Petronas lancar bengkel bergerak servis motosikal

PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini telah melancarkan satu unit bengkel motosikal bergerak yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Bengkel motosikal bergerak yang diubahsuai dari kontena 20 kaki itu diberi suntikan imej yang ‘trendy’ dan bergaya agar penunggang motosikal dapat menikmati suasana santai sementara menunggu enjin motosikal mereka ditukar dengan minyak pelincir. Ia dikendalikan menggunakan khidmat teknikal professional ini akan menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk memberi khidmat penukaran minyak pelincir PETRONAS Sprinta kepada penunggang motosikal.



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin berkata, “Konsep yang kami paparkan ini akan memberi kemudahan dan pengalaman baru bagi penunggang motosikal kerana proses penukaran minyak pelincir akan menjadi lebih cepat dan lancar. Secara puratanya, proses ini akan mengambil masa hanya lapan minit dari mula hingga akhir bagi motosikal berkapasiti rendah dan sederhana”, katanya ketika upacara pelancaran servis bergerak ini.




Maklumat lanjut mengenai jadual bengkel motosikal bergerak PETRONAS Sprinta dan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019” boleh didapati dengan melayari laman media sosial PETRONAS Brands dan www.mymesra.com.my

No comments: