Kasma Daniel akhiri kemarau podium

Kasma Daniel Kasmayuddin menamatkan penantian podium sekaligus kembali merapatkan jurang kepada pendahulu dalam usaha untuk mempertahankan gelaran keseluruhan selepas menjuarai perlumbaan akhir CP150 pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, hari ini.


Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu yang gagal menaiki podium pada dua pusingan lepas kembali mendapat rentak untuk menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’52.854s mengatasi pendahulu keseluruhan ketika ini, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing).
Afif yang pada satu ketika mendahului perlumbaan sebelum dipintas Kasma pada pertengahan perlumbaan menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 13’53.055s diikuti rakan sepasukan, Md Hafiz Nor Azman di tempat ketiga dengan masa 13’56.529s.

“Perlumbaan hari ini sangat sengit dan seperti biasa Afif terus memberikan tekanan di belakang. NAmun kali ini saya cuba untuk terus menjarakkan diri dengannya kerana sedar peluang untuk memintas di litar ini agak terhad,” jelas Kasma.

Afif bagaimanapun terus kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 135 mata manakala Kasma naik ke tangga kedua dengan 95 mata. Hafiz di tangga ketiga dengan 90 mata.

Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 akan bersambung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober depan.

KEPUTUSAN PUSINGAN 6 – KANGAR, PERLIS

CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:52.854s

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:53.055s

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 13:56.529s

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:59.632s

5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 14:00.101s


Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 135 mata

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 90 mata

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 53 mata

5 Md Helmi Azman (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 45 mata

Tengku Amirul luaskan penguasaan CP115

Tengku Amirul Haffirudin  terus melebarkan penguasaan dalam kelas CP115 apabila meraih kemenangan kelima daripada enam pusingan perlumbaan yang telah berlangsung setakat ini.


Bermula dari petak ketiga, pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu berjaya menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 10’58.271s diikuti Nazirul Izzat Md Bahauddin PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing kedua, 11:00.683s dan Md Syafiq Rosli (ELF Koyoko Honda KC Racing) meraih podium pertamanya pada musim ini setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 11’01.526s.

Dengan kemenangan di Kangar, Tengku Amirul kini jauh mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 138 mata diikuti rakan sepasukan, Md Fareez Afeez di tempat kedua dengan 86 mata dan Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga, 79 mata.

Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 akan diteruskan di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober depan.

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:58.271s

2 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 11:00.683s

3 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 11:01.526s

4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:06.336s

5 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 11:07.599s



Kedudukan Keseluruhan

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 138 mata

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 86 mata

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 79 mata

4 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 70 mata

5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 67 mata

Syarifuddin capai hattrick di Kangar

Dalam kelas Wira KBS, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan ketiga berturut-turut sekaligus melonjak naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 83 mata.


Md Syarifuddin yang bermula dari petak kedua menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 8’58.504s diikuti Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta YAMAHA) kedua, 9’02.582s dan Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing) ketiga, 9’05.910s.

Penamat di tempat ketiga terus meletakkan Md Danial di tangga teratas keseluruhan dengan 113 mata sambil diekori Md Alif Ashraf di kedudukan kedua dengan 92 mata.

Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 akan bersambung di Kuala Terengganu, Terengganu pada 5 dan 6 Oktober depan.


WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:58.504s

2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 9:02.582s

3 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 9:05.910s

4 Md Afizad Supaat (SGR) Super KIP Honda Racing Academy 9:07.410s

5 Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Honda Racing Academy 9:11.737s



Kedudukan Keseluruhan

1 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 113 mata

2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 92 mata

3 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 83 mata

4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 60 mata

5 Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Honda Racing Academy 48 mata