BMW Malaysia perkenalkan pembiayaan Easy Drive


BMW Group Financial Services Malaysia telah
memperkenalkan Easy Drive pada hari ini, ia merupakan sebuah solusi pembiayaan
yang fleksibel untuk menjadikan ‘Sheer Driving Pleasure’ lebih mudah untuk diakses.
Tobias Eismann, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan BMW Group
Financial Services Malaysia (BMW Credit (Malaysia) Sdn. Bhd. dan BMW Lease
(Malaysia) Sdn. Bhd.) berkata, “Misi kami adalah untuk menjadikan aspek mobiliti lebih
mudah, fleksibel dan ditawarkan pada harga yang berpatutan untuk semua pengguna.
Dengan Easy Drive, pengguna boleh merasai pemilikan BMW atau MINI dengan cara
yang baharu – pandu sekarang, buat keputusan kemudian.”
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, mengulas, “Kami sentiasa
berusaha untuk mengenal pasti trend-trend baharu seawal yang mungkin dan
menterjemahkannya kepada sesuatu yang praktikal. Sementara trend umum pada hari
ini menyaksikan pemilikan kenderaan yang lebih bersifat jangka panjang, kita tidak
dapat menafikan perkembangan yang dilihat dalam populasi pengguna yang ingin
menukar kereta masing-masing setiap tiga hingga empat tahun.”
‘Easy Drive.’
Dengan Easy Drive, pengguna diberikan kebebasan untuk mendefinisikan rangka
pembiayaan mereka. Sebagai permulaan, pengguna boleh memilih untuk membuat
bayaran pendahuluan dalam julat angka 10% hingga 30%. Mereka juga boleh
memilih tempoh pinjaman yang berdurasi tiga atau empat tahun, serta opsyen
perbatuan sebanyak 20,000 km atau 25,000 km setiap tahun. Lantaran itu, ansuran
bulanan akan dikira, dan Nilai Masa Hadapan yang Terjamin (Guaranteed Future
Value) bagi kenderaan berkenaan akan dipersetujui dan disahkan untuk melindungi
pengguna daripada elemen susut nilai yang tidak dijangka. Nilai Masa Hadapan yang
Terjamin juga berfungsi sebagai nilai bagi pembayaran akhir.

Pada pengakhiran tempoh pinjaman, pelanggan diberi pelbagai pilihan pemeteraian.
Mereka boleh memilih untuk samada:
(a) Menukar beli kenderaan berkenaan, dan menaiktaraf kepada model BMW atau
MINI pilihan mereka;
(b) Pulangkan kereta berkenaan pada pengakhiran tempoh pinjaman tanpa
sebarang obligasi, dan pengguna tidak perlu risau tentang proses penjualan
semula;
(c) Langsaikan bayaran terakhir yang boleh dibayar secara penuh, dan pengguna
boleh memiliki kenderaan berkenaan; atau
(d) Lanjutkan terma kontrak untuk menikmati kenderaan berkenaan bagi tempoh
yang lebih lama.


‘Easy Drive Prime’.
Dengan tambahan RM 110* kepada ansuran bulanan yang asal, pelanggan boleh
memilih untuk menikmati nilai tambah yang bermanfaat untuk pemandu dan kenderaan
masing-masing dengan Easy Drive Prime. Pengguna boleh menikmati khidmat
penjagaan interior dan eksterior kereta; program perlindungan yang diberi nama,
‘Ultimate Protection Programme Elite’ selama tiga tahun; pakej Mobiliti Premium** yang
menawarkan pelanggan peranti ‘Smart Tag’ berjenama, sekali dengan kad Touch ‘n Go;
serta ‘BMW Lifestyle Collection’.
Ultimate Protection Programme Elite ditaja jamin oleh Allianz General Insurance
Company, ia merupakan pelan pertama yang menawarkan liputan seperti ini, ia
merangkumi perlindungan bagi pemandu dan kenderaan mereka untuk pelepasan khas,
kerosakan dalam bentuk kesan calar serta kemik, pelindung banjir dan banyak lagi***.
*Berbeza bagi jenama dan model yang berlainan.
**Pakej Mobiliti Premium terhad bagi pelanggan-pelanggan yang terawal.
***Sila rujuk Lampiran 1 di bawah untuk liputan yang lain. Perlindungan bagi kesan calar dan kemik hanya terhad bagi
tahun pertama.


Pengalaman Pemilikan Premium yang Menyeluruh.
Pengalaman pemilikan BMW dan MINI juga merangkumi Bantuan Tepi Jalan BMW
(BMW Roadside Assistance) dan Hotline Kemalangan, Servis Dalam Talian BMW serta
aplikasi kesetiaan mudah alih yang pertama ditawarkan dalam industri automotif, iaitu
‘BMW Group Loyalty+’.
Menerusi Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+, pelanggan mempunyai akses yang
mudah untuk melihat rumusan kontrak mereka, dan aplikasi ini dilengkapi dengan antara muka (interface) e-bayaran yang intuitif. Pelanggan juga boleh memohon untuk
membuat pembayaran debit melalui proses automasi, meminta sebut harga bagi
pembatalan tahap awal, serta melihat opsyen bagi pengakhiran terma.
Untuk maklumat lanjut mengenai Easy Drive, sila layari
https://www.bmw.com.my/en/topics/bmw-owners/bmw-financial-services/financing.html.

No comments: