Sementelah pengusaha kenderaan elektrik Amerika seperti Tesla mengeluarkan kenderaan premium dalam pasaran EV, negara China pula menumpukan jumlah pengeluaran yang tinggi dengan memberi insentif kepada pengeluaran kenderaan emisi sifar. Jika dilihat dari satu segi, ianya mungkind satu keperluan yang mendesak, dengan penduduk bandar besar China menderita pencemaran udara yang membunuh ratusan ribu jiwa setahun. Tetapi dalam erti kata lain, langkah-langkah ini banyak dilakukan untuk meletakkan China dalam arus pembangunan kenderaan elektrik atau EV yang mula menakluki dunia.
Pengeluar Haval iaitu Great Wall Motors mengumumkan bahawa ia kini memasuki pasaran EV tempatan China dengan kereta kecil pertama dari jenama yang baru. Ora R1 merupakan komuter elektrik dengan jaminan yang panjang, mampu mencapai jarak hingga 194 batu (312 km) dan harga bersubsidi kerajaan bermula hanya pada AS $ 8,680 iaitu kira kira RM39,000.
R1 adalah kereta berbagai fungsi dengan harga yang sangat agresif, dan Ora memberikan jaminan tiga tahun / 120,000 km (74,500 batu) untuk keseluruhan kereta, dan lapan tahun / 150,000 km (93,200 batu ) jaminan untuk "komponen teras." Ora R1 pada masa ini hanya ditawakan di China, tetapi jenama itu telah menandakan minatnya untuk memasuki pasaran global, jadi kita perlu tunggu dan melihat apa yang mungkin berlaku.
No comments:
Post a Comment