Boon Siew Honda melihat populariti yang semakin meningkat untuk model AT atau lebih gemar digelar skuter, terutamanya di kalangan penunggang muda yang inginkan ciri-ciri dan spesifikasi yang berkualiti dengan tanda harga yang berpatutan. Memahami permintaan pasaran, Boon Siew Honda melihat potensi besar dalam segmen AT dan memutuskan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia dengan memperkenalkan Vario 150.
Seperti yang telah kami siarkan, Boon Siew Honda semalam telah menyempurnakan pelancaran Model motosikalAutomatik Honda (AT) baru oleh Boon Siew Honda - Vario 150. Kombinasi gaya sports, prestasi dan ciri-ciri nilai untuk wang anda, Vario 150 baru adalah pilihan ideal untuk penunggang motosikal yang mencari pakej lengkap dalam sebuah model AT.
Ciri-ciri keselamatan Honda Vario 150 ini menawarkan ketenangan, sementara transmisi automatik menjadikannya mudah dikendalikan. Selain daripada ciri-ciri keselamatan dan kebolehan kendalian, terdapat peningkatan minat terhadap skuter Honda dengan cc yang lebih tinggi di kalangan pelumba Malaysia.
Vario 150 yang dikuasakan oleh enjin 150 cc silinder 4-lejang sejukan cecair yang menghasilkan 13.1 PS pada 8,500 rpm dan tork 13.4 Nm pada 5,000 rpm. Enjin ini digabungkan dengan teknologi eSP dan Sistem Henti Melahu (ISS) yang maju untuk menyediakan imbangan prestasi dan kecekapan bahan api. Penunggang akan dapat menikmati prestasi dinamik Vario 150 yang akan menawarkan pengalaman menunggangnya ke tahap yang baharu.
Honda Vario 150 ini juga menawarkan banyak ciri tambah nilai seperti dwi-lampu LED dan Lampu Depan LED, Panel Meter Digital LCD, Sistem SMART Honda, Gaya Ekzos Sporty, Roda 14-inci dengan cakera brek berkelopak, ruang simpanan bawah tempat duduk 18 liter dan rak. Model baharu ini dilengkapi dengan Sistem Brek Combi (CBS) yang membantu mengimbangi sistem brek roda depan dan belakang untuk mencapai standard hentian yang optimum.
Boon Siew Honda menyasarkan untuk menjual 1,000 unit Vario 150 yang tersedia dalam empat pilihan warna, iaitu hitam Pearl Magellanic Black, biru Pearl Nightfall Blue, perak Force Silver Metallic pada harga RM7,198 dan edisi juga Repsol semestinya pada harga RM7,398. Vario 150 dilengkapi dengan jaminan pembuatan 2 tahun atau 20,000km (mana yang lebih awal).
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan, satu siri Vario bersemangat patriotik rakyat Malaysia yang eksklusif dan unik telah dihias dengan bendera negara dan 13 negeri Malaysia akan menjelajah jalan raya di seluruh Semenanjung Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi nombor Bebas Tol Boon Siew Honda di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi 5 petang, kecuali hari cuti umum).
Ramdan damba tebus mata
Mohd Ramdan Mohd Rosli akui sudah bersedia menebus kehilangan mata kejuaraan pada pusingan lepas dengan meletakkan sasaran untuk menamatkan perlumbaan di atas podium pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, 1 dan 2 September ini.
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu terlepas aksi pusingan keempat di Temerloh apabila terpaksa menarik diri setelah bapanya terlibat dengan kemalangan beberapa hari sebelum perlumbaan sekaligus menyebabkannya kehilangan banyak mata kejuaraan.
Selepas empat pusingan, pelumba kelahiran Selangor itu kini berada di tangga ke-10 keseluruhan dengan 22 mata.
"Antara keluarga dan perlumbaan ketika itu, saya membuat keputusan untuk menjaga bapa yang terpaksa menjalani pembedahan di hospital akibat kemalangan jalan raya. Walaupun kehilangan banyak mata kejuaraan, namun saya tidak terlalu memikirkannya, sebaliknya hanya mahu menumpukan kepada perlumbaan berbanding kedudukan keseluruhan," jelas pemenang tempat ketiga keseluruhan CP150 musim 2017 itu.
Tambahnya, "Perlumbaan di Teluk Intan minggu ini sangat penting kepada saya. Saya masih belum menaiki podium pada tahun ini dan pada masa sama, rekod saya di litar itu juga tidak begitu baik. Musim lepas saya hanya tamat di kedudukan ke-11 berjaya mendahului perlumbaan sebelum terjatuh."
Subscribe to:
Posts (Atom)