Honda Monkey 125 muncul di luar negara


Honda Monkey 2019  Spesifikasi Teknikal
Engine: 124.9 cc empat lejang sejukan cecair
Transmisi:  manual 4 kelajuan
Kuasa max: 6.9kW @ 7,000rpm
Tork max: 11Nm @ 5,250rpm
Suspensi: (F) 31 mm topang terbalik, 4.3 inches of travel (R) Dual shocks, 3.3 inches of travel
Brakes: (F) Single 220 mm disc, two-piston caliper, optional ABS (R) Single 190 mm disc, single-piston caliper
Tyres: 120/80-12 front, 130/80-12 rear
Seat height: 776mm
Kerb weight: 107kg
Fuel capacity: 5.6 litres
RRP: £3,699
For more information, visit: www.honda.co.uk/motorcycles

Perodua lancar Kempen Kemalangan Sifar libat 10,300 kakitangan

Perodua mensasarkan kemalangan jalan raya sifar yang melibatkan kakitangan pergi dan pulang dari tempat kerja masing-masing serta kemalangan industri sifar semasa menjalankan tugas masing-masing menjelang tahun 2021. Sehubungan itu satu Kempen Kemalangan Sifar untuk 10,300 pekerja Perodua di seluruh negara telah dilancarkan sebagai susulan kepada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya pada Oktober 2017 untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini disokong oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Kedua-dua organisasi ini berada di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini merupakan inisiatif pertama kami khas buat para kakitangan kami, melibatkan bahagian pengeluaran, penjualan dan lepas jualan, agar mereka boleh menjadi contoh sebagai pemandu baik dan berhemah,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
 Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini telah dirasmikan oleh Datuk (Dr) Aminar dan disaksikan oleh Pengarah JKKP Kedah En Hairozie Asri, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin serta Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kumpulan Perodua.

“Walaupun isu pengurangan dan penghapusan kemalangan industri memang menjadi tumpuan utama Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, kami kini memperluaskan tumpuan kami kepada aspek perjalanan di luar premis kami.”

“Kami percaya bahawa penyemaian tabiat pemanduan yang baik bermula di rumah dan kami akan sentiasa mendidik kakitangan kami tentang keselamatan serta menjadi pemandu yang bertanggungjawab supaya mereka boleh menjadi contoh terbaik buat semua,” kata Aminar.
Kempen Kemalangan Sifar Perodua akan dilancarkan secara berperingkat bermula dari 13hb Ogos hingga akhir tahun. Aminar berkata Perodua akan memperoleh pengajaran dan pengalaman daripada kempen ini untuk dimanfaatkan dalam Kempen lima-tahun Keselamatan Jalan Raya Perodua.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dengan mendidik para pemandu tentang kepentingan memahami dan mematuhi peraturan asas jalan raya seperti memakai tali pinggang keledar, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak, menggunakan lampu isyarat membelok serta tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu.

“Kami memilih pendidikan sebagai pendekatan kami kerana kami percaya kebanyakan pemandu Malaysia tahu mengenai peraturan jalan raya, tetapi mereka mungkin tidak memahami sebab-sebab di sebalik peraturan tersebut.

“Sudah tentu pendidikan akan mengambil masa yang lama, tetapi apabila mereka memahami sepenuhnya, kesannya akan menjadi lebih kuat," kata Aminar.

Fazli dambakan capai superpole

Berbekalkan semangat meraih dua kemenangan kelas Underbone 150cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di India baru-baru ini, Ahmad Fazli Sham menetapkan sasaran awal untuk layak ke sesi Superpole kelas CP150 pada pusingan keempat kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Temerloh pada 18 dan 19 Ogos ini.
Fazli berharap dapat meneruskan momentum tersebut di kejuaraan peringkat kebangsaan tersebut, setelah memilih haluan bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing bagi musim 2018. Namun begitu, selepas tiga pusingan setakat ini, pelumba berusia 36 tahun itu masih belum menemui rentak terbaik apabila masih gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 pelumba terbaik yang layak ke sesi Superpole.

“Pasukan kami masih mencari keserasian dan akan terus bekerja keras. Di peringkat Asia kami sudah mula mencapai peningkatan, dan begitu juga di Cub Prix di mana pelumba kami juga telah berjaya menaiki podium di Jasin sebelum ini.
“Cuma kami masih belum berada pada tahap terbaik. Walaupun saya berjaya berada dalam kedudukan 10 terbaik di perlumbaan akhir, namun keputusan peringkat kelayakan agak mengecewakan. Saya tidak mahu memberikan tekanan dengan meletakkan sasaran di podium. Saya perlu lebih realistic dan layak ke Superpole adalah matlamat utama ketika ini,” jelas Ahmad Fazli.