dan ekzos pada enjin pembakaran dalaman untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti aliran udara. Kepala silinder standard biasanya kurang optimal dari segi rekabentuknya dan penjimatan kos pengilangan. Penghalusan kepala silinder memberikan perhatian terperinci yang diperlukan untuk membawa enjin ke tahap kecekapan yang tertinggi. Sebenarnya proses penghalusan kepala silinder atau porting ini bertanggungjawab ke atas peningkatan kuasa tinggi enjin moden melebihi sebarang faktor tunggal yang lain.
Proses ini digunakan bagi mengoptimumkan keluaran kuasa enjin pengeluaran untuk menjadikan ia enjin perlumbaan, untuk meningkatkan keluaran kuasa bagi kegunaan harian atau mengubah ciri keluaran kuasa untuk memenuhi aplikasi tertentu. Malah apabila pengubahsuaian diputuskan setelah menjalankan ujian aliran udara, bahan dinding silinder asal boleh diubah dengan teliti secara manual dengan tangan dengan penggosok atau oleh mesin penggilingan digital. Untuk pengubahsuaian yang besar, kepala silinder mungkin harus dikimpal atau dibina untuk menambah bahan di mana yang diperlukan.
Salah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat ini ialah Nastyportflow yang terletak di Shah Alam. Menerka menawarkan perkhidmatan penghalusan kepala silinder ini baik untuk kereta mahupun motosikal. Malahan telah banyak pasukan cub prix yang menggunakan khidmat mereka dengan jayanya. Kepala silinder motosikal yang telah siap dihalusi bagi model popular seperti Yamaha Y15R dan Honda RS150R mungkin ber harga sekitar RM600 bergantung kepada tahap penghalusan dan modidfikasi yang dikehendaki. Hasil yang optima mungkin melibatkan pembentukan saluran baharu ataupun gantian tapak injap motosikal anda.
Layari www.nastyportflow untuk maklumat lanjut atau lawati sendiri gerai pameran mereka di tapak pameran cub prix yang terdekat dengan anda.
MV Agusta Kembali ke Grand Prix dalam Moto2
MV Agusta masih merupakan pengeluar yang memiliki gelaran Grand Prix dunia yang paling banyak sehingga kini, meskipun tidak menyertai persaingan GP selama 42 tahun.
MV Agusta telah mempamerkan jentera Moto2 yang akan bertanding dalam Kejohanan Dunia Moto2 2019. MV Agusta akan berkerjasama dengan Forward Racing musim depan untuk menyertai Kejohanan Dunia Moto2 2019. Ini menandakan kembalinya pengilang motosikal Itali itu ke persada Grand Prix selepas berehat selama 42 tahun. Syarikat dari Varese, Itali, ini sedang berusaha untuk memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan teknikalnya dalam segmen sports tiga silinder dengan peralihan enjin dari Honda 599cc empat silinder ke platform tiga silinder Triumph 765cc bermulanya musim 2019.
MV Agusta memilih untuk kembali ke pertandingan Grand Prix dengan pelumba Moto2 yang baru. Mereka mempunyai bingkai hibrid yang menggabungkan komponen depan keluli-trellis dengan bahagian belakang aloi di mana lenganayunnya dipasang.
Prototaip Moto2 MV Agusta akan dikuasai oleh enjin Triumph 765cc I3 baharu. Perubahan enjin ini memainkan peranan penting kepada MV memandangkan jenama Itali ini mempunyai pengalaman luas dengan konfigurasi enjin ini.
Walaupun menggunakan enjin berspesifikasi sama untuk semua pasukan seperti yang ditetapkan Moto2, casisnya adalah terpulang kepada MV untuk menetapkan spesifikasinya. Jenama Itali ini merupakan pakar dalam segmen ini dengan campuran penggunaan bingkai utama keluli dan aluminium. Pasukan itu akan diuruskan oleh skuad Forward Racing untuk musim 2019 Moto2.

Haval kini di Bandar Baru Bangi
Haval secara rasminya membuka premis baru di Bandar Baru Bangi, Selangor. Cawvngan ini kendalikan oleh Wan Auto Car Wheels Sdn Bhd di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi sebagai cawangan 3 S (Jualan, Servis dan Alatganti) dan bertujuan untuk kemudahan pelanggan HAVAL yang tinggal di sekitar kawasan Bangi atau Kajang. Premis yang terletak di kawasan perindustrian dan komersil ini bertindak sebagai pusat sehenti untuk menyampaikan tawaran HAVAL kepada pelanggan mereka.
Pelancaran premis ini dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal, yang berkata, "Kami gembira untuk menambah ahli keluarga HAVAL yang semakin berkembang, dan pengedar baru ini menambah jumlah bilik pameran kami kepada 27 buah di seluruh negara. Kami berhasrat untuk mempunyai sebanyak 35 wakil di seluruh negara menjelang 2019."
Model H1 Haval datang dengan waranti perbatuan tanpa had selama tujuh tahun, dan H2 dilengkapi dengan jaminan 5 tahun atau 150,000km yang mana lebih awal. Dari hari ini hingga Ahad, Kempen Reimagine Haval akan mengadakan jerayawara atau roadshow di The Curve. "Saya menggalakkan pelanggan untuk datang dan menikmati Kebebasan daripada tawaran GST yang tersedia sehingga akhir bulan ini," tambah Dato Azli.
HAVAL Malaysia kini menawarkan pelanggan baru dan pemilik Haval semasa yang berminat untuk membeli SUV baru dengan promosi Merdeka 'Kebebasan dari GST' dengan penjimatan sehingga RM6,600 untuk Haval H1 dan RM7,300 untuk Haval H2.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kempen HAVAL di http://reimagine.haval.my/. Pelanggan boleh menghubungi talian Perkhidmatan Pelanggan di 03-5569 7332 atau email mereka di customercare@goauto.com.my. Pelanggan juga boleh melawat www.haval.my atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/havalmy atau halaman instagram di www.instagram.com/havalmy.

PETRONAS Sprinta Racing siaga hadapi Red Bull Ring Austria.
Seminggu selepas paddock MotoGP beraksi di Republik Czech, pelumba PETRONAS Sprinta Racing kembali ke litar hujung minggu ini di Red Bull Ring di Austria.
Czech GP merupakan hujung minggu yang sukar untuk kedua-dua pelumba PETRONAS di Brno, Ayumu Sasaki dan Adam Norrodin berusaha untuk meningkatkan persembahan mereka di Grand Prix Austria.
Ayumu Sasaki lebih positif di litar ini memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman dari zamannya ketika di Piala Red Bull Rookies.
Bagi Adam Norrodin pula, Red Bull Ring merupakan satu litar kegemarannya dan dia berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman dan keyakinannya di sekitar litar sejauh 4.3km itu.
#7 ADAM NORRODIN
"Saya masih kecewa dengan apa yang saya lakukan di Brno, jadi saya benar-benar tidak sabar untuk ke Austria untuk membuat perubahan. Tahun lepas Red Bull Ring adalah salah satu litar terkuat saya, jadi saya yakin bahawa saya boleh melakukan lebih baik pada hujung minggu ini. Set up yang kami ada di Brno bekerja sangat baik dan saya rasa dengan jentera saya, jadi harap kami tidak perlu berubah begitu banyak dan saya boleh terus bertambah baik. Pasti saya perlu memberi lebih fokus pada sesi kelayakan saya hujung minggu ini juga; sasarannya adalah empat baris teratas."
# 71 AYUMU SASAKI
"Ia merupakan hujung minggu yang sukar untuk kami di Republik Czech, jadi saya bersedia untuk bermula semula di Austria. Ini adalah litar yang saya tunggangi agak banyak ketika di Red Bull Rookies Cup, jadi dari sesi latihan pertama saya hanya boleh menumpukan perhatian kepada diri saya sendiri dan bekerja untuk mendapat teteapan jentera dengan baik. Hujung minggu ini sasaran saya adalah untuk melupakan kedudukan dan benar-benar memberi tumpuan kepada hanya mendesak diri saya di setiap pusingan."

Yamaha Motor catat pertumbuhan kukuh jualan produk utama
Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan jualan bersih bagi tempoh perakaunan separuh pertama tahun fiskal berakhir 31 Disember 2018 pada 851.3 bilion yen, iaitu peningkatan sebanyak 23.3 bilion yen (2.8%) berbanding tempoh yang sama sebelumnya
Penjualan bersih ini meningkat berkat jualan yang sihat dalam perniagaan motosikal di pasaran baru muncul, perniagaan marin, dan jentera perindustrian dan perniagaan robot. Sebagai tambahan kepada jualan bersih yang lebih tinggi, pendapatan operasi meningkat berkat peningkatan produk campuran dalam perniagaan motosikal, jentera perindustrian dan perniagaan robot di pasaran baru muncul telah menyerap penurunan pendapatan dalam perniagaan motosikal di pasaran maju, yang berada pada tahap yang sama seperti tahun sebelumnya .
Motosikal:
Jualan bersih adalah 515.4 bilion yen (peningkatan 6.2 bilion yen atau 1.2% berbanding dengan tempoh yang sama tahun fiskal sebelumnya), dan pendapatan operasi ialah 31.2 bilion yen (penurunan sebanyak 2.5 bilion yen atau 7.5%).
Di pasaran baru muncul seperti Indonesia, India, dan Filipina, peningkatan unit jualan, peningkatan campuran produk, dan lain-lain menyumbang kepada peningkatan jualan dan pendapatan. Di pasaran maju, penurunan unit jualan di Eropah dan lain-lain menyebabkan penurunan jualan dan pendapatan.
Marin:
Jualan bersih adalah 188.7 bilion yen (peningkatan 9.0 bilion yen atau 5.0% berbanding tempoh yang sama tahun fiskal sebelumnya), dan pendapatan operasi adalah 38.2 bilion yen (peningkatan sebanyak 1.3 bilion yen atau 3.5%).
Peningkatan jualan dan pendapatan dicapai dengan peningkatan jualan kenderaan air dan unit bot sukan di Amerika Utara.
Produk Kuasa:
Jualan bersih adalah 71.3 bilion yen (peningkatan sebanyak 4.3 bilion yen atau 6.5% berbanding tempoh yang sama tahun fiskal sebelumnya), dan pendapatan operasi adalah 1.1 bilion yen (peningkatan 0.2 bilion yen atau 18.6%).
Peningkatan jualan unit kenderaan serba guna dan kereta golf membawa peningkatan jualan dan pendapatan.
Jentera Industri & Produk Robot:
Penjualan bersih adalah 35.3 bilion yen (peningkatan sebanyak 4.5 bilion yen atau 14.6% berbanding tempoh yang sama tahun fiskal sebelumnya), dan pendapatan operasi ialah 8.8 bilion yen (peningkatan sebanyak 2.5 bilion yen atau 40.3%).
Peningkatan jualan dan pendapatan telah dicapai dari produk pelekap permukaan dan sebagainya.
Produk lain:
Jualan bersih adalah 40.6 bilion yen (penurunan 0.8 bilion yen atau 1.8% berbanding tempoh yang sama tahun fiskal sebelumnya), dan pendapatan operasi adalah 2.9 bilion yen (penurunan 1.4 bilion yen atau 32.6%).
Penjualan dan pendapatan berkurang disebabkan kemerosotan produk basikal berbantu elektrik dan lain-lain.
Peningkatan jualan dan pendapatan dari sektor perniagaan marin, perniagaan pasaran motosikal baru muncul, dan jentera perindustrian dan perniagaan robot akan menyerap faktor-faktor dalam pembangunan pasaran perniagaan motosikal maju dan menyebabkan penurunan jualan dan pendapatan keseluruhan. Oleh itu, keputusan perniagaan yang disatukan untuk tahun fiskal 2018 ini tidak berubah dari ramalan awal, iaitu jualan bersih 1,700.0 bilion yen, dan 150.0 bilion yen dalam pendapatan operasi, 155.0 bilion yen dalam pendapatan biasa, dan 103.0 bilion yen dalam pendapatan bersih untuk tahun fiskal yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat induk.

Subscribe to:
Posts (Atom)