- Model ECU baru untuk Yamaha R15, Nmax, Honda CBR250R dan CRF250
- Kit quickshifter baru untuk Yamaha R25 dan Honda RS150R
- Kit Pam Air Elektrik untuk Yamaha R25
- Injektor Bahan Api Perlumbaan
- Kit Bahan Api Perlumbaan
Empat ECU prestasi tinggi baharu akan tersedia untuk model motosikal Yamaha R15, Nmax, Honda CBR250R dan CRF250. Beberapa variasi baharu juga akan diumumkan bagi model yang menggunakan enjin yang sama tidak lama lagi. Walaupun harganya belum ditetapkan, namun ia dijangka akan berada dalam julat yang sama dengan barisan produk semasa.
Turut dilancarkan ialah kit pengalih-gear cepat atau quickshifter kit iaitu ShiftBoss baharu untuk model Yamaha R25 dan Honda RS150R. Kit baharu ini menggunakan sensor “bebanan” untuk pengaktifan yang lebih tepat dan rasa penukaran gear yang lebih positif. Walau bagaimanapun, kit baharu ini akan dijual pada harga premium untuk mengimbangi kos bahan dan ia tidak menggantikan ShiftBoss asal yang masih boleh didapati di semua pengedar sah TuneBoss. Kit ShiftBoss baharu dianggarkan berada dalam lingkungan RM600 hingga RM800.
Selain itu kit pam air elektrik yang pertama di pasaran Malaysia turut diperkenalkan. Pegerakan pam mekanikal bergantung kepada kelajuan enjin, oleh itu tidak dapat memberikan kadar aliran tepat bersamaan dengan beban kerja. Pam mekanikal cukup baik untuk kegunaan biasa tetapi tidak mencapai tahap yang diperlukan oleh penunggang yang serius. Kit pam air elektrik CoolBoss menggunakan algoritma pintar yang bukan sahaja mengawal kelajuan aliran penyejuk, tetapi juga menghidup dan mematikan pam mengikut beban enjin dan keperluan penyejukan. Penyejukan yang lebih efisien ini memanjangkan jangka hayat enjin dan juga minyak pelincir enjin. Selain dari aliran penyejuk yang tepat, kit CoolBoss juga mengurangkan rintangan mekanikal dari penggunaan pam air biasa. Ujian menunjukkan kenaikan kuasa dari 0.3hp hingga 0.5hp merentasi keseluruhan julat RPM dan penjimatan bahan api yang lebih baik. Kit itu hanya akan dijual mulai awal tahun depan untuk Yamaha R25 dan kit untuk model lain akan menyusul.
Turut diperkenalkan adalah penyuntik bahan api TuneBoss 370cc mempunyai kadar alir tinggi yang dengan kawalan linear ultra. Peralatan ini sesuai untuk pengeluaran kuasa 15hp hingga 40hp dan serasi dengan Yamaha Y15ZR (model pertama) dan FZ150i 2014/2016.
Akhir sekali adalah Kit Bahan APi Perlumbaan yang termasuk tangki, pam, saluran dan penyuntik. Kit ini dibangunkan khusus untuk kategori motosikal drag terbuka yang membolehkan para peserta menggunakan bahan api perlumbaan. Tangki keluli tahan karat mampu menampung tiga liter dan semua bahagian dilengkapi dengan rawatan khas untuk menahan kakisan dari penggunaan bahan api lumba seperti bahan api Elixir Powered atau E85.
Semua modul atau kit yang disebut di atas hanya berfungsi sebagai tambahan kepada pemasangan dan penalaan ECU TuneBoss. Semua peralatan ini telah diuji di Litar Antarabangsa Sepang, perlumbaan drag dan juga di jalanraya sebelum pengeluaran.
TuneBoss adalah ECU berteknologi tinggi yang direka khas untuk motosikal berkapasiti kecil. Diperkenalkan pada tahun 2014, TuneBoss merupakan ECU yang pertama di pasaran dunia yang boleh diprogram sepenuhnya melalui teknologi Bluetooth.
TuneBoss memberikan keupayaan pelarasan sepenuhnya pada pancutan bahanapi, penyalaan silinder termasuk kawalan maksima RPM. Selain itu ia juga boleh ditambah dengan pelbagai modul ciri tambahan seperti ciri quickshifter, launch control dan banyak lagi akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Kemudahan penggunaan adalah salah satu pertimbangan utama semasa mereka bentuk TuneBoss, termasuklah pemasangan yang senang dengan ciri Plug and Play yang mudah. Tiada pemotongan wayar perlu dilakukan. Melalui aplikasi Android TuneBoss Manager Pro, pengguna hanya perlu memuat turun tetapan pra-tetap yang telah dioptimumkan bergantung pada modifikasi yang telah dilakukan pada motosikal.
Keupayaan talaan sepenuhnya juga boleh dilakukan melalui aplikasi itu oleh juruteknik terlatih.
Aplikasi TuneBoss Manager Pro juga memberikan bacaan data masa sebenar dengan ciri rakaman data. Ia juga dapat membantu mengurangkan masa membuat diagnostik kerosakan dengan memaparkan masaalah enjin secara tepat.
TuneBoss direka dan dikeluarkan oleh FSR Technology ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Farhan dan Sufian, kedua-duanya merupakan jurutera elektronik. Visi mereka adalah untuk membina sebuah syarikat berdasarkan "Penyelidikan & Pembangunan" untuk reka bentuk produk terkemuka.
Barisan produk semasa TuneBoss merupakan ECU prestasi tinggi untuk Yamaha FZ150i, Lagenda, Y15ZR, R25 dan Honda RS150R. ShiftBoss - quickshifter kit untuk Yamaha Y15ZR, CamBoss - Kit Aci Sesondol (camshaft) dan spring injap prestasi tinggi untuk Yamaha Y15ZR.