Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah
memperkenalkan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru bagi produk-produk Shell
Helix tulen yang rasmi untuk dijual di Malaysia.
Rangkaian produk Shell Helix ‘Untuk Pasaran
Malaysia’ tersebut dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perdagangan Dalam
Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Nasution bin
Ismail. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Yang
Berbahagia Dato’
Basaruddin Sadali.
Label ‘Untuk
Pasaran Malaysia’ baru akan ditampilkan pada lima produk Shell Helix terlaris. Produk-produk
tersebut adalah:
1.
Shell Helix Ultra 5W 40 (4L)
2.
Shell Helix HX7 10W 40 (4L)
3.
Shell Helix HX7 5W 30 (4L)
4.
Shell Helix HX5 10W 30 (3L)
5.
Shell Helix HX5 15W 40 (4L).
Kelima-lima produk Shell Helix tersebut kini diadun
dan dipek di Shell Lubricants Oil Blending Plant di Port Dickson, Negeri
Sembilan.
Label baru di
bahagian hadapan boleh dikupas untuk mendedahkan kod QR unik untuk pengesahan ketulenan
produk dengan segera, manakala label di belakang menampilkan maklumat dalam Bahasa
Inggeris dan Bahasa Malaysia.
3 LANGKAH UNTUK MENENTUKAN KETULENAN SHELL HELIX ANDA
1.
Kupas label untuk mendedahkan Kod QR: Imbas
kod QR yang dilekatkan pada label botol Shell Helix yang akan membawa anda ke
laman pengesahan produk SHARE.
2.
Lengkapkan butiran anda dan hantar: Hantarkan
nombor telefon bimbit anda, nombor kenderaan,
kod produk dan kod kedai (*Kod kedai terdapat di poster SHARE yang dipaparkan
di cawangan SHARE yang mengambil bahagian).
3.
Keputusan pengesahan: Keputusan
pengesahan boleh dilihat pada laman tersebut dan dihantar melalui SMS.
Kod QR juga
membolehkan pendaftaran mudah untuk program ganjaran Shell Advantage Rewards
(SHARE) yang memberikan pelbagai ganjaran kepada pelanggan termasuklah bonus
pendaftaran, Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dan produk Shell Helix percuma (tertakluk
kepada terma dan syarat).
Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia,
Shairan Huzani Husain, langkah tersebut merupakan pelaburan strategik oleh
syarikat untuk melindungi kepentingan pemilik kereta dan rakan niaga dengan
membolehkan mereka mengenalpasti produk tulen yang rasmi.
“Kewujudan produk palsu
dan tidak sah di pasaran menjejaskan keyakinan pelanggan dan membawa kesan
negatif kepada perniagaan rakan niaga kami. Keputusan untuk memulakan
pengeluaran tempatan bagi produk rasmi Shell Helix tulen yang dikhususkan untuk
pasaran Malaysia dan membolehkan pengecaman produk tersebut dengan jelas
melalui label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ baru adalah langkah yang penting untuk
menangani isu ini,” katanya.
Shairan menambah bahawa
tiada sebarang perubahan kepada formulasi minyak enjin Shell Helix yang dibuat
untuk Malaysia dan pelanggan akan terus menikmati prestasi enjin yang terunggul,
walaupun dalam keadaan pemanduan lasak.
Pengenalan
produk Shell Helix dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ masih berterusan dan
dijangka akan disempurnakan menjelang Januari 2019. Dalam tempoh peralihan ini, produk rasmi Shell
Helix tulen dengan label lama masih berada di pasaran dan boleh disahkan
ketulenannya menerusi kod produk yang unik pada label.
Minyak enjin rasmi Shell
Helix yang tulen bagi pasaran Malaysia boleh dibeli dari bengkel berjenama Shell
Helix, bengkel terpilih yang berurusan dengan pengedar Shell yang berdaftar dan
cawangan stesen runcit Shell. Produk tersebut juga boleh didapati melalui kedai
online rasmi Shell Malaysia dalam talian Lazada Malaysia, 11street dan Shopee.
Untuk maklumat
lanjut mengenai cawangan stesen runcit Shell Helix berdaftar yang berhampiran, layari
www.shell.com.my/helix atau
hubungi khidmat pelanggan Shell di 1300 88 1808.