1 kuasa kuda merupakan sukatan kuasa atau power yang diperlukan untuk mengangkat satu benda seberat 75 kilogram setinggi 1 meter dalam masa 1 saat.
Secara ringkasnya ia merupakan sukatan keupayaan yang diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja oleh satu daya mekanikal atau tork. Daya tork (torque) boleh dikira walaupun tanpa pergerakan atau dalam keadaan diam, tetapi kuasakuda hanya boleh dikira jika sesuatu kerja atau pergerakan telah dilakukan.
Istilah ini mula digunakan pada akhir kuruknke-18 oleh jurutera Scotland bernama James Watt yang membandingkan kerja yang dilakukan oleh kuda penarik beban dengan kuasa enjin stim di zaman itu. Perbandingan ini kemudiannya digunapakai untuk enjin enjin lain seperti enjin petrol dan juga motor elektrik.
Namun begitu lebanyakkan negara sekarang ini menggunakan unit watt bagi menggantikan kuasakuda, menurut sistem metrik SI atau Système international (d'unités).
No comments:
Post a Comment