Md Helmi Azman kan perlu waspada dengan ancaman
pelumba-pelumba tuan rumah termasuk pelumba wildcard dalam usaha untuk memungut
mata maksimum dalam saingan Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia di Litar
Antarabangsa Sentul, Indonesia pada 12 hingga 14 Oktober ini.
Pelumba SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team itu kini
mendahului kedudukan keseluruhan dengan 134 mata termasuk hasil dua gelaran
juara dan tiga kali penamat di tempat kedua. Berbaki empat perlumbaan dalam dua pusingan terakhir musim
ini, Helmi kini 23 mata mengatasi rakan senegara, Md Izzat Zaidi Salehan (RCB
Yamaha YY Pang Racing) manakala Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR Racing Team)
ketiga dengan 88 mata. Sementara itu pelumba tuan rumah, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha
Racing Indonesia) di kedudukan keempat dengan 81 mata.
“Pelumba tuan rumah sentiasa mendatangkan ancaman kepada
pelumba negara jika di Sentul termasuk pelumba wildcard. Mereka sudah biasa
dengan keadaan litar ini dan banyak memberi kelebihan kepada mereka,” jelas
Helmi.
“Seperti musim lepas, meskipun saya berjaya menaiki podium
dalam kedua-dua perlumbaan tetapi pelumba wildcard mereka, Richard Taroreh
memenangi perlumbaan kedua manakala Wahyu turut menaiki podium dalam kedua-dua
perlumbaan.
“Selain itu, saya juga perlu lebih berhati-hati dan mengatur
strategi terbaik bersama rakan sepasukan. Sebagai pendahulu, mesti saya menjadi
perhatian untuk ditewaskan bagi memberi peluang pelumba negara mereka untuk
merapatkan jurang.”