# 89 Khairul Idham Pawi perbaiki masa ujian



 Walaupun Khairul Idham Pawi terpaksa menghadapi keadaan angin kencang, pada hari kedua ujian pramusim rasmi di Litar Jerez - Angel Nieto semalam, pelumba PETRONAS Sprinta Racing tersebut mampu melangkah besar ke hadapan dengan jentera Moto2nya. Pelumba Malaysia itu menikmati hari yang produktif di litar semalam, setelah meningkatkan masa terbaiknya pada hari sebelumnya sebanyak 0.7 saat pada sesi terakhirnya.

KIP dan krunya telah mengumpul maklum balas menarik selepas menjalankan beberapa ujian pada jentera Moto2nya. Tetapan yang mereka dapati untuk ujian terakhirnya memberikan rasa jentera yang lebih baik dan kelajuan yang meningkat kepada pasukan Malaysia ini, yang membolehkan penunggang jentera PETRONAS Sprinta Racing itu menstabilkan usaha terbaik kepada 1'42.729 selepas sejumlah 69 pusingan dan meletakkan kedudukannya pada posisi ke-21.
Hari ini merupakan hari terakhir ujian pramusim di Litar Jerez - Angel Nieto sebelum satu lagi ujian tiga hari lagi bermula pada Jumaat depan di Litar Antarabangsa Losail di Qatar.

# 89 Khairul Idham Pawi
"Hari ini adalah hari yang baik, kami telah maju ke hadapan dengan tetapan (set-up) dan pada penghujung hari pada sela masa terakhir saya dapat memperbaiki masa pusingan, jadi saya sangat gembira dengan perkembangan yang telah kami capai. Pasukan dan saya kesemuanya bekerja sangat keras dan kami akan terus berbuat demikian esok pada hari terakhir ujian. "
 KEPUTUSAN:
1. ALEX MARQUEZ / Kalex
1:41.208
 
2. BRAD BINDER / KTM
+0.076
 
3. JORGE NAVARRO / Speed Up
+0.094
 
4. LORENZO BALDASSARRI / Kalex
+0.168
 
5. LUCA MARINI / Kalex
+0.215
 
21. KHAIRUL IDHAM PAWI / PETRONAS Sprinta Racing
+1.521








No comments: