Sementara itu dalam kedudukan individu Mohd
Zaqhwan Zaidi berada di kedudukan kelima
keseluruhan dengan 94 mata, 42 mata di belakang pendahulu keseluruhan,
Anthony West yang mengumpul 136 mata. Menyedari peluang
untuk merampas kedudukan keseluruhan agak sukar, pelumba berusia 22
tahun itu tekad untuk sekurang-kurangnya membantu pasukan untuk
mengungguli kedudukan keseluruhan berpasukan. Zaqhwan berharap dapat menamatkan musim 2018 dengan keputusan
podium sekaligus dapat membantu pasukannya untuk berada di kedudukan
terbaik dalam kategori berpasukan SuperSports 600 cc.
Hanya 50 mata
maksimum yang menanti dan dengan jurang
42 mata dengan pendahulu ia menjadikan tugas untuk muncul juara
keseluruhan agak sukar, ditambah dengan persaingan sengit diantara tiga
lagi pelumba yang berada di atas nya ketika ini termasuk rakan
senegara, Azlan Shah Kamaruzaman. Zaqhwan merupakan juara keseluruhan SuperSports
600cc musim 2014 dan 2016.
"Namun, apa sahaja boleh berlaku dalam perlumbaan. Dalam pada itu, saya
lihat peluang untuk mengembalikan gelaran terbaik kepada
pasukan lebih terbuka seandainya saya mampu memenangi kedua-dua
perlumbaan minggu ini kerana jurang yang tidak begitu ketara," kata Zaqhwan.
"Walaupun
begitu, saingan sudah tentu sangat sengit terutama dengan kumpulan
pendahulu yang lain dan juga pelumba-pelumba tuan rumah. Setidak-tidaknya saya mahu meraih satu gelaran
juara untuk musim ini," jelas Zaqhwan yang meraih pencapaian terbaik
sebagai naib juara Perlumbaan 1 pusingan keempat di India Oktober
lepas.