Md Helmi Azman sudah tidak sabar
untuk kembali ke litar selepas dinaikkan ‘pangkat’ ke kelas SuperSports 600cc bagi
saingan Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) musim 2019. Antara barisan pelumba muda negara yang bakal mewarnai
cabaran SuperSports 600cc termasuk Md Ramdan Mohd Rosli, Muhammad Adam Mohd
Norrodin, Kasma Daniel Kasmayuddin, Fakhrusy Syakirin Rostam dan Ahmad Afif
Amran. Saingan
SuperSports 600cc ARRC musim 2019 menyaksikan persaingan diantara
pelumba muda Asia setelah pelumba-pelumba lebih berpengalaman kini
beraksi dalam kategori Asia Superbike 1000cc.
Helmi bakal bergandingan bersama Azroy Hakeem Anuar membawa
cabaran Musashi Boon Siew Honda Racing dan akan turun ke litar bersama jentera
CBR600RR buat kali pertama menjelang sesi latihan pra-musim di Litar
Antarabangsa Sepang, esok.
“Saya sudah tidak sabar untuk ke litar. Bekerja bersama
rakan sepasukan yang baharu dan jentera yang lebih pantas sudah tentu
memberikan cabaran berbeza kepada saya,” jelas Helmi.
Tambahnya, “Walaupun kali pertama beraksi dalam kelas
SuperSports 600cc di ARRC, namun saya berpengalaman beraksi dalam pelbagai
kejuaraan tempatan dengan jentera Honda ini. Saya yakin dapat menyesuaikan diri
dengan segera ditambah dengan bantuan Azroy yang telah beraksi dalam kategori
ini pada musim lepas.”
"Tentang
pencabar pula, ada diantara mereka yang lebih berpengalaman dalam
kategori ini namun saya yakin dapat memberikan cabaran yang terbaik."
No comments:
Post a Comment