CBR1000RR Fireblade SP dilancar RM114,999

Selepas pengenalan CBR1000RR Fireblade pada acara Kuala Lumpur International Motorshow 2018, Boon Siew Honda melancarkan pula model CBR1000RR Fireblade SP. Jentera ini menawarkan prestasi tunggangan lebih hebat, ringan dan dilengkapi teknologi canggih untuk pengguna yang mahukan pecutan dan gemar menunggang di litar.
Honda Fireblade SP membawakan konsep 'Next Stage Total Control' ke tahap yang berlainan berbanding model Fireblade. Enjin 4 lejang DOHC dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 1,000cc itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 141kW pada 13,000rpm dan tork 114Nm pada 11,000rpm.
CBR1000RR Fireblade SP adalah lebih ringan iaitu 195kg dengan tujahan kuasa yang sama dan menjadi motosikal Honda pertama yang dilengkapi Ohlin Smart Electronically Controlled Suspensions. Ia juga hadir dengan tangki minyak titanium kompak berkapasiti 16L, Sistem Brek Brembo, Quickshifter dan Cornering ABS. Semua ini membolehkan CBR1000RR Fireblade SP menjadi sebuah model ke tahap yang lebih tinggi.

Dari segi luaran, Fireblade SP didatangkan dengan pelekat HRC Tricolor, bersama jalur berwarna putih dan biru yang menyerlahkan tradisi serta sejarah perlumbaan Honda.


CBR1000RR Fireblade SP ditawarkan pada harga RM 114,999.00
 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran.

Sila layari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian Tol Percuma Boon Siew Honda: 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am Ð 5pm, kecuali cuti umum).






No comments: