Siri SYM Bonus 2018 diperkenal

E Bonus SR
Sejak pelancarannya pada tahun 2010 siri SYM Bonus menjadi penanda aras bagi moped yang kompetitif di Malaysia dan telah diterima baik oleh rakyat Malaysia. Kini SYM Bonus kembali dengan 3 varian yang memenuhi piawaian EURO 3, iaitu E Bonus 110, E Bonus 110 H dan Bonus 110SR.

Kesemua varian ini dilengkapi enjin 108cc, SOCH, 4 injap dan penyejuk udara. Enjin ini juga mematuhi piawaian EURO 3 dan menawarkan 7.1hp pada 7500 rpm. Kuasa ini dihantar ke roda belakang melalui transmisi rotari 4 kelajuan dengan hantaran akhir rantai.
E Bonus H
Varian E Bonus 110 dan E Bonus 110 H dilengkapi dengan brek dram depan dan belakang, manakala Bonus 110SR pula dilengkapi brek cakera di depan dan dram di bahagian belakang. E Bonus 110 dilengkapi dengan rim jejari manakala variasi E Bonus H dan Bonus 110SR dilengkapi rim sport. Soket USB juga ditawarkan untuk variasi Bonus 110SR manakala sistem suspensi pula dilengkapi fork atau topang teleskopik di bahagian depan. Penyerap kejutan berspring di bahagian belakang ditawarkan bagi semua variasi. 
E Bonus 110
Berat kesemua varian Bonus ini adalah 103kg dan dilengkapi dengan tangki bahan api sebesar 4 liter. Kesemuanya boleh didapati dengan penghidup elektrik dan penghidup tendang. Tambahan baru untuk versi 2018 ini pula adalah ruang penyimpanan barang di bawah tempat duduk dan suis kunci keselamatan. Bahagian plastik tertentu pula diganti dengan rekabentuk tekstur serat karbon atau “carbon fiber”.

Harga siri Bonus adalah amat berpatutan jika dibandingan dengan motosikal moped yang lain dalam kategori yang sama. SYM E Bonus 110 dijual pada harga RM3,768.00, E Bonus 110 H dijual pada harga RM3,898.00 dan Bonus 110SR pula dijual pada harga RM4,278.00 (harga tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Varian E Bonus 110 boleh didapati dalam warna biru, hitam dan merah bermula dari bulan September ini, manakala varian E Bonus H dan Bonus 110SR boleh didapati dari bulan November kelak.  



 

EBONUS 110
EBONUS 110 H
BONUS 110SR
Type
Liquid-cooled, single cylinder
Liquid-cooled, single cylinder
Liquid-cooled, single cylinder
Valve arrangment
SOHC, 4 valves
SOHC, 4 valves
SOHC, 4 valves
Bore & Stroke
50 x 55 mm
50 x 55 mm
50 x 55 mm
Displacement
108 c.c.
108 c.c.
108 c.c.
Rated Output
5.3kW at 7500 r/min
5.3kW at 7500 r/min
5.3kW at 7500 r/min
Compression Ratio
9.1:1
9.1:1
9.1:1
Gearbox
4 - speed
4 - speed
4 - speed
Lubrication
Forced and wet sump
Forced and wet sump
Forced and wet sump
Clutch
Auto centrifugal clutch
Auto centrifugal clutch
Auto centrifugal clutch
Certification
Euro 3
Euro 3
Euro 3
Starting
Kick & Electric Starter
Kick & Electric Starter
Kick & Electric Starter
Ignition
C.D.I Electronic Ignition
C.D.I Electronic Ignition
C.D.I Electronic Ignition




Frame



Front Suspension
Telescopic forks, travel 100 mm
Telescopic forks, travel 100 mm
Telescopic forks, travel 100 mm
Rear Suspension
Telescopic coil spring oil damped,travel 69 mm
Telescopic coil spring oil damped,travel 69 mm
Telescopic coil spring oil damped,travel 69 mm
Rear Brake
Drum Brake
Drum Brake
Drum Brake
Front Brake
Drum Brake
Drum Brake
Brake Disc
Front Wheel
1.6 × 17(Spoke Rims)
1.6 × 17(Alloy Sport Rims)
1.6 × 17(Alloy Sport Rims)
Rear Wheel
1.6 × 17(Spoke Rims)
1.6 × 17(Alloy Sport Rims)
1.6 × 17(Alloy Sport Rims)
Front Tire
70/90- 17 (Tube)  
70/90- 17 (Tubeless)  
70/90- 17 (Tubeless)  
Rear Tire
80/90-17 (Tube)
80/90-17 (Tubeless)
80/90-17 (Tubeless)
Wheelbase
1240 mm
1240 mm
1240 mm
Ground Clearance
125 mm
125 mm
125 mm
Weight
103 Kg
103 Kg
103 Kg
Fuel Capacity
4 Litre
4 Litre
4 Litre
 
 
 

Adam Norrodin ke persaingan Moto2 CEV

Adam Norrodin dikhabarkan akan kembali ke persaingan FIM CEV Repsol dalam kelas Moto2. Persoalan pembabitannya dalam sukan bermotor ini timbul berikutan beliau tida disenaraikan dalam barisan pelumba pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team yang baharu.

Adam telah menyertai Piala Asia Talent pada 2014 dan 2015, dan Kejohanan Dunia Junior FIM CEV Moto3 2015 . Dia menjadi pelumba pertama dari siri Piala Asia Talent untuk bertanding dalam Kejohanan Dunia Moto3 pada 2016.

Adam Norrodin membuat debut Kejohanan Dunia dalam siri Moto3 pada tahun 2016, dis
amping Jakub Kornfeil dengan menunggang jentera Honda di bawah pasukan SIC Racing Team.