Boon Siew Honda turut mengejutkan pasaran dengan pelancaran Honda CB1100 RS serba baharu yang menjadi penambahan terbaharu ke dalam barisan model berkuasa tingginya. CB1100 RS mempunyai gaya sebuah motosikal sport tahun 70-an. Ia tampil dengan tangki minyak yang dihasilkan tanpa kesan pateri dan diserlahkan lagi dengan kehalusan pertukangan tangan. Lampu utama tunggal berbentuk bulat dan dua dial instrumen memberikan rekabentuk yang tidak ditelan zaman. Kesemua lampunya adalah dari jenis LED untuk rekaan yang lebih moden.
Jentera yang menawan ini dikuasakan oleh enjin DOHC empat injap empat lejang dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 1,140cc. Ia mampu menjana kuasa mencecah 66kW pada 7,500rpm dan tork 91Nm pada 5,500rpm.
Gayaan sporty CB1100 RS disokong oleh chasis yang menggunakan geometri lebih tajam, selain dipadankan dengan suspensi hadapan Showa berinjap dwi lentur Showa Dual Bending Valve (SDBV) yang lebih keras dan sepasang penyerap kejutan Showa belakang dengan tangki simpanan berasingan. Ia juga dilengkapi rim tempaan aluminium bersaiz 17 inci, angkup brek empat omboh pemasangan radial dan ABS untuk tunggangan lebih baik. Posisi tungangan yang lebih rendah dan kompak menolak berat penunggang ke hadapan, sekali gus menyempurnakan lagi perubahan chasis tersebut.
CB1100 RS boleh didapati dalam warna hitam metalik (Darkness Black Metallic) dan perak metalik (Mat Beta Silver Metallic) bersama kemasan kemas serta teliti.
CB1100 RS ditawarkan pada harga RM 75,999.00 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian Tol Percuma Boon Siew Honda: 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am Ð 5pm, kecuali cuti umum).
No comments:
Post a Comment