Honda Group of Companies Asia
& Oceania meneruskan komitmen mereka untuk mengukuhkan lagi pembangunan sukan
permotoran di rantau Asia dan Oceania. Dalam satu sesi pengumuman bersama media
selepas Perlumbaan 1 pusingan akhir Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Thailand,
Honda mengumumkan pembentukan pasukan Honda Asia Dream Racing yang akan membawa
cabaran Honda di dalam kelas ASB1000cc bermula musim depan.
Pasukan ini akan diwakili oleh
pelumba tunggal dari Malaysia, Mohd Zaqhwan Zaidi bersama-sama Makoto Tamada
yang akan bertindak sebagai Pengurus Pasukan dan Zulhelmi Ahmad sebagai
Penolong Pengurus Pasukan.
Pasukan ini juga akan
dianggotai oleh tenaga-tenaga dari Thailand, Malaysia dan Indonesia.