Pusingan akhir Pertandingan Servis Selepas Jualan PROTON 2018 telah disempurnakan
dengan jayanya hari ini. Pertandingan ini telah menarik seramai 189 peserta di seluruh negara dan tiga peserta terbaik dari setiap wilayah telah bersaing di peringat akhir yang diadakan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam dari 29 September sehingga 2 Oktober 2018.
PROTON memulakan inisiatif peningkatan kualiti pada awal tahun ini untuk memastikan semua cawangannya bersedia demi pelancaran Proton X70 baharu akan datang. Inisiatif ini akan menggariskan kepentingan servis selepas jualan untuk memberikan sokongan terhadap sebuah produk yang akan mencatatkan sejarah untuk Syarikat.
"Pertandingan ini merupakan sebahagian dari usaha berterusan Syarikat untuk meningkatkan kemahiran juruteknik bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan dan juga memberi ganjaran kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pemenang akan diberikan peluang untuk melawat ke Ibu Pejabat Geely Holdings dan Institut Penyelidikan Geely di China. Lawatan tersebut akan membuka mata juruteknik tempatan kami kerana mereka dapat
melihat keupayaan keseluruhan Geely dari segi reka bentuk sehinggalah ke pembinaan sebuah kereta yang lengkap," kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
PROTON telah melibatkan diri secara proaktif dalam pertandingan kemahiran sejak 2003 dan Syarikat memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat muda tempatan dalam industri automotif Malaysia. Selain Pertandingan Servis Selepas Jualan PROTON, acara yang berlangsung di CIAST termasuk tiga lagi pertandingan lain iaitu World Skill Malaysia Belia, Pertandingan Kemahiran PROTON dan Pertandingan Kemahiran Kategori Terbuka. PROTON merupakan salah satu rakan strategik yang bekerjasama dengan Kemahiran Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir. Pertandingan-pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Sumber Manusia.
Pertandingan Kemahiran PROTON terbuka hanya kepada juruteknik dan mekanik dari Pusat Servis PROTON Edar dan pengedar PROTON di luar negara. Bagi Pertandingan Kemahiran Kategori Terbuka, penyertaan terbuka kepada jurulatih dari institusi vokasional dan teknikal, serta juruteknik dan mekanik dari bengkel di seluruh negara, tanpa had umur.
Sembang dengan Shelly di aplikasi sembang Shell
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd
telah memperkenalkan aplikasi sembang atau chatbot yang berasaskan kecerdasan buatan (AI)
yang dihasilkan untuk memberikan capaian masa nyata yang mudah bagi
sokongan produk, perkhidmatan teknikal dan data pelincir bagi pengguna minyak pelincir di Malaysia.
Shell
LubeChat, aplikasi perkhidmatan pelanggan AI yang pertama bagi syarikat
ini, mula digunakan di pasaran-pasaran utama di seluruh dunia untuk
membantu pengguna dan pelanggan pelincir. Ia tersedia dalam versi
komputer meja dan mudah alih, dan boleh diakses 24 jam sehari, tujuh
hari seminggu.
Shell
LubeChat yang menggunakan nama Shelly, sentiasa bersedia untuk menjawab
pertanyaan berkaitan pelincir serta memberikan cadangan yang berguna
berkenaan jenis pelincir yang sesuai untuk penggunaan yang berbeza.
“Di
Shell, kami sentiasa mengutamakan pelanggan dan pengedar dalam
perniagaan kami. Kami sentiasa berusaha untuk membangunkan penyelesaian
dan perkhidmatan baru yang menjadikan kehidupan lebih mudah dan
menyenangkan, dan kami menjangkakan platform digital akan memainkan
peranan yang penting pada masa akan datang,” kata May Tan, Pengurus
Besar Pemasaran – Malaysia dan Singapura, Shell Lubricants.
Shell
LubeChat yang direka untuk membantu mengoptimakan kecekapan bagi
pelanggan dan pengedar Shell, mempunyai kebolehan untuk membantu
pengguna dalam pelbagai cara.
Ini
termasuklah mencari pelincir yang tepat untuk perkakas anda, memberikan
akses kepada lembaran teknikal dan keselamatan bagi produk-produk Shell
dan kajian kes berkenaan pengalaman pelanggan dengan produk-produk
Shell, mengesyorkan alternatif Shell sekiranya anda mempunyai masalah
dengan produk yang digunakan sekarang dan mencari pengedar berdaftar
yang berhampiran.
Shell
LubeChat adalah contoh terkini perkhidmatan yang disediakan oleh Shell
Lubricants yang melangkaui penjualan atau pembekalan produk
semata-mata. Ia membawakan kepakaran Shell kepada pelanggan dengan
serta-merta, untuk membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik
dengan lebih cepat pada bila-bila masa.
Ketahui dengan lebih lanjut mengenai Shell LubeChat di www.shell.com.my/lubechat.
Subscribe to:
Posts (Atom)