Kawasaki kini miliki 30% saham Modenas

Berikut dipaparkan siaran akhbar berkaitan Modenas dan Kawasaki Heavy Industries.

SHAH ALAM, Jumaat, 26 April – DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”) telah
memetrai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries, Ltd (“KHI”) untuk menjual
14,300,00 unit saham biasa didalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd
(“MODENAS”). Dengan perjanjian ini, KHI yang telah pun memiliki 19% saham
MODENAS akan meningkatkan ekuiti mereka ke 30%. Jualan saham tersebut
adalah atas dasar persetujuan bersama antara pembeli dan penjual pada nilai
RM40.3 juta.
KHI juga akan membeli 52,000,000 saham keutamaan boleh tukar (convertible
preference shares, “CPS”) yang akan dikeluarkan oleh MODENAS. Apabila ditukar,
pegangan ekuiti KHI didalam syarikat motosikal nasional tersebut akan meningkat ke
48%. CPS tersebut hanya akan ditukar tertakluk kepada MODENAS mencapai
beberapa tanda aras yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Pengarah Urusan Kumpulan bagi DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar percaya
struktur ekuiti baharu tersebut akan memberi manfaat kepada MODENAS.
“KHI telah memegang ekuiti didalam MODENAS sejak penubuhannya lagi. Ketika itu
pun, produk mereka telah membantu MODENAS mencapai persada carta jualan di
pasaran motosikal tempatan. Pegangan ekuiti yang lebih besar ini juga bererti KHI
akan mengambil bahagian didalam operasi MODENAS, berbanding hanya sebagai
pemegang saham. Saya yakin pengalaman dan kepakaran teknikal KHI akan
membawa kepada suatu fasa produk yang lebih baik untuk pelanggan MODENAS,
terutamanya didalam segmen street bike serta sports bike”, kata Syed Faisal.

KHI mula mengeluarkan motosikal Kawasaki pada tahun 1960, dan kini antara
syarikat motosikal yang disegani di dunia. Produk mereka dihasilkan di beberapa
kilang di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, Filipina, India, Thailand dan
Indonesia, selain di Jepun. Jenama Kawasaki juga mempunyai ramai peminat di
Malaysia, sejak ia mula dipasarkan di sini dalam tahun 70-an, dan antara model
popular mereka adalah Ninja, Versys dan GTR.
Syed Faisal berkata perhubungan sedia-ada dengan KHI akan membolehkan kedua-
dua pihak bekerjasama dengan lebih berkesan untuk membangunkan produk bagi
pasaran tempatan. Beliau juga berpendapat populariti produk utama Kawasaki di
Malaysia akan membantu MODENAS.
“Kawasaki dan MODENAS bukan tidak mengenali sesama sendiri, maka sinergi
antara kedua-dua kumpulan akan memastikan kerjasama dengan berkesan untuk
membangunkan produk bagi pasaran domestik. Rakyat Malaysia telah lama
menggemari produk dari Kawasaki, yang dikenali sebagai jenama global yang
berkualiti dan mempunyai rekod yang kukuh di arena sukan bermotor”, tambah Syed
Faisal.
Keupayaan Kawasaki di arena sukan bermotor tidak dapat dinafikan. Mereka
mendominasi perlumbaan Grand Prix motosikal antara tahun 1978 sehingga 1982,
selepas kemenangan pertama pada tahun 1969. Didalam Superbike World
Championships, Kawasaki telah memenangi enam kejuaraan, termasuk empat
kemenangan berturut-turut antara tahun 2015 dan 2018. Kawasaki juga mempunyai
sembilan kejuaraan AMA Superbike Championship dan mendominasi segmen ini di
awal tahun 1980-an melalui nama-nama seperti Wayne Rainey dan Eddie Lawson.
Kerjasama antara MODENAS dan KHI bermula dengan penubuhan syarikat
motosikal nasional tersebut pada tahun 1995, dengan KHI memegang 19% ekuiti.
Selain motosikal, MODENAS turut menghasilkan beberapa komponen untuk KHI.

Kilang MODENAS di Gurun, Kedah mempunyai keupayaan pengeluaran 130,000
unit setahun. Produk-produk awal MODENAS diasaskan kepada model-model
Kawasaki, dan antara yang paling popular adalah model Jaguh, sebuah cruiser
125cc yang diambil dari model Kawasaki Eliminator 125. Model paling berjaya
MODENAS di awal penubuhan mereka pula adalah Kriss 110, yang diasaskan
kepada Kawasaki Kazer 110.
-TAMAT-
Mengenai Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS)
Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (“MODENAS”) merupakan anak syarikat DRB-HICOM
Berhad, yang ditubuhkan sejajar dengan Wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju dan
berpendapatan tinggi. Sejak dari penubuhannya pada tahun 1995, MODENAS bergiat cergas dalam
bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) motosikal serta mempelbagaikan produk keluarannya
yang menepati citarasa rakyat Malaysia sejajar dengan hasrat untuk menjadi pengeluar motosikal
bertaraf dunia.
MENGENAI DRB-HICOM BERHAD
www.drb-hicom.com
DRB-HICOM Berhad merupakan salah sebuah konglomerat utama Malaysia dengan perniagaan
berteraskan bidang Automotif; Perkhidmatan dan Hartanah. Kumpulan DRB-HICOM mempunyai lebih
daripada 70 anak syarikat yang aktif dengan kekuatan pekerja seramai lebih 56,000. DRB-HICOM
bermatlamat untuk menambah nilai secara berterusan dan menjadi penggerak kepada pembangunan
negara. Didalam sektor Automotif, DRB-HICOM terlibat didalam pembuatan, pemasangan dan
pengedaran kenderaan komersial dan penumpang, termasuklah bekalan komponen komposit untuk
pesawat. Didalam bidang Perkhidmatan, DRB-HICOM terlibat di dalam pelbagai bidang perniagaan,
termasuklah perkhidmatan berkonsesi dan kewangan. Didalam bidang Hartanah, DRB-HICOM turut
terlibat di dalam hartanah perindustrian.
NOTA MENGENAI KENYATAAN BERSIFA

No comments: