Perlumbaan MotoGP™, Moto2™ dan Moto3™ Silverstone dibatalkan


Keadaan litar dianggap tidak selamat untuk perlumbaan, selepas hujan turun pada hari Sabtu. Keadaan litar telah menyebabkan kelewatan, dan keputusan telah dibuat untuk mengubah jadual Ahad bagi GoPro British Grand Prix. Perlumbaan MotoGP™ telah dijadualkan semula pada 11:30 waktu tempatan (GMT +1), mengikut laporan cuaca terkini yang tersedia pada masa itu.
 Pada hari Ahad, sesi pemanasan Warm Up bermula pada jam 9:00 untuk MotoGP™, dan cuaca semakin bertambah buruk. Ketika pelumba berada di grid menunggu lampu permulaan perlumbaan pada jam 11:30, cuaca masih lagi buruk dan keputusan telah dibuat untuk menangguhkan permulaan.
 Keadaan cuaca terus dipantau sepanjang hari, sehingga keputusan dicapai bahawa keadaan litar adalah tidak selamat untuk berlumba dan permukaan litar terlalu berbahaya dalam hujan.

Berikutan itu, kesemua perlumbaan akhirnya dibatalkan dan MotoGP ™ kini akan ke Litar Dunia Misano Marco Simoncelli untuk pusingan seterusnya pada 9 september kelak.