Model khas baharu kereta logo kuda, Ferrari 488 Pista Spider, telah diperkenalkan semasa Concours d'Elegance® Pebble Beach di California. Ferrari 488 Pista Spider merupakan model buka-bumbung ke-50 dari jenama berasal dari Maranello itu.
Kereta ini menetapkan penanda aras baru untuk Ferrari untuk prestasi dengan nisbah tenaga 1.92 kg / cv yang julungkali diperkenalkan. Ia dicapai dengan penggunaan enjin Ferrari V8 yang paling berkuasa, yang telah dinobatkan Enjin Terbaik sedunia untuk tahun ketiga berturut-turut di Anugerah Tahunan Enjin 2018. V8 twin-turbo 3902cc ini menjana 720 cv dan menggabungkan kuasa itu dengan meningkatkan tork pada semua kelajuan enjin untuk pecutan yang berterusan hingga ke garis merah.
Ferrari 488 Pista Spider mewakili pembangunan semulajadi reka bentuk versi coupe. Objektif utama pereka Ferrari adalah untuk mengekalkan penyatuan yang sempurna di antara kecekapan aerodinamik, kemurnian bentuk dan semangat lumba.
Dinamik kenderaan yang dibekalkan untuk tukar khas Siri 8 silinder ini memberikan gabungan lancar pecutan, kecekapan brek, peralihan gear secepat kilat, ketepatan pemanduan, cengkaman, kestabilan dan pengendalian yang luar biasa. Ia menawarkan pengalaman pemanduan yang benar-benar menawan dan tidak pernah dialami sebelum ini. Ini dicapai dengan sistem kawalan dinamik lateral yang baru, Ferrari Dynamic Enhancer (FDE), yang membuat pemanduan secara lebih intuitif, dikawal dan diramalkan.
Ferrari 488 Pista Spider
Spesifikasi Teknikal
ENJIN
Jenis V8 - 90 ° twin-turbo
Sesaran 3902 cc
Kuasa maksimum 530 kW (720 cv) pada 8000 rpm
Tork maksimum 770 Nm pada 3000 rpm pada gear ke-7
DIMENSI DAN BERAT
Panjang 4605 mm
Lebar 1975 mm
Ketinggian 1206 mm
Berat kering ** 1380 kg
PRESTASI
0-100 kmj 2.85 saat
0 -200 kmj 8 saat
Kelajuan maksima 340 kmj
Kejohanan Toyota Velocity Esports 21 hingga 23 September ini
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan penglibatannya secara terus ke dunia sukan Esports, sekaligus menjadikannya syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang membabitkan diri dalam sukan tersebut.
Langkah pertama penglibatan Toyota adalah dengan penganjuran Kejohanan Toyota Velocity Esports, satu acara perlumbaan peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia. Ia dijadualkan akan berlangsung di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.
Mereka yang berminat untuk menjadi pemandu simulator perlumbaan terhebat dan terpantas di Malaysia, boleh menyertai pertandingan ini tanpa sebarang bayaran. Walau bagaimanapun, penyertaan hanya dihadkan kepada hanya 400 orang peserta warganegara Malaysia atau mempunyai status residen yang sah sahaja.
Litar lumba: Litar lagenda, Suzuka Japan GT.
Kereta: Toyota Supra GR Konsep Perlumbaan yang cukup pantas!
Hadiah: RM60,000 keseluruhan
Hadiah Utama = RM20,000
Kedua = RM10,000
Ketiga = RM5,000).
Di kejohanan tersebut, terdapat juga “Exhibition Race“ yang bakal disertai oleh selebriti-selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR). Pastinya, pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung ini tidak wajar dilepaskan oleh para peminat dan penggemar Esport!
"Di Toyota, perkembangan serta minat generasi muda masa kini sentiasa berada difikiran kami. Esports kini berada di lingkungan teratas diantara sukan-sukan yang berpotensi untuk menjadi salah satu daripada lima sukan paling popular dunia. Selaras dengan perkembangan industri teknologi permotoran yang semakin pesat, perlumbaan Esports merupakan pengalaman baru dan menarik terutamanya bagi generasi muda. Oleh itu, kami di Toyota ingin berada di barisan hadapan dalam siri Kejohanan ini," kata Encik Ravindran K., Presiden UMWT.
Maklumat yang lebih terperinci tentang prosedur pendaftaran, program dan acara-acara menarik akan diumumkan tidak lama lagi. Log masuk ke www.toyota.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.
“Game-On dengan Toyota!”
Helmi Azman azam julang Honda di Teluk Intan
Mohd Helmi Azman berazam untuk menyekat menjulang
Honda dan menyekat dominasi Yamaha
daripada terus menguasai keseluruhan pentas podium saingan kelas CP150
pada perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS
di Teluk Intan, Perak, hujung minggu ini.
Pelumba Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing yang
juga merupakan pendahulu keseluruhan kelas Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal
Asia (ARRC) ini mencipta kejutan
apabila berjaya mengungguli sesi Superpole pada pusingan lepas di Temerloh sekaligus
muncul pelumba Honda pertama melakukannya selepas kali terakhir dicatat oleh Mohd
Zaqhwan Zaidi sewaktu perlumbaan pertama kategori CP150 diperkenalkan pada Mac
2017.
Namun malangnya permulaan yang tidak begitu baik sekadar
menyaksikan Helmi sedikit ketinggalan dan menamatkan perlumbaan akhir di tempat
keempat yang juga merupakan pencapaian terbaiknya pada musim ini.
Helmi yang beralih ke jentera Honda pada musim ini terus
mempamer aksi konsisten dengan berada di kelompok enam pelumba terbaik
sepanjang tiga pusingan lepas dan kini menghuni tangga kelima keseluruhan
dengan mengumpul 34 mata.
“Apa yang ditunjukkan sewaktu di Temerloh menunjukkan kami
berada di landasan tepat ketika ini. Mungkin faktor litar juga banyak membantu jentera
kami mencapai tahap optimum, namun saya harap prestasi tersebut dapat
dikekalkan di Teluk Intan.
“Matlamat saya adalah untuk cuba mencari tempat di atas
podium yang pertama buat pasukan dan Honda serta menyekat dominasi
pelumba-pelumba dari pasukan yang menggunakan jentera Yamaha,” jelas Helmi yang
juga merupakan pendahulu keseluruhan kelas Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal
Asia (ARRC).
Subscribe to:
Posts (Atom)